Google+ Followers

Sunday, October 12, 2014

Pengalaman:Tips Bercerai Susu Ibu

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah pengalaman saya yang ketiga bercerai susu badan(wean off)dengan anak ke-3 saya Muhammad Zaim Iskandar.Saya mengambil keputusan cerai susu ketika anak saya masuk umur dua tahun dalam tahun Islam.

Hari Rabu baru ni saya start letak sirap kat susu badan.Jadi bila dia nampak warna merah kat susu tu mencecet dia lari.Siap tutup pintu bilik lagi.Kelakar juga kalau diingatkan Zaim ni.Yang terdetik saya nak cerai susu sebab masa balik kampung,perangai dia dah macam budak besar dah. Siap ikut abang dan kakak main lagi seolah2 budak besar.Lepas tu dalam kereta memang dia tak suka duduk depan sekali dengan saya.Dia lebih suka main dengan aibang dan kakak di seat belakang.Mak saya cakap dah tua dah.Tak yah nyusu lagi.Hehe.

Hari pertama tu kira oklah.Suami yang amik dari taska.Jadi dia oklah.Tak risau sangat pasal dia.Malam tu ada dua kali dia jaga.

Hari ke-2 episod paling ngeri.Pukul 10.30pm dia jaga,12.30am dia jaga dan last sekali 3.30am.Kami suami isteri terpaksalah bergilir2 jaga dia.Last2 ke-3 tiga kami tertidur di ruang tamu.Sedar2 pukul 5.30am terbangun untuk bersiap.Adoii.Di sekolah pun saya rasa lesu.

Hari ke-3 pun tetap sama.Tapi lebih baik dari hari sebelumnya.Kalau hari ke -2 tu dia meraung macam kena rasuk dan kalau jiran dengar ingat tengah dera anak.Saya pun macam nak giveup tapi teringat balik kata2 ibu saya kalau saya susukan dia untuk kali ni,susahlah nak cerai susu lepas ni.Ambil semangat dari kata2 ibu saya dan suami yang sangat membantu,kami gagahkan juga.Mak saya pernah cakap tak kanlah dia nak nangis sampai sebulan.So genaplah malam tadi malam ke-4 dan dia sangat ok.Tak jaga pun dia.Alhamdulillah.Engkau memudahkan urusan kami Ya Allah.

Jadi untuk ibu2 yg nk bercerai susu jangan giveup dan berdoalah kepada Allah.In syaa Allah.Sokongan suami juga amat2 penting.

So untuk ke dua2 anak lelaki saya,rasanya si abang iaitu Zahin lagi mencabar.Siap letak bawang putih lagi.Si kakak Alhamdulillah mudah dan senang.

4 comments:

  1. Akan dicontohi kekuatan mental n fizikal che wan ni.. wish me luck too..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah..bolehnya.Rabbi yassir wala tuassir

      Delete
  2. sedih kan saat begini..
    smga dipermudahkan..
    thanks akak berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih..tapi setiap anak lain2..ok welcome..nnt su pula akan alami saat ini

      Delete