Google+ Followers

Sunday, November 30, 2014

Gulai lemak Kuning telur Itik

Alhamdulillah.Selesai menjamu selera.Makin menjadi2 selera saya ni.Semalam sebab dengar adik saya gulai telur itik,hari ni kami ke pasar semata2 nak cari telur itik.Lima biji rm4.Oklahkan.Nak kata tak ok pun,sebab nak makan.Saya beli 10 biji rm8.

Tadi dah gulai separuh.Ada lagi separuh.Makan nasi panas2 ditambah pula dengan budu yang sengaja saya letak cili lebih sikit.Memang pedas menyengat tapi sedap.Anak dara pun bertambah.Resepi saya mudah saja.Bawang merah,lengkuas,asam keping dan sedikit ketumbar.Lupa pula sedikit kunyit.Kalau sapa2 yang suka warna merah sikit bolehlah blend lada kering.Tapi letak sikit je lah.Garam dan gula secukup rasa.

Sebenarnya,tadi juga saya buat eksperimen.Rupa2 nya telur itik ni kalau yang memang eloklah,walaupun dipecahkan ke lima2 biji dalam satu bekas sebelum dimasukkan ke dalam santan tu,tetap dia akan terasing satu demi satu.Maksudnya telur tak bercampur.Bolehlah cuba yea.Sebelum ni saya pecahkan satu2,rupa2nya boleh je pecahkan semua sekali letak dulu dalam bekas lain.

Petua ni rasanya saya tengok dalam tv.Ni betul2 orang nogori yang mengajarnya.Tapi memang menjadilah.

Saturday, November 29, 2014

Pulut Gaul Kelapa Parut Ikan Masin

Assalamualaikum

Sejak semalam lagi saya mengidam nak makan pulut ikan masin atau ikan kering.Ni betul2 mengidam ni.Hehe.Tapi semalam kecewa sangat bila check gobok,yang ada hanyalah beras pulut yang dah berkulat dah. Banyak kutu beras juga.Terus saya buang beras pulut tu.Seingat saya last year saya pakai beras tu untuk buat ketupat sotong.Tahun 2014 ni tak berusik pun beras pulut tu.

Jadi petang semalam lepas ambil anak2 dari taska,saya beli beras pulut,kelapa parut yang baru dimesin dan sedikit barang dapur lain.

Pagi2 ini sesudah Subuh,rasanya terus saya masuk ke dapur.Misi harus diteruskan.Saya masakkan dua cup kecik beras pulut dalam periuk dan masakkannya.Lepas tu kelapa parut tu digaul dengan sedikit garam.Kemudian ikan kering atau ikan masin saya goreng sesedap rasa.Fuhh mantap.

Untuk anak2 pula,saya gorengkan popia frozen dan nuget.Boleh je kan?Masa mengadap pulut yang panas2 tu percaya tak pagi tu saya makan dua kali siap bertambah lagi.Rupa-rupanya dua2 anak lelaki juga suka pulut ikan kering ni.Kakak pula tak suka pun.Ikut abah dia kot.

Hari ni pula sebenarnya ada dua buah kenduri.Tapi bila sampai di rumah dalam pukul 6 petang,sebab ada lagi pulut tu dalam periuk,saya makan untuk yang terakhir kalinya.Tak membazir.Alhamdulillah.Maksudnya 2 cawan beras pulut tu mampu saya habiskan.Ini memang betul2 mengidam ni.

Friday, November 28, 2014

Adik saya dan Oppo

Assalamualaikum

Mesti parents yang ada anak2 UPSR masih lagi sibuk2 tentang result anak masing2..Mana nak sekolah lepas ni dan macam-macam lagi.Saya juga ada adik yang ambil UPSR baru2 ni.Alhamdulillah dia dapat 4A 1B.In sha Allah meneruskan legasi kecemerlangan kami adik-beradik.Bukan nak berlagak,kalau dulu time dapat hadiah,mak saya lah orang yang paling banyak dapat hadiah sebab kami adik beradik cemerlang masa di sekolah rendah.Hehe.Saya dulu dapat 3A 1B.Saya B matematik.Adik bongsu saya ni pula B English.Ada adik saya yang dapat 4A pun.Dulu kan 4 subjek saja.

