Google+ Followers

Monday, October 20, 2014

Din Tamat Rekrut-18.10.14

Assalamualaikum..

Hari Jumaat baru ni kami sekeluarga termasuklah ma abah dari kampung ke Port Dickson.Adik kami W.M.Nasruddin tamat latihan rekrut askar melayu.Kami bertolak jumaat malam.Sebelum tu saya sempat menyediakan sebiji kek sarang semut atas permintaan ma saya.

Bangun pagi pukul 4.00 lagi.Nasiblah anak2 jenis bangun awal.Kami menyewa di homestay yang dekat 2 situ.Pukul 5.45am kami bergerak ke Kem Si Rusa.Parking dah hampir penuh.Nasib baik ada lagi tempat duduk.

Dalam pukul 8.00am dorang mula masuk baris.Wah.Hebat sangat.Anak saya Zahin yang agak rapat dengan Din siap berdiri lagi nak tengok ayah Din.Dalam pukul 10.00am acara selesai.

Kami berkumpul di masjid berdekatan sementara menunggu Din.Mak saya dah siap bawa bekal nasi,gulai daging,ikan masin dan telur masin.Maklumlah dah 6 bulan tak jumpa Din.

Dalam pukul 11.30am Din sampai ke tempat kami.Berderai juga air mata dia.Saya lagilah.Memang tak boleh tengok.Apapun tahniah buat Din.Dia akan menyertai pasukan Renjer dan first posting di Sarawak.

Semoga dapat memajukan diri,agama,bangsa dan negara.

6 comments:

  1. Oloh jauhnya Din posting.. jarangla kelik kg tu.. alahai.. tapi tahniahla.. berjaya dh tamat latihan
    Jauh pun jauhla. Asalkan din happy dan keje elok2..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat Din.....tanih jugak buat kakaknya sebab buat kek sarang semut hihi.... Sure mak ngan abah rindu kat anak bongsu dia tu ye....jauh pulak tu postingnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kek paling senang di dunia..ma dah sedih dah

      Delete
  3. alhamdulillah.tahniah buat din.
    akak, saya nangis tgk entry ni.nak nak pic last tu.teringat arwah adik saya tamat latihan tahun 2006..

    alfatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alfatihah untuk arwah adik..semoga dia tenang di sana

      Delete