Google+ Followers

Sunday, September 28, 2014

Shawl Hijabs by Hanami

Assalamualaikum

Macam yang selalu saya cakap sebelum ni saya memang tak reti pakai shawl.Bukan saya tak suka,tapi saya rasa lambat sangat bila pakai shawl.Maklumlah tak artistik.But lately saya macam suka sangat pakai shawl.

Dan shawl pertama yang dipakai dalam hidup wan noorazilla ni ialah Hijabs by Hanami.Saya pakai ni pun masa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) last year.Ingatkan tu kali pertama dan terakhir dah pakai shawl.Rupanya tahun ni makin menjadi2 pula perangai nak pakai shawl.Ingat lagi dulu saya beli shawl ni kat booth di Masjid negeri Shah Alam.

So bila dapat tahu hijabs by hanami dah ada butik sendiri di Shah Alam.Apalagi terus mengajak encik suami ke sana walaupun semalam saya sampai hampir Maghrib.Jenuh juga mencari.Rupa2nya dekat pizza hut tu saja.Lokasinya di Alam Avenue,seksyen 16 Shah Alam.Lepas JPJ.Siapa yang biasa memang dah tau tempat ni pun tengah naik sekarang sebagai kota fesyen.Cewah.Seperti yang kita maklum selalunya seksyen 7 shah Alam kan!

Opening sale dia buat dua hari.Semalam dan hari ni.Pergilah yea.Saya ada lah juga rembat selai dua shawl.Cantik sangat.Sempat juga bergambar dengan owner dia yang sangat cantik.Model pun sekali.Dah namanya model memang cantik la kan.

So,gorgeous di luar sana,grab the chance okey..

2 comments:

  1. Hai. Cik wan ni mana nak pakai shawl rm10 macam i.. dia beli hok mahal sokmo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit!i pakai sume hok murah je..rm10 ke bawah pun ada..

      Delete