Google+ Followers

Saturday, January 10, 2015

Persiapan Sekolah Anak

Assalamualaikum

Excitednya umi bila anak masuk darjah satu.Semalam saya start jahit lencana anak saya.Jenuh juga nak jahit tu.Nampak senang sebenarnya tapi susah juga.

Hari sebelum tu saya dah jahit satu lencana.Yang lawaknya bila suruh Ain pakai dekat leher letaknya lencana tu.Kehkeh.Tudung pertama seingat saya 3 kali saya jahit.Jahit tetas dan jahit tetas.Mula2 kat leher,lepas tu jahit yang ke dua pakai jelujur biasa,takut masuk mesin mudah tanggal dan yang ketiga barulah saya berpuas hati sedikit saya guna jahitan lilit ubi.Ye ke dok sebenarnya lilit ubi.Hentam sajalah.Hari tu ada kawan cakap upah rm2 sekeping.Tapi tak tanya la pula kat mana.Masa ni lah terfikir nak beli mesin jahitlah semata2 nak jahit lencana.

So semalam settle lah semua tudung sekolah kebangsaan.Hari ni baru nak cari baju sekolah agama.Lencana kemudianlah.Nasib baik sekolah agama tak full lagi. Kalau tak,nampak gaya tak sekolah lah Ain.Tinggal nak iron baju,tulis nama di kasut dan the other things,balut buku..Abahnya cakap dia nak balut.Kita tengok je lah.Heehe.

Rasanya tenang sikit hati saya walaupun tak tau lagi macam mana Ain di hari pertama sekolah.Semoga yang baik2 saja untuk dia.Aamiin.

2 comments:

  1. Haha.. 3 kali jahit deh. Mujur la umi dia rajin. Kalau i dah hantar ke kedai doh.. mana tempat tu jahit lencana rm 2 sehelai? Kot2 nak hantar juga lepas ni..

    balut buku pun letih gak tu.. haha.. tapi excited utk persediaan anak ke sekolah kali pertama mesti elok je jadi bungkusannya nanti deh..

    Jgn rusing, insyaAllah ok tu.. dapat jumpa kawan2 yg baik dan belajar pun baik2.. kakak yg baik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla..tak tanya pula k.linda..sebenarnya nak cari juga.tapi,harap2 berkat hasil tangan umi ni.tu yg jahit sendiri..harap dia ingat nnt.aamiin.moga baik2 saja

      Delete