Google+ Followers

Monday, August 25, 2014

Aroma Ikan Bakar,Jeram

Assalamualaikum

Semalam kami satu famili ke Jeram untuk celebrate birthday dan anniversary.Ni je yang kami mampu.Nak makan kat hotel tak cukup duit.Huhu.

Akhirnya dapat juga duduk dekat saung yang mengadap ke laut tu.Sebelum ni kalau pergi tak pernah dapat yang mengadap ke laut.Belakang laut je yang dapat.Ambil yang kecil so bayarannya rm10.Oklah.Kami pun satu famili aje.Kami order pari bakar super besar,siakap 3 rasa,kerang bakar,kailan ikan masin serta sotong dan udang goreng tepung.Telur bungkus 1.Total rm179.Oklah kan.Sekali sekala.Thank you my muhamad zunaidy belanja.Budak2 ni sibuk main pasir dan kami solat asar di situ.Kemudian baru bertolak balik.

Balik tu kami lalu LATAR.Singgah Pandu Lalu Cendol Bakar yang tersohor di Kuala Selangor.Memang sekejap je.Sebab semalam tak ada orang.Selalunya jem jalan untuk ke situ.Kami tak pernah order kan,so bila ditanya oh,terus jawab 2 cendol vip dan 2 cendol durian.Vip untuk umi dan abah.Durian tu untuk 2 orang hantu durian.Baby pula share je ngan umi.
Bezanya diorang letak dalam cup dan ada jagung serta nata de coco.Alhamdulillah.sedap.Semoga kami  terus dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke jannah.

Balik tu kami bungkus ikan pari tu untuk sahur.Sebabnya hari ni kami suami isteri puasa.Duit dah habis banyak sangat makan.Hari sabtu tu baiki kereta,habis rm315..So,terpaksalah puasa.Hehe.

2 comments:

  1. sedap tu sambut anniversary di kedai ikan bakar yang best.... lain kali ajak kawan ni sekali deh.. hihi.....

    dah jalan kawasan kuala selangor tu banyak tempat boleh menyinggah kan? tapi perjalanan jelah kena sabar sikit kalau kami, dua ahmad ni mula nak buat hal macam2 klau duduk lama dlm kereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..setakat ni ok la diorang.cuma kadang2 kakak yg suka menyakat abang.

      Delete