Google+ Followers

Monday, September 29, 2014

Bunga2 Cinta

Alhamdulillah..kemas dah meja saya.Sapa yang tolong ni?hari ni pula penuh dengan bunga2..Ok selamat bekerja.No monday blues.

Sunday, September 28, 2014

Shawl Hijabs by Hanami

Assalamualaikum

Macam yang selalu saya cakap sebelum ni saya memang tak reti pakai shawl.Bukan saya tak suka,tapi saya rasa lambat sangat bila pakai shawl.Maklumlah tak artistik.But lately saya macam suka sangat pakai shawl.

Dan shawl pertama yang dipakai dalam hidup wan noorazilla ni ialah Hijabs by Hanami.Saya pakai ni pun masa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) last year.Ingatkan tu kali pertama dan terakhir dah pakai shawl.Rupanya tahun ni makin menjadi2 pula perangai nak pakai shawl.Ingat lagi dulu saya beli shawl ni kat booth di Masjid negeri Shah Alam.

So bila dapat tahu hijabs by hanami dah ada butik sendiri di Shah Alam.Apalagi terus mengajak encik suami ke sana walaupun semalam saya sampai hampir Maghrib.Jenuh juga mencari.Rupa2nya dekat pizza hut tu saja.Lokasinya di Alam Avenue,seksyen 16 Shah Alam.Lepas JPJ.Siapa yang biasa memang dah tau tempat ni pun tengah naik sekarang sebagai kota fesyen.Cewah.Seperti yang kita maklum selalunya seksyen 7 shah Alam kan!

Opening sale dia buat dua hari.Semalam dan hari ni.Pergilah yea.Saya ada lah juga rembat selai dua shawl.Cantik sangat.Sempat juga bergambar dengan owner dia yang sangat cantik.Model pun sekali.Dah namanya model memang cantik la kan.

So,gorgeous di luar sana,grab the chance okey..

Friday, September 26, 2014

Baru atau baharu?

Assalamualaikum

Ni entry untuk students sebenarnya.Selalu sangat students saya buat kesalahan perkataan baru.

Contoh ayat:Saya mempunyai seorang kawan baru(salah)
-Saya mempunyai seorang kawan baharu(betul)

Sebenarnya baru berkaitan dengan masa.Kalau dalam Bahasa Inggeris,kita panggil just now or recently.Contoh ayat;Saya baru saja balik dari kedai.Ataupun,Baru-baru ini.....

Kalau BAHARU pula,dalam bahasa Inggeris ialah NEW.So,boleh beza tak?

Kalau dalam kelas saya selalu cakap ni ingatan ke 1500 dah ni.Hehe.Tapi  students tetap buat kesalahan yang sama.

Semoga ia bermanfaat untuk semua.Tq.

Tersentuh Hati

Assalamualaikum w.b.t

It's Jumuah.Jumuah..Hari ni tersentuh sangat hati tadi masa kelas terakhir saya di 3A.Kelas terakhir untuk hari ni lah.

Esok kami sekolah ganti.Tiba2 masa nak keluar kelas saya bertanyakan sorang budak laki ni yg dibesarkan oleh ibunya yg juga single parent.

Saya:esok awak datang tak?
student:tak cikgu.Esok ayah saya kahwin.
Saya:oo..Awak pergi ke?
Student:Aah cikgu.Saya dengan sorang je kakak yang akan pergi.Kakak yang sorang lagi tak pergi.(tengok sayu saja mata budak ni)
Saya:ooh.

Sedih saya.Speechless.Balik pun dalam kereta masih lagi teringat budak tu.

Tapi sebenarnya kalau dalam kelas dialah yang paling nakal dan mengada2.Saya pula macam selalu sangat marahkan dia.Tadi pun kena marah juga.Kalau sehari tak kena marah dengan saya memang tak sah.Dia macam pelik.Kalau tanya soalan pun macam mengada2.Oh Allah.Terima kasih kerana sedarkan saya.Balik tadi saya muhasabah diri.Anak yang  baru berusia 15 tahun pun kena lalui masalah parent mereka.

Baru saya faham dia mengada2 kerana inginkan perhatian.Semoga hari esok lebih baik untukmu anak.

Saturday, September 20, 2014

Resepsi Cinta Aza dan Yusof

Kojolobak Kojolobu
Tuai padi tiga tangkai

Assalamualaikum..

