Google+ Followers

Tuesday, October 28, 2014

Manfaatkan Cuti Sekolah Anak Anda

Assalamualaikum..

Yey.Sedar tak sedar cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.Bagaimana dengan persiapan ibubapa yang ada anak kecil ataupun anak yang sudah di bangku sekolah menengah?Mesti sedang sibuk memikirkan mana nak letak anak,anak nak buat apa,nak bercuti ke mana dan macam2 lagi.

Jadi,cadangan saya,manfaatkanlah cuti sekolah anak anda.Tak kiralah apa pun pilihan anda.Pada saya pula,time cuti sekolah lah masa yang paling baik dan berkualiti untuk anak2 yang sedang membesar.

Kebanyakan masa cuti sekolah kami akan balik ke kampung.Jumpa dengan datuk nenek dorang.Tengok air bah kalau di Pantai Timur.Tangkap ikan ataupun memukat.Tengok ayam itik dan macam2 lagi.Tengok mesin padi.Berlatih baca quran dengan lebih baik lagi..Inilah yang selalu saya buat sebab bagi saya anak2 kena rasa pengalaman yang sangat berharga ini.Memang tak ada kat mana2 pusat tuisyen pun.

So,saya percaya parents di luar sana lagi bijak dalam memilih yang terbaik untuk anak2 anda.Pilihan di tangan anda.

Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Balik kampung tanpa dirancang.Malam tadi kitorang sampai di kampung.Asalnya tak nak balik tapi bila mak cakap yang adik saya yang baru habis rekrut tu akan posting ke Sarawak dan mak nak buat sedikit kenduri doa selamat,jadi kami pun baliklah.Sambil2 buat solat hajat.

Balik je suruh adik bongsu saya kait buah pelam atau orang kampung saya panggil pauh.Nak buat jeruk pauh asam boi.Kan tengah trending sekarang.Hehe.Resepi memang dah ada dalam kepala.

So pagi tadi saya,adik dan kakak ipar mengerjakan buah pauh tersebut.Alahai.Sekejap saja.Habis semua dikupas dan direndam sedikit air kapur.Kasi crispy sket.Lepas tu gaul dengan asam boi,potong sedikit cili,tabur garam dan gula lebih sket.Kemudian letak dalam peti.Tadi rasanya tak sampai 5 jam pun dalam peti.Sebab tak sabar.

Sekejap2 tengok peti.Sekejap tengok peti.Jadi Alhamdulillah.Hasilnya tidak mengecewakan.Wallah.So cubalah kawan2..

Monday, October 20, 2014

Din Tamat Rekrut-18.10.14

Assalamualaikum..

Hari Jumaat baru ni kami sekeluarga termasuklah ma abah dari kampung ke Port Dickson.Adik kami W.M.Nasruddin tamat latihan rekrut askar melayu.Kami bertolak jumaat malam.Sebelum tu saya sempat menyediakan sebiji kek sarang semut atas permintaan ma saya.

Bangun pagi pukul 4.00 lagi.Nasiblah anak2 jenis bangun awal.Kami menyewa di homestay yang dekat 2 situ.Pukul 5.45am kami bergerak ke Kem Si Rusa.Parking dah hampir penuh.Nasib baik ada lagi tempat duduk.

Dalam pukul 8.00am dorang mula masuk baris.Wah.Hebat sangat.Anak saya Zahin yang agak rapat dengan Din siap berdiri lagi nak tengok ayah Din.Dalam pukul 10.00am acara selesai.

Kami berkumpul di masjid berdekatan sementara menunggu Din.Mak saya dah siap bawa bekal nasi,gulai daging,ikan masin dan telur masin.Maklumlah dah 6 bulan tak jumpa Din.

Dalam pukul 11.30am Din sampai ke tempat kami.Berderai juga air mata dia.Saya lagilah.Memang tak boleh tengok.Apapun tahniah buat Din.Dia akan menyertai pasukan Renjer dan first posting di Sarawak.

Semoga dapat memajukan diri,agama,bangsa dan negara.