Sebenarnya saya dah berjanji dengan adik saya nak berikan Rm 100 kalau dapat 1A.So ikut bilangan A lah.Awal tahun lagi saya janji dengan dia sebab nampak dia banyak sangat main.Kalau exam biasa,cuma dia dapat 2 A saja.Bila hari diumumkan result dalam pukul 9.00 tu kami saja lah mengusik dia,Azmien tengah ambil gambar tu,result straight A.Haha..Saja melawak.

Dalam pukul 11am lebih tetiba dia call saya.Kebetulan saya di sekolah buat kerja2 yg terbengkalai.Kak,adik dapat 4A.Nanti masuk lah duit tu..Nak beli oppo.Amboi..Kemain dia.Kita dulu ma abah belanja makan sate je.Tu pun kira syukur sangat dah.So,petang tu saya masukkan rm400 sebagai hadiah untuk dia.Haha.Bila cerita kat ma saya,dia cakap memang tak leh janji dengan Azmien sebab dia akan ingat.Tapi saya pun dah janji kan.

Sekalung tahniah untuk adik saya Wan Mohammad Azmien Azram.Dia sebenarnya muda setahun berbanding kawan2 lain ni.Lahir  01.01.2003.Nama dia pula Azmien Azram saya yang bagi sebab masa tu saya minat sangat dengan goal keeper Pahang Azmien Azram.Sekarang kan selalu jadi tetamu dalam perlawanan bola sepak.Heehe.

Semoga kejayaan ini akan berterusan selama-lamanya.Ini hanyalah permulaan sebuah kehidupan.Moga adik saya juga berjaya dunia akhirat.Aamiin.

Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin dan Ultraman

MasyaAllah semalam kami kat luar dari pukul 7.30am sampailah sampai rumah pada pukul 8.10pm. Azan Isyak tengah berkumandang.

Pagi tu lepas saja Ain grad dan lunch juga di situ,kami terus ke Putrajaya PICC.Asalnya sebab dah berjanji dengan anak2 nak bawa mereka ke karnival upin ipin.Dah lama dah janji.Maklumlah rumah kecil kami terletak berdekatan dengan les copaque production,jadi apa2 yg berkaitan dengan upin ipin selalunya kami dapatlah.

Tapi semalam berbaloi sangat walaupun masa dalam perjalanan tu tayar kereta pecah.Pakai tayar spare lah ni.Lusa baru boleh tukar tayar baru nih sebab esok suami outstation.Huhu.

Bila di PICC ya Allah ramainya lautan manusia.Sampai rasa macam tak leh nak pijak kaki pun.Zaim terpaksa abahnya bawa keluar sebab orang terlalu ramai.Dia rimas dan menangis sebab panas sangat.Tinggallah saya dengan Zahin dan Ain.Tapi memang berbaloi lah.Budak2 ni dapat tengok upin ipin dan kawan2 secara live.Lepastu persembahan ultraman.Tapi dalam bahasa melayu.Hebat sangat audio dia.Siap keluar api bagai lagi.Raksasa pun hebat2 juga.Zahin lah yang paling teruja.

Dalam kereta siap cakap lagi ultraman memang wujud lah umi.Best sangat.Jadi rasa berbaloi lah bawa anak2 semalam.Balik tu kami ke rumah kawan saya di presint 17.Tengok baby baru dia.

Ain Grad Tadika

Assalamualaikum

Semalam bertempat di De Palma Hotel Shah Alam,kami anak beranak ke sini untuk Convocation Ain.Alhamdulillah.Majlis sangat lancar.Walaupun menggabungkan 4 LC,namun perjalanan majlis sungguh lancar.Thank you to all the teachers.Bukan mudah nak uruskan budak2 seusia 6 tahun ini.