Berkesempatan menghadiri majlis resepsi cinta jiran sebelah rumah kami di Jelebu Negeri Sembilan,Azaumi..Semoga Aza dan Yusof berbahagia hingga ke syurga.

Sedap sangat masakan nogori walaupun baby dan zahin baru jamah semulut terus jerit.Pedas.Memang pedas.Zahin cuma amik ayam goreng dan nasi kosong.Baby pula nasi kosong semata2.Lepastu bagi dorang makan sunkist dan tembikai.

Umi,kakak dan abah lah yang terlebih makan.Ada daging salai masak lemak cili api campur pucuk ubi kayu.Wah.Yang ni memang best..

Tak sangka sampai juga saya ket Jolobu..

Friday, September 19, 2014

Boys Over Flowers

Assalamualaikum

Hari ni ialah hari terakhir menonton boys over flowers.Waa.Best sangat cerita nih.Ruginya tak tengok sebelum ni.Minggu depan dah start sekolah.Dah tak boleh tengok dah.Pelakonnya pun cute sangat si Jan Di tu.Jun Po pun ok.

Oh!Saya dah jatuh cinta dengan cerita ni.Plot cerita pun best.Feeling muda bila tengok cerita ni walaupun sedar diri dah tua.Haha..

Ni je pun masa saya restkanbadan walaupun marking tak habis2.Tengok cerita ni.Dan saya surrender saya takkan habis tanda paper kali ni.Dah all out.Tapi tak berdayalah.Muntah hijau kuning semua ada.Oh my paper 3.Ada 25 orang student kali dengan 10 helai..250 helai lagi.Paper 2 sekelas lagi...Tenanglah duhai jiwa..

Lesen Memandu Baharu

Assalamualaikum

Semalam renew lesen memandu setelah hampir sebulan memandu secara underground sekitar subang dan shah alam.Alhamdulillah.Tiada apa2 yang buruk berlaku.So semalam renew campur denda habislah rm92.Rupanya kena denda kalau lambat renew.Ingatkan ok.OH Malaysiaku!

Tapi cantiklah lesen baru.Warna coklat gitu.

Tuesday, September 16, 2014

Sahabat untuk Selamanya

Assalamualaikum

walaupun tak balik kampung,tapi saya rasa gembira sangat kali ni.Sahabat baik saya Ejei masa form 1 datang ke rumah kecil saya untuk pertama kalinya.Dia datang dengan suami,dua orang anak dan dua orang adiknya.Mula2 kenal dulu dialah yang paling sombong bagi saya.Saya ingat lagi masa saya tak bawa buku teks math dia tak bagipun saya pinjam.Alih2 bila cikgu suruh kami buat group geo dia volunteer nak duduk group kami.Di situ semuanya bermula.Hehe.

Ejei ni bagus sangat.Lepas mak dia meninggal,dialah yang menggalas tanggungjawab menguruskan adik2nya.Tapi adik dia semua pandai2.Alhamdulillah.Ejei cikgu MRSM Balik Pulau.Suami dia pula ustaz.Derang baru bersama2 selepas masing2 berjauhan kerana tugas.Ustaz di Sabah dan Ejei di Penang.Masa pregnant,checkup semua dia uruskan sendiri.Kesian sangat.Anak kedua dah besar baru start duduk bersama.

Persahabatan kami bermula dari form 1.Bayangkan.Dah berapa lami kami bersahabat.Pendek kata susah senang bersama2.Makan sepinggan tidur sebantal.Saya kagum dengan ejei masa di uni.Dia sanggup belikan tv dari penang dengan duit ptptn semata2 nak bawa balik untuk famili di kampung.Huh.Sapa sanggup?Memang dia sangat mengenang budi.Mungkin juga faktor kami dibesarkan dalam keluarga yang susah.

Masa kat uni juga semua orang ingat kami ni kembar.Muka kami memang agak seiras.Ramai lah kawan2 yang kena kelentong.Ada sorang kakak ni tahun akhir kami di u baru dia tahu yang dia kena kelentong.Sorry kak nor.Hehe.Driver bus pun ingat kami kembar.Masa sekolah dulu memang semua cikgu tertukar antara saya dengan ejei.Lucu betul kalau diimbas kembali.Tapi rasanya kalau kita rapat dengan seaeorang muka pun boleh jadi sama.Saya juga pernah tertukar dua budak cina kat sekolah.sampai sekarang saya tak boleh nak bezakan dorang.

