Google+ Followers

Monday, August 4, 2014

Satu hari di hari raya

Assalamualaikum

Allahuakbar!Selesai sudah kita berpuasa dan meraikan kemenangan.Bagi diri saya,rasanya tahun ni raya agak meriah walaupun malam raya tu kami tidur pukul 2.00am.Saya,cik no,dan kakak ipar kak azra.Din dan Ja tak dapat balik.Hari raya Din call,siap nangis lagi.Saya pun nangis juga.Sedih!

Malam raya mak saya kurang sihat.Tiba2 pening kepala.Maklumlah mak saya ada diabetes dan darah tinggi.Jadi dia cakap kat saya yg merangkap ketua chef malam tu,kak buatlah nasi dagang dan gulai ikan tongkol.Oh!Berat tu.Maklumlah sebelum ni untuk kuantiti yang sikit saya biasa.Akhirnya dengan bantuan adik saya,berjaya saya menyediakan juadah hari raya walaupun tak sesedap masakan bonda.

Malam raya juga kakak ipar buat rendang daging untuk dimakan dengan lemang.Geng2 lelaki lagilah.Pukul 3.00am diorang tido.Baru nak bakar lemang dan bakar sate.Alhamdulillah.Semua settle.

Hari raya juga cukup menginsafkan.Mak saudara saya kena minor strok.Kesiannya tengok.Balik bulan 6 hari tu sihat je.Begitu juga dengan sorang lagi jiran kami.Pak Ngah Jik.Kena strok.Cukup menguji.Saya cakap ngan mak saya balik hari tu semua sihat.Sekejap saja benda kalau nak jadi.Nauzubillah hi min zalik.

Kami juga ada buat laksa lemak masa raya ke4.Kalau sebelum ni laksa cuma rm2.00 sekilo tapi masa raya harga jadi rm4.00.Nak tak nak beli juga.Rendang kerang yang mengancam juga kakak ipar sediakan.Hari terakhir di kampung pak saudara sebelah rumah buat bbq kambing.Kiranya penuh sangat jadual raya kali ini.Menghadiri kenduri di Bachok.

Raya di Kelantan tahun ni kebanyakan menghidangkan nasi Arab.Raya pertama rumah mertua saya.Raya kedua pun saya makan nasi arab rumah pak cik sebelah suami di Pintu Geng.

Raya ke4 juga kami ke seberang Pasir Mas Salor.Merisik untuk adik lelaki saya.In shaa Allah kalau ada jodoh bersatulah mereka.Perjalanan yang sepatutnya 20 minit jadi 2 jam hari tu.Memang menguji betul.Apa2 pun raya dah berlalu.Balik sekolah kerja melambak.Tolong!!Hehe.

4 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.Selamat hari raya sal.

      Delete
  2. masa raya mahalnya barang...tapi legalah kan, semuanya okje tu..wah, tak sangka kawan i ni ada bakat memasak yang hebat siap jadi ketua chef lagi..masak banyak pulak tu, hebatlah u...alahai, rugilah tak gi beraya kat rumah zilla ni.. mesti sedap tu..

    moga Ma dan mok sedara zilla ok ya sekarang.. kita doakan banyak2 moga tak berulang lagi

    ReplyDelete