Semalam juga menitis air mata saya tengok Ain grad dan buat persembahan.Yang saya sedihnya masa dia yang lead untuk girls baca surah yasin.Masya Allah she done well.Menitis air mata tengok budak2 dah hafaz yasin walaupun tak sepenuhnya.Alhamdulillah.Lepastu dorang buat persembahan sajak dan nasyid.Tak sangka tecer guide dorang sangat amazing.Bagus sangat tecer Chah tu.Class tecer ain.Dia dapat anugerah best tecer.Ain walaupun tak dapat anugerah tapi saya sebagai seorang umi cukup bangga dengan dia.Hai cepat je air mata mengalir.Ni baru grad tadika.Kalau grad universiti tak taulah macam mana agak nya yea?

Mudah mudahan anak2 kita berjaya dunia akhirat.Panjang lagi masa dia untuk menghadapi hari2 mendatang.Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran dalam mendidik khalifah2 kecil ini berjaya dunia dan akhirat.Menjadi anak soleh solehah.Aamiin

Friday, November 21, 2014

Throwback:Mujhse Dosti Karoge

Hi Assalamualaikum

Tak boleh tido la malam ni.Its probably dah tido banyak petang tadi.Astaghfirullah..Lepas tengok muzik2 separuh akhir,tukar2 channel,tetiba tertengok cerita MDK.Mujhse Dosti Karoge atau dalam bm nya sudikah kau berkawan denganku?

Memang saya mengaku masa di sekolah menengah dulu saya dan best fren saya ejei memang peminat cerita hindustan.Sampailah merebak ke universiti.Masa kat u pula nak dijadikan cerita,duduk pula sebilik dengan org yg minat hindustan juga.Hasniza,orang bukit mertajam.Oh kenangan.Bestnya.Niza ni sebaya saya tapi dia ambil course sainspen.So dia masuk awal sikit daripada saya.Kira senior sayalah.Selalu tiap2 malam di bilik 025 Desasiswa Fajar Bakti Blok H25,Niza mesti cerita pasal filem hindi.Kitorang sama2 review lah.Macam mak cerita kat anak lah kononnya cerita2 sebelum tidur.Hehe.

Tentang cerita ni,Niza dah tengok di pawagam.Jadi dia balik USM tu dia duk cerita best sangat cerita ni.Dari awal cerita sehinggalah tamat.Wow.Macam menarik.Jadi saya masa tu selalu kalau nak tengok cerita,kami selalu sewa cd dengan sorang akak ni.Terus cari cd ni.Sanggup sewa tu semata2 nak tengok cerita MDK.Sebenarnya bukan nak tengok sangat cerita,tapi lagunya pun best sangat.Siap boleh hafal lagi.Kalau habis kelas pun,bila balik ke bilik,saya pasang lagu dan tido.Oh nikmatnya.Kalau makan sorang2 dalam bilik pun lagu dari filem ni juga jadi peneman.Haha.Memang minat sangat tak boleh nak cakapla.Pelakon pun best Hrithik Roshan,Rani Mukherje dan Kareena Kapoor.Rasanya ada juga yang minat filem ni kan!

Kisahnya tentang Raj yang berpindah ke luar negara.Tapi dia sering mengirim email kat Tina.Dia pula silap,dia ingatkan Tina yang selalu balas semua emelnya,tapi sebenarnya Pooja.Alah,ramai dah tau kan sinopsis cerita ni..Malas nak cerita.

Nak dijadikan cerita juga,sorang lagi pelakon dalam MDK ialah Uday Chopra.Kat universiti tempat kami belajar ada sorang budak saspen yang sama course saya sebijik muka macam uday chopra.Jumpa je budak ni mesti teringat lagu saval si ladki hey...Haha.Gila.Memang gila.Kalau tak jumpa budak tu lagu tu tak keluar tau.Ish2.Hebat betul penangan cerita MDK ni.

Kalau dikira sekali dengan malam ni rasanya dah 100 kali kot tengok cerita ni.Emm.Rindu ejei dan niza.