Kami juga sama2 minat hindustan.Sama2 ke tasik harapan untuk ushar budak lelaki main bola sepak.Sanggup ke cafe harapan semata2 nak beli air sebab budak yang kami minat ada di situ.Gila sangat kalau ikutkan dulu.Pernah mula2 masuk u sebab kami terpisah dengan desasiswa yang berlainan,bila first time jumpa seronok sangat.Maklumlah kitorang dah masuk u baru beli henfon.Ejei pun sering datang tidur di bilik saya sebab homesick.

Kalau nak cerita memang tak habis.Dia pun macam saya perangai gila2.Hari tu buat nasi kerabu biru je.In shaa Allah datanglah bertandang lagi ke rumah.Moga persahabatan kita kekal selama2 nya.

Demam Urat

Assalamualaikum wet morning..

Pernah dengar tak demam urat?Ni saya nak cerita sikit tentang demam urat.Ni kakak iparlah yg cakap.

Macam mana nak kenal baby kita ni demam urat?Persoalan yang sering menerjah minda kita..Kalau badan dia tak  berapa panas dan kaki dia sangat sejuk.Itu namanya demam urat.Lepastu kakak ipar urut2 manja badan dia dengan minyak mestika.Dia cuma ek ek saja.

Semalam saya try buat benda yang sama kat baby Zaim.Suka sangat dia.Siap menyanyi2 dalam bahasa dia lagi.Agaknya dia lega kot bila diurut.Kita pun suka bila selalu diurut inikan pula baby..

Monday, September 15, 2014

Alat Lipat Baju

Assalamualaikum

Hari tu ada order alat lipat baju dengan kawan.Entahlah bila kawan promote terus rasa nak beli.Saya beli dua.Satu yang dewasa dan satu lagi yang kecil.Mula2 ingatkan tak pakai lah alat ni.Rupanya berfaedah juga.

Anak gadis saya yang berusia 6 tahun paling excited.Dia sejak akhir2 ni rajin sangat tolong lipat baju.Dia pakai yang kecik.Yang warna hijau tu.

Faedahnya baju yang dilipat tu cantik lah.Sama je semua susunannya.Kalau adalah yang nak beli baik beli yang kecik sebab kita banyak pakai yang kecik.Baju anak2..Tapi bukan order dengan saya.Saya tak jual.Hehe..

Friday, September 12, 2014

Hakikat Cuti Cikgu

Assalamualaikum

Badan dah rasa lain macam dah ni.Baru lepas telan panadol.Huhu.Tolong doakan saya diberikan kekuatan.Mampukah saya nak menanda 7 bundle lagi daropada 9 bundle yang kesemuanya esei gila2..Sejarah SPM ada 3 paper.Lepas tu BM untuk Tingkatan 3.Paper lain saya tak risau.Paper 3 saja yang membuatkan saya mual,loya dan nak muntah.Berpusing kepala ni.Ada pula student yang tulis 10 helai.Macam mana.Nangis saya.Mana nak koding.Mana nak baca.Kena pula tulisan macam cacing.Huhu.

Tapi orang selalu kata cikgu banyak cuti.Nah ambik.Ni lah cikgu yang banyak cuti.Di sebaliknya diisi dengan penandaan markah.Buka sekolah markah dah nak bagi kat budak.Ok lah.Sesi luahan perasaan sebelum start menanda.

Semoga Allah memudahkan urusan saya.Aamiin ya Allah.

Saturday, September 6, 2014

Little Caliphs Sports Day

Assalamualaikum..

Pagi2 lagi kami anak beranak bersiap ke sekolah kakak dan abang.Hari ni sport day diorang.Meriah sangat sambutan kali ni walaupun tak melibatkan tadika2 lain.Selalunya mereka gabungkan tiga tadika.Tahun ni hanya Little Caliph tempat anak saya belajar saja.Sebabnya tadika lain kebanyakan dah buat sukan.

Memang salute lah kat all the teachers.Bukan mudah nak handle anak2 4-6years old ni.Tapi mereka boleh.Tahun ni tema tradisional.Anak2 4 years old tema merdeka.Tengok perarakan masuk tu kelakar sangat dan sangat comel.Belum lagi tengok persembahan taekwondo mereka.Mula2 Ain tak nak pakai kain batik tu.Besar sangat.Pujuk punya pujuk barulah pakai.

