Google+ Followers

Sunday, November 30, 2014

Gulai lemak Kuning telur Itik

Alhamdulillah.Selesai menjamu selera.Makin menjadi2 selera saya ni.Semalam sebab dengar adik saya gulai telur itik,hari ni kami ke pasar semata2 nak cari telur itik.Lima biji rm4.Oklahkan.Nak kata tak ok pun,sebab nak makan.Saya beli 10 biji rm8.

Tadi dah gulai separuh.Ada lagi separuh.Makan nasi panas2 ditambah pula dengan budu yang sengaja saya letak cili lebih sikit.Memang pedas menyengat tapi sedap.Anak dara pun bertambah.Resepi saya mudah saja.Bawang merah,lengkuas,asam keping dan sedikit ketumbar.Lupa pula sedikit kunyit.Kalau sapa2 yang suka warna merah sikit bolehlah blend lada kering.Tapi letak sikit je lah.Garam dan gula secukup rasa.

Sebenarnya,tadi juga saya buat eksperimen.Rupa2 nya telur itik ni kalau yang memang eloklah,walaupun dipecahkan ke lima2 biji dalam satu bekas sebelum dimasukkan ke dalam santan tu,tetap dia akan terasing satu demi satu.Maksudnya telur tak bercampur.Bolehlah cuba yea.Sebelum ni saya pecahkan satu2,rupa2nya boleh je pecahkan semua sekali letak dulu dalam bekas lain.

Petua ni rasanya saya tengok dalam tv.Ni betul2 orang nogori yang mengajarnya.Tapi memang menjadilah.

8 comments:

  1. Mahalnya Telor itik segar sekarang... Lebih mahal drpd telor Mason.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sangat sal..tak tanya pula telur masin semalam

      Delete
  2. Haha.. ini memang mengidam betul mak buyong ni.. masak macam2 sehari dua ni, baby ni boleh tahan nampaknya, bagi umi jadi rajin.. sedap tu, nati i bawa sikit telur itik dr kampung utk zilla k.. nak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aii rajin plok kan!harap2 baby pun rajin..kalau ada nak la...tq

      Delete
  3. Jarang masak telur itik ni....Selalu makan telur masin kalau telur itik ni.
    Baru tau UA yg dia akan bercerai walau dicampur sekali pun.... Terbaek yek!

    ReplyDelete
  4. Salam hujung minggu dari bunda...walaupun dalam mood istirehat...bunda singgah komen rambang ke blog kalian...

    ReplyDelete