Google+ Followers

Wednesday, November 5, 2014

Setiap yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

Assalamualaikum

Dalam redup petang ni,baring2 atas katil sambil dengar THR Gegar,tinggal sekejap paper pt3 yang belum habis2 ditanda ni.Bilalah agaknya nak habis tanda?Waa.Penat sangat.Setiap kali cuti saya tak pernah miss menanda.Dah tepu dah rasa otak ni.Rasa nak update blog kejap.

Semalam banyak cerita yang berlaku.Saya sebenarnya kena jaga SPM.Tapi hari ni saya mc sebab sakit mata.Tapi,hari Isnin dan Selasa tu tetap saya jaga walaupun mata macam zombie.Sebab rasa tanggungjawab kan!Harapnya tiada yang berjangkit dengan saya.Ni kan semua kuasa Allah jangkit menjangkit ni..

Semalam habis saja paper pukul 12.55pm terus saya balik ke rumah.Janji dengan suami nak ke klinik Optimax di seksyen 15,Shah Alam.Oklah.Memang sakit mata yang kronik.Siap dah bengkak dah bawah mata.Patutlah senak semacam kat kelopak mata.Suka terima rawatan di sini sebab doktornya sangat baik.Dia check pun detail.Bayarannya pun boleh tahanlah.Rm220.Fuhh.Tapi tak apalah.Asalkan mata boleh sembuh macam biasa.Tak pernah saya sakit mata macam ni.Sebenarnya dah 2 klinik dah pergi,tapi tak jalan.

Semalam juga adik saya telah diragut handbagnya di Klang.Dia sorang2 nak masuk kereta.Peragut tu dah standby duduk membongkok sebelah kereta dia.So,kepada wanita di luar sana berhati-hatilah jika keluar bersendirian.Kadang2 perwatakan kita boleh membuatkan peragut tertarik dengan kita.Habis semua handbag dia sekali dengan kad dan semua yang ada dalam handbag.Peragut tu hampir mencederakan adik saya.Dan adik terpaksa menyerahkan handbagnya.Sedih sangat.Semoga kita semua dilindungi.

Sebut pasal setiap yang berlaku ada hikmahnya.Mungkin saya mc hari ni dapatlah juga saya menanda paper pt3.Hari Jumaat ni KP saya dah minta untuk buat cross checking lagi.PKW pula akan datang melawat next week.Adoi.Tak habis2 kerja.Segak,PAJSK dan PT3.Belum masuk PBS lagi.

Dan satu lagi hari ni saya dapat tudung Aidijuma Green Label free.Happy sangat.Tak mo sedih2 kan!Yay.Tadi saya sempat ke cs bukit jelutong dalam sakit2 mata pun.Pakai spek lah tadi.Haha.Suami pula rajin melayan.Pukul 11am kami sampai.Nasib baik stok ada lagi.Kakak ipar yang pergi lewat sikit memang melepaslah.Tadi juga sebabnya suami tertinggal telefon di rumah.Tu yang keluar awal ke bukit jelutong.

So,yakin dan percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya..Cantik sangat tudung free ni..Ee..tak sabar nak pakai.

P/s:untuk wan mohammad nasruddin,ku titipkan doa semoga dirimu sentiasa dilindungi Allah.Hari ni pukul 12.40pm tadi,adik saya dah terbang ke sibu sarawak...Semoga dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara..Aamiin..sedihnya:(

6 comments:

  1. semoga cepat sembuh..cantik tudung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak..kan!cantik sangat..tak sabar nak pakai.lagi2 datin norjuma bagi free kpd semua pelanggan.lagilah cantik

      Delete
  2. Ooh dia pakai tudung baru utk fotoshoot semalam rupanya. Lorat2 xdan nk tegur.. dah jadi tudung ke 200 ke ni?

    Wah..mahalnya bil klinik.. itulah kan, kalau sakit kita rela bayar mahal mana pun utk sembuh. Moga dijauhkan dari sakit2 yang kronik ya. Sakit pun hikmah juga kadang2.. ada yang Allah nak berikan disebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish..tudung free ni..mana ada ke 200..baru 101..
      betul2..setiap yg berlaku ada sebabnya

      Delete
  3. Dah baik lum mata tu?....
    Gitulah namanya kerja UA ...sakit sakit pun kertas peksa kena tanda jugak yer....sabar jerlah hihi...
    Oklah tu .....dapat gak tudungkan ....rezeki namanya tu

    ReplyDelete