Sunday, November 16, 2014

Dinner Akhir Tahun;Tema Arabian Night

Assalamualaikum

Semalam dinner kami sempena penutup 2014.Alhamdulillah.Best sangat.Ramai yang mengikut tema Arabian Night.Saya pula pakai biasa2 saja.Cukup untuk memenuhkan syarat.
Ramai cikgu perempuan yang betul2 melaram.Tapi pemenang untuk beat dress ialah Kak Murny.Kelass kau kak..Hehe.

Thursday, November 13, 2014

Trip ke Kilang Coklat Grandeur

Assalamualaikum

Hari Selasa baru ni Zahin dan Ain berpeluang melawat ke kilang coklat grandeur yang terletak di Batu Caves.Ini adalah pengalaman pertama Zahin mengikuti lawatan.Mungkin ini juga pertama kali dia naik bas.

Masa dapat form tu,seronok sangat Zahin bercerita.Adik2 4 years pun boleh pergi lawatan.Happy dia.Jadi kami cuma bekalkan rm5 seorang letak dalam sampul siap2.Rm5 tu memang tecer mintak suruh parents sediakan.So,balik tu kakak cerita seronok pergi kilang coklat.Dapat coklat dan kitorang tak belanja pun duit tu.Bagi kat tecer je.Haha.

Dulu kita mana ada macam ni.Untunglah budak2 sekarang.Tahniah juga buat semua tecer.Macam manalah handle 83 khalifah2 comel ni..

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah bila dapat tengok result Zahin hari ni.Sebabnya memang serius cakap saya dan suami memang tak tengok pun progress dia.Teruk betul.

Tapi hari ni bila ke sekolah untuk parent meet day,terkejut saya tengok result dia.Alhamdulillah.Namun masih terlalu awal kan.Banyak lagi yang perlu dipelajari.Rata2 kelas dia lelaki,so paling tinggi dapat 98%Zahin dapat 97.5%Syukur ya Allah.

Monday, November 10, 2014

Sakit Mata Punya Cerita

Assalamualaikum

Hari ni saya mengawas spm macam biasa.Hari ni paper sejarah 2.Macam manalah agaknya budak2 saya?risau pun ada.Tapi yang pasti saya dah all out dah untuk mereka semua.Semoga ada sinar kejayaan mengiringi kalian.Mereka pun dah berusaha dah.

Saya ada bagitau yang saya sakit mata sebelum ni kan?tapi Alhamdulillah.Dah sembuh.Tapi bila datang jaga exam hari ni,tiba2 ketua datang ke arah saya minta saya jaga budak kuarantin.Tau sebab apa?Budak ni pun sakit mata.Oklah saya setuju.So untuk paper kertas 1 sejarah saya yang jaga budak tu.Budak lelaki melayu.Memang majoriti melayu budak sekolah ni.Dorang pengawas2 siap bergurau lagi kalau kau jangkit tak pe,dapat lagi 5 hari mc.Haha.Lawak2.

Saya nampak budak tu lap2 mata dengan tuala kecil.Saya tanya,sejak bila lagi awak sakit mata?Budak tu jawab sejak Khamis lagi cikgu.Ada pergi klinik tak?Tak pergi cikgu..Dia tunduk.Ooh.Habis tu,awak pakai ubat apa?Eye mo  cikgu.Dia tunduk lagi.Agaknya malu nak tengok muka saya.Iyalah.Mata dia sakit kan!Kesian sangat.Saya terkedu dengar.Budak2 sekolah ni memang kebanyakan orang susah.Maklumlah budak2 kampung.Bukan macam budak2 sekolah saya tu.Baju pun lusuh je budak tu pakai tapi bersih.

Jadi,kebetulan saya ada bawa ubat sakit mata saya dalam handbag dan tak teragak2 saya beri pada dia.Siap explain lagi.Ubat ni lepas 2 jam awak titik.Nah,titik sekarang.Terharu juga saya bila dia terus titikkan ubat tanpa membantah.Mungkin sakit sangat.Nak nangis pun ada saya tadi.Ok,saya siap bagi nasihat lagi kat dia.Bla bla bla..

