Google+ Followers

Saturday, November 29, 2014

Pulut Gaul Kelapa Parut Ikan Masin

Assalamualaikum

Sejak semalam lagi saya mengidam nak makan pulut ikan masin atau ikan kering.Ni betul2 mengidam ni.Hehe.Tapi semalam kecewa sangat bila check gobok,yang ada hanyalah beras pulut yang dah berkulat dah. Banyak kutu beras juga.Terus saya buang beras pulut tu.Seingat saya last year saya pakai beras tu untuk buat ketupat sotong.Tahun 2014 ni tak berusik pun beras pulut tu.

Jadi petang semalam lepas ambil anak2 dari taska,saya beli beras pulut,kelapa parut yang baru dimesin dan sedikit barang dapur lain.

Pagi2 ini sesudah Subuh,rasanya terus saya masuk ke dapur.Misi harus diteruskan.Saya masakkan dua cup kecik beras pulut dalam periuk dan masakkannya.Lepas tu kelapa parut tu digaul dengan sedikit garam.Kemudian ikan kering atau ikan masin saya goreng sesedap rasa.Fuhh mantap.

Untuk anak2 pula,saya gorengkan popia frozen dan nuget.Boleh je kan?Masa mengadap pulut yang panas2 tu percaya tak pagi tu saya makan dua kali siap bertambah lagi.Rupa-rupanya dua2 anak lelaki juga suka pulut ikan kering ni.Kakak pula tak suka pun.Ikut abah dia kot.

Hari ni pula sebenarnya ada dua buah kenduri.Tapi bila sampai di rumah dalam pukul 6 petang,sebab ada lagi pulut tu dalam periuk,saya makan untuk yang terakhir kalinya.Tak membazir.Alhamdulillah.Maksudnya 2 cawan beras pulut tu mampu saya habiskan.Ini memang betul2 mengidam ni.

6 comments:

  1. Yang ni mak tak buyong pun suka.. kalau kat rumah ni ramai yang suka memang sokmo la buatnya, tapi tak ramai yg suka jadi setahun sekali jelah buat..

    bagusnya zahim dan zain suka makan pulut, leh la geng, semangat sikit nak memasak kalau ramai yang nak makan sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal..saya sorang suka..ni pun setahun sekali belum tentu..ni sb nk mkn sgt..selalunya request dengan ma jah bila blk kg

      Delete
  2. aduh Ummi ain..terliur terus tengok santapan tu...
    ikan masin makan dengan pulut mmg terbaik punya...^^

    ReplyDelete
  3. Org belah belah pantai timur mmg selalu makan benda ni kan UA....okje mmg tak pernah cuba tp kalau ada org bagi boleh jer bedal haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..makanan tradisi org pantai timur..especially org yg nk ke bendang atau buat kerja2 berat asalnya.tapi skrg yg duk cuti saja pun mkn..hehe

      Delete