Google+ Followers

Friday, August 22, 2014

Kami Berkabung

Assalamualaikum

Hari ni merupakan peristiwa sejarah untuk Malaysia.Sebab tu nak sangat update blog hari ni tanda kita juga mengingati tragedi MH 17.Kita doakan semoga ia yang terakhir buat Malaysia.Sedih sangat.

Pagi2 lagi saya sebagai guru bertugas mingguan dah berada di tapak perhimpunan.Beberapa pengumuman tentang waktu berkabung juga saya sampaikan kepada murid2.Dengan nada sedih saya menyampaikannya.Bukan buat2 tapi entahlah,macam sayu sangat.

Sebelum tu pagi2 kami dah bacakan yasin.Semua guru dan pelajar islam.Ni amalan mingguan kami setiap Jumaat.Tepat pukul 11.10 minit pagi lebih kurang semua pentadbir turun ke tapak perhimpunan.Saya masa tu berada dalam kelas 5C.

Pengumuman kemudiannya dibuat.Dan Fawwazudin salah seorang murid sekolah kami dipilih memgetuai bacaan alfatihah.Yang saya nak cerita masa dia baca Alfatihah air mata saya turun laju.Ya Allah.Bestnya alunan bacaan dia.Menitik air mata saya dan saya pusing ke belakang,nak cover.Takkan lah cikgu nangis depan budak2.Mungkin juga saya terlalu menghayati.Bayangkan kita yang tidak ada pertalian darah pun boleh berasa kesedihan.Bagaimana dengan keluarga mereka.Tak sanggup nak cakap.

Semua murid diam dan sunyi sepi sekolah.Mungkin anak2 remaja juga mengerti kesedihan ini.Selepas habis bacaan alfatihah pun,semua murid saya masih diam.Terkedu mereka.Alhamdulillah.Ada erti kesedihan dalam jiwa mereka.

4 comments: