Google+ Followers

Tuesday, September 16, 2014

Sahabat untuk Selamanya

Assalamualaikum

walaupun tak balik kampung,tapi saya rasa gembira sangat kali ni.Sahabat baik saya Ejei masa form 1 datang ke rumah kecil saya untuk pertama kalinya.Dia datang dengan suami,dua orang anak dan dua orang adiknya.Mula2 kenal dulu dialah yang paling sombong bagi saya.Saya ingat lagi masa saya tak bawa buku teks math dia tak bagipun saya pinjam.Alih2 bila cikgu suruh kami buat group geo dia volunteer nak duduk group kami.Di situ semuanya bermula.Hehe.

Ejei ni bagus sangat.Lepas mak dia meninggal,dialah yang menggalas tanggungjawab menguruskan adik2nya.Tapi adik dia semua pandai2.Alhamdulillah.Ejei cikgu MRSM Balik Pulau.Suami dia pula ustaz.Derang baru bersama2 selepas masing2 berjauhan kerana tugas.Ustaz di Sabah dan Ejei di Penang.Masa pregnant,checkup semua dia uruskan sendiri.Kesian sangat.Anak kedua dah besar baru start duduk bersama.

Persahabatan kami bermula dari form 1.Bayangkan.Dah berapa lami kami bersahabat.Pendek kata susah senang bersama2.Makan sepinggan tidur sebantal.Saya kagum dengan ejei masa di uni.Dia sanggup belikan tv dari penang dengan duit ptptn semata2 nak bawa balik untuk famili di kampung.Huh.Sapa sanggup?Memang dia sangat mengenang budi.Mungkin juga faktor kami dibesarkan dalam keluarga yang susah.

Masa kat uni juga semua orang ingat kami ni kembar.Muka kami memang agak seiras.Ramai lah kawan2 yang kena kelentong.Ada sorang kakak ni tahun akhir kami di u baru dia tahu yang dia kena kelentong.Sorry kak nor.Hehe.Driver bus pun ingat kami kembar.Masa sekolah dulu memang semua cikgu tertukar antara saya dengan ejei.Lucu betul kalau diimbas kembali.Tapi rasanya kalau kita rapat dengan seaeorang muka pun boleh jadi sama.Saya juga pernah tertukar dua budak cina kat sekolah.sampai sekarang saya tak boleh nak bezakan dorang.

Kami juga sama2 minat hindustan.Sama2 ke tasik harapan untuk ushar budak lelaki main bola sepak.Sanggup ke cafe harapan semata2 nak beli air sebab budak yang kami minat ada di situ.Gila sangat kalau ikutkan dulu.Pernah mula2 masuk u sebab kami terpisah dengan desasiswa yang berlainan,bila first time jumpa seronok sangat.Maklumlah kitorang dah masuk u baru beli henfon.Ejei pun sering datang tidur di bilik saya sebab homesick.

Kalau nak cerita memang tak habis.Dia pun macam saya perangai gila2.Hari tu buat nasi kerabu biru je.In shaa Allah datanglah bertandang lagi ke rumah.Moga persahabatan kita kekal selama2 nya.

4 comments:

  1. Gambar tak terang ni, takleh nampak kembar.. kena teleng lak tu.. hihi..

    Jadi dtg ya kawan zilla ni? Best la gitu .meriah tu.. bagusnya gitu sahabat baik sejak sekolah lagi sampai sekarang. Kawan baik i dah tak ngam lepas i kawin dan dia masih lagi bujang sampai sekarang. Bukan senang nk jumpa orng yg leh ngam btl2 dgn kita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar dulu2..tu baju merah kat belakang.muka sama2 bulat gotey..hehe..

      ooh yea..i pun ada sorang lg best friend sejak dari tadika..masih lg ok sampai skrg..

      Delete
  2. Bestnya besfrend dtg rumah..... Mengimbau kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul2 sal..kenangan zaman remaja

      Delete