Monday, October 13, 2014

Nikmat mana lagi yang harus didustakan

Assalamualaikum

Balik dari sekolah hari ni disambut oleh suami yg kebetulan mc sakit kepala.Almaklumlah tidur dia diganggu oleh si kecik zaim.Hehe..

Dia cakap ada dua surat saya.Alhamdulillah.Rezeki yang sangat melimpah ruah dari Allah untuk saya.satu bayaran balik dari ptptn,walhal dah lama dah saya settlekan bayarannya.satu lagi biasalah dari etiqa.Syukur padaMu Ya Allah.

Kalau dihitungkan nikmat yg Allah bagi kepada saya sangat banyak dan tak terhitung.Dengan setiap hela nafas kita.Oh Allah tidak terhitung.Rasanya semua yang baik yang berlaku sepanjang tahun ni sangat ajaib.Entahlah kalau Allah tidak menolong saya.Macam manalah agaknya.Alhamdulillah perjalanan yang sangat lancar Allah aturkan untuk hambaMu yang hina ini.Baik dari segi kerjaya dan apa jua keadaan.

Ya Allah,sentiasalah memandang hambaMu yang hina ini dengan pandangan kasih sayang Mu.Jangan Engkau pandang aku dengan kebencianMu  Ya Allah.Sesungguhnya padaMu aku bersujud.Nikmat mana lagi yang harus kudustakan.Terima kasih Allah.

Peperiksaan PT3 13.10.2014

Assalamualaikum

Selesai sudah sesi berdebar saya apabila semua murid selesai menjawab soalan peperiksaan B.Melayu PT3.Ada yang kata ok dan tak kurang juga yang kata tak ok.Oh sakitnya.

Sejak semalam pula telefon saya dihujani dengan panggilan telefon dan whatsapp bertanyakan pelbagai perkara.Haii.Kalaulah mereka ni bersemangat dari awal kan bagus.A pun rasanya boleh dapat.Sampaikan saya tertidur malam tadi rupanya ada lagi mesej yang masuk.Hehe.Yang cakap ic hilang dan slip hilang pun ada.Macam2 lah diorang ni.

Tadi masa di kantin sorang cikgu beritahu yang ada sorang pelajar tingkatan 3 nangis sebab stress.Hati saya terus tak sedap.Macam budak kelas yang saya ajar.Telahan saya memang betul.Habis saja exam saya tercari2 sapa yang nangis sehinggakan guru pengawas terpaksa menenangkannya.Rupanya budak lelaki.

Sebabnya bukan soalan tu yang susah.Tapi sebenarnya sebab dia datang lambat.Hari Jumaat pula masa susun meja dia tak datang.Dalam keadaan panik dia tak tau mana nak pergi.So,sebagai ibu bapa pleaselah ambil iktibar dari perkara ini.Penting sangat hadir ke sekolah semasa susun meja dan budak kena tahu tempat duduk dia.Biar dia biasakan diri dulu dengan tempat duduk dia.Barulah tak panik.Walaupun nampak enteng ini sedikit sebanyak mempengaruhi emosi pelajar.

Ada ibu bapa yang sangat prihatin.Sanggup datang dari pagi dan membacakan yassin semasa anak2 berada di dalam dewan peperiksaan.Syukur.Macam manalah agaknya saya kalau anak yang exam besar.Sebab hati saya sangat rapuh.Masa majlis restu ilmu hari tu ramai rakan guru tak nak duduk sebelah saya masa majlis sebab pengalaman dorang saya mudah menangis.Haha.Dorang takut berjangkit ngan saya.So hari tu pun students tak nangis,saya yang beria2 nangis.Memang tak boleh lah benda2 macam ni.

Saya cuma mengharapkan kejayaan menanti mereka pada masa hadapan.Aamiin.

Sunday, October 12, 2014

Pengalaman:Tips Bercerai Susu Ibu

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah pengalaman saya yang ketiga bercerai susu badan(wean off)dengan anak ke-3 saya Muhammad Zaim Iskandar.Saya mengambil keputusan cerai susu ketika anak saya masuk umur dua tahun dalam tahun Islam.

