Google+ Followers

Monday, November 10, 2014

Sakit Mata Punya Cerita

Assalamualaikum

Hari ni saya mengawas spm macam biasa.Hari ni paper sejarah 2.Macam manalah agaknya budak2 saya?risau pun ada.Tapi yang pasti saya dah all out dah untuk mereka semua.Semoga ada sinar kejayaan mengiringi kalian.Mereka pun dah berusaha dah.

Saya ada bagitau yang saya sakit mata sebelum ni kan?tapi Alhamdulillah.Dah sembuh.Tapi bila datang jaga exam hari ni,tiba2 ketua datang ke arah saya minta saya jaga budak kuarantin.Tau sebab apa?Budak ni pun sakit mata.Oklah saya setuju.So untuk paper kertas 1 sejarah saya yang jaga budak tu.Budak lelaki melayu.Memang majoriti melayu budak sekolah ni.Dorang pengawas2 siap bergurau lagi kalau kau jangkit tak pe,dapat lagi 5 hari mc.Haha.Lawak2.

Saya nampak budak tu lap2 mata dengan tuala kecil.Saya tanya,sejak bila lagi awak sakit mata?Budak tu jawab sejak Khamis lagi cikgu.Ada pergi klinik tak?Tak pergi cikgu..Dia tunduk.Ooh.Habis tu,awak pakai ubat apa?Eye mo  cikgu.Dia tunduk lagi.Agaknya malu nak tengok muka saya.Iyalah.Mata dia sakit kan!Kesian sangat.Saya terkedu dengar.Budak2 sekolah ni memang kebanyakan orang susah.Maklumlah budak2 kampung.Bukan macam budak2 sekolah saya tu.Baju pun lusuh je budak tu pakai tapi bersih.

Jadi,kebetulan saya ada bawa ubat sakit mata saya dalam handbag dan tak teragak2 saya beri pada dia.Siap explain lagi.Ubat ni lepas 2 jam awak titik.Nah,titik sekarang.Terharu juga saya bila dia terus titikkan ubat tanpa membantah.Mungkin sakit sangat.Nak nangis pun ada saya tadi.Ok,saya siap bagi nasihat lagi kat dia.Bla bla bla..

So,memang ubat tu saya suruh dia simpan elok2.Terima kasih cikgu!Tu je yang saya nak dengar:(Touching..

P/s:untuk pesakit mata,apa yang penting kita kena jaga diri kita supaya tak berjangkit.Doctor yang check saya cakap,lepas kita sentuh mata atau gosok mata kita yang sakit,cepat2 basuh tangan.In shaa Allah.Alhamdulillah,saya sorang saja dalam rumah yang sakit mata.Anak2 tak berjangkit.Lagi satu jangan guna towel utk lap mata.Pakai tisu.Lepas tu terus buang.Sekian.

6 comments:

  1. sedih lak baca pasal budak tu..tentu dia terharu cikgu bagi ubat,harap2 dia cepat sembuh dan moga dia lulus cemerlang dlm spm

    ReplyDelete
  2. Harap2 budak tu cepat sembuh...agar tak terjejas peperiksaan dia yang masih berjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan bunda..esok ada paper..nnt blh tgk budak tu.

      Delete