Google+ Followers

Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin dan Ultraman

MasyaAllah semalam kami kat luar dari pukul 7.30am sampailah sampai rumah pada pukul 8.10pm. Azan Isyak tengah berkumandang.

Pagi tu lepas saja Ain grad dan lunch juga di situ,kami terus ke Putrajaya PICC.Asalnya sebab dah berjanji dengan anak2 nak bawa mereka ke karnival upin ipin.Dah lama dah janji.Maklumlah rumah kecil kami terletak berdekatan dengan les copaque production,jadi apa2 yg berkaitan dengan upin ipin selalunya kami dapatlah.

Tapi semalam berbaloi sangat walaupun masa dalam perjalanan tu tayar kereta pecah.Pakai tayar spare lah ni.Lusa baru boleh tukar tayar baru nih sebab esok suami outstation.Huhu.

Bila di PICC ya Allah ramainya lautan manusia.Sampai rasa macam tak leh nak pijak kaki pun.Zaim terpaksa abahnya bawa keluar sebab orang terlalu ramai.Dia rimas dan menangis sebab panas sangat.Tinggallah saya dengan Zahin dan Ain.Tapi memang berbaloi lah.Budak2 ni dapat tengok upin ipin dan kawan2 secara live.Lepastu persembahan ultraman.Tapi dalam bahasa melayu.Hebat sangat audio dia.Siap keluar api bagai lagi.Raksasa pun hebat2 juga.Zahin lah yang paling teruja.

Dalam kereta siap cakap lagi ultraman memang wujud lah umi.Best sangat.Jadi rasa berbaloi lah bawa anak2 semalam.Balik tu kami ke rumah kawan saya di presint 17.Tengok baby baru dia.

8 comments:

  1. ramainya...
    budak msti happy sgt leh jumpa upin ipin..
    tp ramai y kata tempat ni x sesuai..ptt buat outdoor.. sbb terlalu ramai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa tak sesuai..terlalu ramai macam tak tau nak cakaplah.

      Delete
  2. Meriah nampaknya..ramai ke tempat ni semalam. Sukalah zahin dapat jumpa karektor pujaan hati dia tu kan.. Hebatnya keluar lebih 12 jam.. untung anak2 dapat jalan sepuas hati semalam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai..terlalu ramai..zahin happy sangat semalam..hari ni siap cerita kat kawan2 lagi

      Delete
  3. akak tak dapat nak bawa anak2 pergi sbb memikirkan mesti ramai orang punya...hehehe

    ohh..duduk shah alam ke?dekat dengan les copaque tu,akak selalu juga pergi area situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai sangat akak..haah..dekat ngan les copaque..tak jumpa je kan

      Delete
  4. sy g sabtu pg2. kul 9.30 dh smp. kul 12 dh blik..x larat dgn lautan org. nk tgk show smp betolak2.
    si kecik tu pun dh ngokngek je tu yg blik. tmpt mmg x sesuai wat dkt situ laa

    ReplyDelete