Google+ Followers

Saturday, August 30, 2014

Ambang Merdeka

Assalamualaikum

Semalam sekolah kami mengadakan sambutan Ambang Kemerdekaan.Tahun ini juga merupakan tahun terakhir Penyelaras Program Kak Haliza kerana beliau akan bersara tak lama lagi.Majlis sangat meriah dengan simbolik perasmian ialah melepaskan belon tanda kebebasan.Sorakan murid2 meriah kedengaran.Waa..Memang hebat.

Tugas saya pula ialah bahagian peserta pertandingan pakaian tradisional.Oklah.Walaupun pada mulanya pa system agak problem.CD raya saya tak ada pun.Hanya saya dengarkan melalui telefon saya.Hehe..Lepas tu diselang seli dengan lagu patriotik sebagai muzik latar.Alhamdulillah.Majlis lancar.

Tapi dari segi pakaian,tahun ni tak hebat sangat bagi murid2 kerana mereka tidak dibenarkan memakai baju raya.Ramai yang tarik muka sebab ramai yang dah berangan nak melaram baju raya.Kesian kan!Hanya yang ambil bahagian je boleh pakai baju tradisional.

Saya sempat juga mengambil gambar dengan Moo Yoong Wei Sheng sebabnya dari hari sebelum tu lagi asyik cakap nak selfie ngan cikgu.

2 comments:

  1. Masa pgram ptg pun sama, memang bermasalah sgt PA sistem.. naik stress jadinya dengan bunyi gitu..

    Navinesh hebat la....masa dia nyanyi riuh budak2 tepuk tgn. Mesti kat pagi pun sama ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..siap ada yg bagi bunga lagi..budak2 cina ikut sama nyanyi..fuhh.

      pasal pa.kesian sangat..saya masuk dlm bilik pa tu kesian tengok..uzur sangat dah.tapi tak de pun peruntukan

      Delete