Hari Rabu baru ni saya start letak sirap kat susu badan.Jadi bila dia nampak warna merah kat susu tu mencecet dia lari.Siap tutup pintu bilik lagi.Kelakar juga kalau diingatkan Zaim ni.Yang terdetik saya nak cerai susu sebab masa balik kampung,perangai dia dah macam budak besar dah. Siap ikut abang dan kakak main lagi seolah2 budak besar.Lepas tu dalam kereta memang dia tak suka duduk depan sekali dengan saya.Dia lebih suka main dengan aibang dan kakak di seat belakang.Mak saya cakap dah tua dah.Tak yah nyusu lagi.Hehe.

Hari pertama tu kira oklah.Suami yang amik dari taska.Jadi dia oklah.Tak risau sangat pasal dia.Malam tu ada dua kali dia jaga.

Hari ke-2 episod paling ngeri.Pukul 10.30pm dia jaga,12.30am dia jaga dan last sekali 3.30am.Kami suami isteri terpaksalah bergilir2 jaga dia.Last2 ke-3 tiga kami tertidur di ruang tamu.Sedar2 pukul 5.30am terbangun untuk bersiap.Adoii.Di sekolah pun saya rasa lesu.

Hari ke-3 pun tetap sama.Tapi lebih baik dari hari sebelumnya.Kalau hari ke -2 tu dia meraung macam kena rasuk dan kalau jiran dengar ingat tengah dera anak.Saya pun macam nak giveup tapi teringat balik kata2 ibu saya kalau saya susukan dia untuk kali ni,susahlah nak cerai susu lepas ni.Ambil semangat dari kata2 ibu saya dan suami yang sangat membantu,kami gagahkan juga.Mak saya pernah cakap tak kanlah dia nak nangis sampai sebulan.So genaplah malam tadi malam ke-4 dan dia sangat ok.Tak jaga pun dia.Alhamdulillah.Engkau memudahkan urusan kami Ya Allah.

Jadi untuk ibu2 yg nk bercerai susu jangan giveup dan berdoalah kepada Allah.In syaa Allah.Sokongan suami juga amat2 penting.

So untuk ke dua2 anak lelaki saya,rasanya si abang iaitu Zahin lagi mencabar.Siap letak bawang putih lagi.Si kakak Alhamdulillah mudah dan senang.

Friday, October 3, 2014

Simulasi Haji Cilik 2014

Assalamualaikum

Semalam bertempat di Masjid Negeri Shah Alam ada dilakukan simulasi haji cilik dengan kerjasama lembaga tabung haji dan pertim(persatuan tadika islam malaysia).

Ain pun joint.Suka sangat dia.Minggu ni ada dua pembangkit semangat dia nak ke sekolah.Satu masa saya belikan dia sweater frozen.Suka sangat nk menunjuk kat kawan2.Hehe.Tapi semalam dia lebih teruja.Sekali kejut terus bangun masuk bilik air.Takut bas tinggalkan dia.Sebab tecer suruh ada di sekolah sebelum pukul 7.30am.

Yang bestnya betul2 dia buat real.Dengan bacaannya.Melontarnya.Siap ada pas lagi.Beg pun dapat.Saya bekalkan dia rm5 sebab tecer cakap akan membeli belah di pasar selepas haji.Suka dia dapat membeli belah.Ada dia belikan untuk adiknya juga yg kaler2 boboiboy tu.Dia cakap tak mahal umi.Rm1 saja..Hehe.

So,balik sekolah tu terus dia ceritakan yang dia sangat happy pergi haji.In shaa Allah pendedahan yang baik untuk anak2.

8 Zulhijjah 1435H..Zaim Iskandar 2 Tahun

Assalamualaikum

Our great prince hari ni dah masuk umur 2 tahun.Doa umi dan abah sentiasa mengiringimu Zaim Iskandar.

Ok.Nak kemas barang2.Balik kampung sekejap lagi.Salam Aidiladha buat semua..Yang balik kampung hati2 di jalan raya.