Google+ Followers

Friday, September 26, 2014

Tersentuh Hati

Assalamualaikum w.b.t

It's Jumuah.Jumuah..Hari ni tersentuh sangat hati tadi masa kelas terakhir saya di 3A.Kelas terakhir untuk hari ni lah.

Esok kami sekolah ganti.Tiba2 masa nak keluar kelas saya bertanyakan sorang budak laki ni yg dibesarkan oleh ibunya yg juga single parent.

Saya:esok awak datang tak?
student:tak cikgu.Esok ayah saya kahwin.
Saya:oo..Awak pergi ke?
Student:Aah cikgu.Saya dengan sorang je kakak yang akan pergi.Kakak yang sorang lagi tak pergi.(tengok sayu saja mata budak ni)
Saya:ooh.

Sedih saya.Speechless.Balik pun dalam kereta masih lagi teringat budak tu.

Tapi sebenarnya kalau dalam kelas dialah yang paling nakal dan mengada2.Saya pula macam selalu sangat marahkan dia.Tadi pun kena marah juga.Kalau sehari tak kena marah dengan saya memang tak sah.Dia macam pelik.Kalau tanya soalan pun macam mengada2.Oh Allah.Terima kasih kerana sedarkan saya.Balik tadi saya muhasabah diri.Anak yang  baru berusia 15 tahun pun kena lalui masalah parent mereka.

Baru saya faham dia mengada2 kerana inginkan perhatian.Semoga hari esok lebih baik untukmu anak.

2 comments:

  1. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. alah tegal nati biasalah jadinya kan.. kita doakan yang baik2 buat murid dan ibu bapanya tu ya.. bila kes macam ni, anak2 memang mangsa utama, bukan ibu bapa yang berpisah tu biasanya..

    ReplyDelete