Yang paling saya suka pula masa mereka berjoget lagu anak melayu.Teacher2 pun turut sama menari lagu tersebut.Lemak manis ala amboi2,santan kelapa ala amboi2..tu yang saya ingatlah.

Keseluruhannya sport Day kali ni sangat best.Yang terakhir untuk kakak dan pengalaman pertama untuk Zahin.Zahin kata best sport day tapi lama sangat sampai abang haus.hehe.

Ok sebelum terlupa malam tadi kami menerima berita yang sangat menegejutkan.Aida,kawan masa di USM dahulu telah kehilangan suaminya.Yang sedih sangat mereka baru saja 2 bulan berkahwin.Tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI.Moga ada hikmah di sebalik kejadian.

Friday, September 5, 2014

Umi,Akhirnya Kau Tewas Jua

Assalamualaikum

Dalam keadaan kepala yang sangat memberat ni,sempat lagi nak update blog yea.Semalam lagi rasa nak demam.Hari ni dengan suara yang berubah teruk,kepala memberat,akhirnya demam juga.

Nak pergi klinik malam ni tapi malas.Esoklah lepas Sport Day anak2.Tadi di sekolah minum fresh orange,ambil vitamin c di rumah dan minum peel fresh apple campuran aloe vera.Konon nak tambah vitamin c dalam badan.Tapi tak berkesan.Nak minum 100 plus kejap lagi.

Moga esok ok sikit.Setakat ni belum lagi ambil mc.Harapnya dapat bertahan sampai hujung tahun.Nak zero mc..

Wednesday, September 3, 2014

Zaim Demam

Hari ni umi balik sangat awal dari sekolah.Menyusup keluar secara haram.Tak thumbprint pun.Sebab waktu thumbprint 1.40pm.I balik 1.05pm.Lagi satu siap ada meeting lagi.Banyak yang umi skip.Biarlah.Allah tahu.

Bukan apa,anakanda yang sorang ni demam.Terkejut bila suami cakap pagi tadi masa nak hantar ke nursery dia rasa kepala baby panas sangat.Terus dia bawa ke klinik yang kami biasa tu.Terus masuk sub(ubat bontot).Suhu 39.3°c.Subhanallah.Jadi,suami dah jaga half day dah.Petang turn ummi pula.Kesian dia.

Nih gambar masa tengah tidur.Tengok,tidur2 pun semangat pakai baju Malaysia.Hehe.Walhal kalau demam eloknya pamperskan saja budak2.Ni dia pakai baju sebab ikut abah beli nasi utk lunch tadi.Alhamdulillah.Nampak dah sejuk badan dia.Aktif sesangat.

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Moga Allah menyembuhkanmu Zaim.

Tuesday, September 2, 2014

Puasa Terakhir

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Selesai berpuasa dalam bulan Syawal dan ganti puasa.Saya cuma sempat puasa 5 hari dalam bulan Syawal.Sebabnya baru je start puasa dah naik bendera merah.Tapi saya ada terbaca kalau kita ikhlas berpuasa dan bersungguh2 In Sha Allah puasa itu sama juga dengan 6 hari.Ada juga kawan yang cakap begitu.Mudah-mudahan.Aamiin.

Ha.Ni nak cerita.Hari ni saya berbuka dengan soto.Bihun soto.Sedap sangat dan cepat penyediaannya.Tak perlulah kita gigih nak mengupas bawang dan sinsing lengan baju.Sambil2 basuh pinggan tu pun boleh masak soto ni.Sebabnya yang paling penting tak yah tumis bawang.Woo..Tambah sambal kicap dan perahan asam limau kasturi je.

Rahsianya semasa ke Melaka Sabtu lepas,biras saya berikan 2 paket perencah Mak Pon.Oh siapakah beliau?Rupanya orang belah selatan kenallah.Biras saya tu pun tempah masa berkursus di hotel di Johor.Orang hotel siap tanya siapa yang nak order perencah Mak Pon.Biras saya terus order sebab kawan2nya dari Johor cakap memang best.Kiranya best in town la ni.So dia berikan saya satu perencah soto dan satu perencah mee bandung.

Esok kalau rajin nak try buat mee bandung pula.Tadi suami bertambah2.Ain pun siap hirup kuahnya.Dia kalau sedap akan cakap umi ni masak macam chef la..Hehe.

Tapi sekarang ni untungkan,semua masakan ada dalam bentuk packaging.Tinggal malas dan rajin je.