Google+ Followers

Monday, October 13, 2014

Peperiksaan PT3 13.10.2014

Assalamualaikum

Selesai sudah sesi berdebar saya apabila semua murid selesai menjawab soalan peperiksaan B.Melayu PT3.Ada yang kata ok dan tak kurang juga yang kata tak ok.Oh sakitnya.

Sejak semalam pula telefon saya dihujani dengan panggilan telefon dan whatsapp bertanyakan pelbagai perkara.Haii.Kalaulah mereka ni bersemangat dari awal kan bagus.A pun rasanya boleh dapat.Sampaikan saya tertidur malam tadi rupanya ada lagi mesej yang masuk.Hehe.Yang cakap ic hilang dan slip hilang pun ada.Macam2 lah diorang ni.

Tadi masa di kantin sorang cikgu beritahu yang ada sorang pelajar tingkatan 3 nangis sebab stress.Hati saya terus tak sedap.Macam budak kelas yang saya ajar.Telahan saya memang betul.Habis saja exam saya tercari2 sapa yang nangis sehinggakan guru pengawas terpaksa menenangkannya.Rupanya budak lelaki.

Sebabnya bukan soalan tu yang susah.Tapi sebenarnya sebab dia datang lambat.Hari Jumaat pula masa susun meja dia tak datang.Dalam keadaan panik dia tak tau mana nak pergi.So,sebagai ibu bapa pleaselah ambil iktibar dari perkara ini.Penting sangat hadir ke sekolah semasa susun meja dan budak kena tahu tempat duduk dia.Biar dia biasakan diri dulu dengan tempat duduk dia.Barulah tak panik.Walaupun nampak enteng ini sedikit sebanyak mempengaruhi emosi pelajar.

Ada ibu bapa yang sangat prihatin.Sanggup datang dari pagi dan membacakan yassin semasa anak2 berada di dalam dewan peperiksaan.Syukur.Macam manalah agaknya saya kalau anak yang exam besar.Sebab hati saya sangat rapuh.Masa majlis restu ilmu hari tu ramai rakan guru tak nak duduk sebelah saya masa majlis sebab pengalaman dorang saya mudah menangis.Haha.Dorang takut berjangkit ngan saya.So hari tu pun students tak nangis,saya yang beria2 nangis.Memang tak boleh lah benda2 macam ni.

Saya cuma mengharapkan kejayaan menanti mereka pada masa hadapan.Aamiin.

2 comments:

  1. Tak sabar nak tahu result murid batch pertama ni kan.. semoga semuanya baik2 ya.. jangan pening2 menanda k

    ReplyDelete