Google+ Followers

Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Balik kampung tanpa dirancang.Malam tadi kitorang sampai di kampung.Asalnya tak nak balik tapi bila mak cakap yang adik saya yang baru habis rekrut tu akan posting ke Sarawak dan mak nak buat sedikit kenduri doa selamat,jadi kami pun baliklah.Sambil2 buat solat hajat.

Balik je suruh adik bongsu saya kait buah pelam atau orang kampung saya panggil pauh.Nak buat jeruk pauh asam boi.Kan tengah trending sekarang.Hehe.Resepi memang dah ada dalam kepala.

So pagi tadi saya,adik dan kakak ipar mengerjakan buah pauh tersebut.Alahai.Sekejap saja.Habis semua dikupas dan direndam sedikit air kapur.Kasi crispy sket.Lepas tu gaul dengan asam boi,potong sedikit cili,tabur garam dan gula lebih sket.Kemudian letak dalam peti.Tadi rasanya tak sampai 5 jam pun dalam peti.Sebab tak sabar.

Sekejap2 tengok peti.Sekejap tengok peti.Jadi Alhamdulillah.Hasilnya tidak mengecewakan.Wallah.So cubalah kawan2..

8 comments:

  1. Adoi geng.. buat terliur ni.. nak sikit

    ReplyDelete
  2. Okje kurang suka tp cik abe mak mmg faveret dia ni mssam masam....ohhh kecuq ayaq liuq mak pepagi ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya.....lap ailio ja pagi2 nie....dah order tp tak sampai....huhu...anak tekak mengidam...

    ReplyDelete