So,memang ubat tu saya suruh dia simpan elok2.Terima kasih cikgu!Tu je yang saya nak dengar:(Touching..

P/s:untuk pesakit mata,apa yang penting kita kena jaga diri kita supaya tak berjangkit.Doctor yang check saya cakap,lepas kita sentuh mata atau gosok mata kita yang sakit,cepat2 basuh tangan.In shaa Allah.Alhamdulillah,saya sorang saja dalam rumah yang sakit mata.Anak2 tak berjangkit.Lagi satu jangan guna towel utk lap mata.Pakai tisu.Lepas tu terus buang.Sekian.

Wednesday, November 5, 2014

Setiap yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

Assalamualaikum

Dalam redup petang ni,baring2 atas katil sambil dengar THR Gegar,tinggal sekejap paper pt3 yang belum habis2 ditanda ni.Bilalah agaknya nak habis tanda?Waa.Penat sangat.Setiap kali cuti saya tak pernah miss menanda.Dah tepu dah rasa otak ni.Rasa nak update blog kejap.

Semalam banyak cerita yang berlaku.Saya sebenarnya kena jaga SPM.Tapi hari ni saya mc sebab sakit mata.Tapi,hari Isnin dan Selasa tu tetap saya jaga walaupun mata macam zombie.Sebab rasa tanggungjawab kan!Harapnya tiada yang berjangkit dengan saya.Ni kan semua kuasa Allah jangkit menjangkit ni..

Semalam habis saja paper pukul 12.55pm terus saya balik ke rumah.Janji dengan suami nak ke klinik Optimax di seksyen 15,Shah Alam.Oklah.Memang sakit mata yang kronik.Siap dah bengkak dah bawah mata.Patutlah senak semacam kat kelopak mata.Suka terima rawatan di sini sebab doktornya sangat baik.Dia check pun detail.Bayarannya pun boleh tahanlah.Rm220.Fuhh.Tapi tak apalah.Asalkan mata boleh sembuh macam biasa.Tak pernah saya sakit mata macam ni.Sebenarnya dah 2 klinik dah pergi,tapi tak jalan.

Semalam juga adik saya telah diragut handbagnya di Klang.Dia sorang2 nak masuk kereta.Peragut tu dah standby duduk membongkok sebelah kereta dia.So,kepada wanita di luar sana berhati-hatilah jika keluar bersendirian.Kadang2 perwatakan kita boleh membuatkan peragut tertarik dengan kita.Habis semua handbag dia sekali dengan kad dan semua yang ada dalam handbag.Peragut tu hampir mencederakan adik saya.Dan adik terpaksa menyerahkan handbagnya.Sedih sangat.Semoga kita semua dilindungi.

Sebut pasal setiap yang berlaku ada hikmahnya.Mungkin saya mc hari ni dapatlah juga saya menanda paper pt3.Hari Jumaat ni KP saya dah minta untuk buat cross checking lagi.PKW pula akan datang melawat next week.Adoi.Tak habis2 kerja.Segak,PAJSK dan PT3.Belum masuk PBS lagi.

Dan satu lagi hari ni saya dapat tudung Aidijuma Green Label free.Happy sangat.Tak mo sedih2 kan!Yay.Tadi saya sempat ke cs bukit jelutong dalam sakit2 mata pun.Pakai spek lah tadi.Haha.Suami pula rajin melayan.Pukul 11am kami sampai.Nasib baik stok ada lagi.Kakak ipar yang pergi lewat sikit memang melepaslah.Tadi juga sebabnya suami tertinggal telefon di rumah.Tu yang keluar awal ke bukit jelutong.

So,yakin dan percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya..Cantik sangat tudung free ni..Ee..tak sabar nak pakai.

P/s:untuk wan mohammad nasruddin,ku titipkan doa semoga dirimu sentiasa dilindungi Allah.Hari ni pukul 12.40pm tadi,adik saya dah terbang ke sibu sarawak...Semoga dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara..Aamiin..sedihnya:(