Google+ Followers

Wednesday, August 20, 2014

Diari Tugasan

Assalamualaikum

Ya Allah.Rabbi Yassir wala Tuassir..Rabbi Tammim bil Khoir..Hebat sangat penangan kerja yg tak pernah habis ni.Semalam tamatlah ujian lisan mendengar dan bertutur untuk PT3 dan selama seminggu jugalah saya dan kawan2 yang terlibat direliefkan.Fuhh.Memang penat.Bermula selasa lepas dan semalam kami selesai.Ada yang kata oklah,tak payah masuk kelas.Tapi bagi saya ok lagi masuk kelas dan mengajar.Silibus form 5 pun banyak tertinggal.

Buat lisan bertutur dan mendengar, nak ke tandas pun kami tak sempat.Berhenti hanya untuk makan sahaja.Bayangkan.Kalau waktu biasa ada juga kami boleh rehat masa terluang tu.Semalam juga peperiksaan percubaan SPM sejarah kertas 3 dijalankan.Kertas ada lagi kat sekolah.Tak terusik pun.Bukan tak nak semak,online markah bertutur dan mendengar pun belum saya lakukan walaupun dah habis tanda.Nak isi borang rumusan lagi.Ya Allah.Kerja apakah ini?

Soalan saya untuk kertas 2 pun belum distaplerkan sepenuhnya.Sebenarnya dah lama anta riso tapi hari ni baru nak stapler.Bukan tak nak buat.Masa yang sangat tak ada.Entahla masa tu cemburu ke benci dah dengan saya kot.Ngehngeh..Skema tak buat lagi.Examnya minggu depan.Nampaknya hujung minggu ni kena buat juga lah.Huhu.Dahlah jadi guru bertugas minggu ni.Walaupun tak penat renyahnya tetap ada.Hujung minggu ni pula sekolah kami adakan aerobikton.Fuhh.Dasyatnya diari seorang pendidik.(luahan perasaan)

Semoga semuanya lancar.Allah humma amin.

2 comments:

  1. Insya Allah banyak pahala buat pendidik yang rajin dan berswmangat macam che wan ni. Sikit sebanyak penyumbang keberkatan hidup juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin2..tp hr ni blk 4 lbh tak siap2

      Delete