Google+ Followers

Tuesday, September 2, 2014

Puasa Terakhir

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Selesai berpuasa dalam bulan Syawal dan ganti puasa.Saya cuma sempat puasa 5 hari dalam bulan Syawal.Sebabnya baru je start puasa dah naik bendera merah.Tapi saya ada terbaca kalau kita ikhlas berpuasa dan bersungguh2 In Sha Allah puasa itu sama juga dengan 6 hari.Ada juga kawan yang cakap begitu.Mudah-mudahan.Aamiin.

Ha.Ni nak cerita.Hari ni saya berbuka dengan soto.Bihun soto.Sedap sangat dan cepat penyediaannya.Tak perlulah kita gigih nak mengupas bawang dan sinsing lengan baju.Sambil2 basuh pinggan tu pun boleh masak soto ni.Sebabnya yang paling penting tak yah tumis bawang.Woo..Tambah sambal kicap dan perahan asam limau kasturi je.

Rahsianya semasa ke Melaka Sabtu lepas,biras saya berikan 2 paket perencah Mak Pon.Oh siapakah beliau?Rupanya orang belah selatan kenallah.Biras saya tu pun tempah masa berkursus di hotel di Johor.Orang hotel siap tanya siapa yang nak order perencah Mak Pon.Biras saya terus order sebab kawan2nya dari Johor cakap memang best.Kiranya best in town la ni.So dia berikan saya satu perencah soto dan satu perencah mee bandung.

Esok kalau rajin nak try buat mee bandung pula.Tadi suami bertambah2.Ain pun siap hirup kuahnya.Dia kalau sedap akan cakap umi ni masak macam chef la..Hehe.

Tapi sekarang ni untungkan,semua masakan ada dalam bentuk packaging.Tinggal malas dan rajin je.

2 comments:

  1. wah... tahniah dah abis ganti puasa... kental semangat tul sahabat i ni..

    memang mudah ada rempah siap macam ni kan.. i pun penah masak, sekali dengan rempah nasi beryani masa angkit dari melaka dulu... hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Best je puasa kali ni..

      tu lah..amat memudahkan sangat

      Delete