Google+ Followers

Saturday, August 30, 2014

Rindu Awak 200%

:)

Akhirnya,Kad Meriah

Assalamualaikum

Semalam,akhirnya tertunai juga hasrat saya untuk membuat kad meriah di Mydin.Lepas habis sekolah,Zurina kawan sebelah meja saya mengajak saya ke Mydin lepas makan2.

Dalam pukul 2 kami ke sana.Saya memang nekad nak buat kad mydin sebab sekarang saya dah banyak shopping di Mydin.Murah sangat harganya.Lagipun saya dah boikot sebuah pasar raya ni.Semalam juga ada jualan merdeka.Banyak barang2 dapat dibeli dengan harga yang murah.

Sbelum ni asyik pakai kad Zurina saja.Sekarang dah ada kad sendiri dan bolehlah membeli belah dengan senang hati.Belanja jimat keluarga bahagia.Heehe

*Rupa2nya adik Suhana,kawan sekolah saya kerja kat bahagian customer servise.

Ambang Merdeka

Assalamualaikum

Semalam sekolah kami mengadakan sambutan Ambang Kemerdekaan.Tahun ini juga merupakan tahun terakhir Penyelaras Program Kak Haliza kerana beliau akan bersara tak lama lagi.Majlis sangat meriah dengan simbolik perasmian ialah melepaskan belon tanda kebebasan.Sorakan murid2 meriah kedengaran.Waa..Memang hebat.

Tugas saya pula ialah bahagian peserta pertandingan pakaian tradisional.Oklah.Walaupun pada mulanya pa system agak problem.CD raya saya tak ada pun.Hanya saya dengarkan melalui telefon saya.Hehe..Lepas tu diselang seli dengan lagu patriotik sebagai muzik latar.Alhamdulillah.Majlis lancar.

Tapi dari segi pakaian,tahun ni tak hebat sangat bagi murid2 kerana mereka tidak dibenarkan memakai baju raya.Ramai yang tarik muka sebab ramai yang dah berangan nak melaram baju raya.Kesian kan!Hanya yang ambil bahagian je boleh pakai baju tradisional.

Saya sempat juga mengambil gambar dengan Moo Yoong Wei Sheng sebabnya dari hari sebelum tu lagi asyik cakap nak selfie ngan cikgu.

Wednesday, August 27, 2014

Tukar Bateri 27.08.14

Assalamualaikum

Hai.Meragam betul kereta kecil saya.Hari Sabtu baru ni baru habis rm 315 sebab kipas yang sejukkan radiator tu rosak.Hari ni pula melayang lagi rm285.Bateri kong.Semalam lagi tanda2 keberonaannya bila alarmnya bunyi dengan kuat masa tekan.Seingat saya kali terakhir adik saya yang tukar masa 2012.Setahun 8 bulan usianya.

Oklah.Tapi saya reda.Allah menguji tepat pada masanya.Macam tau2 je semalam saya baru cucuk gaji,hari ni dia buat hal.Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku.Mungkin Allah suruh saya tukar kereta yang lebih baik.Who knows..

Senyum.Tak perlu kata apa2..

Monday, August 25, 2014

Loom Bracelet

Assalmualaikum

Mula2 masa sekolah cakap ada student plan nak jual loom bracelet.saya tercengang.Oo apakah itu?Rupanya benda alah ni.Kejap yea.nanti tengok gambar.

Menurut sorang student saya gelang ni asal dari Malaysia.Betul atau tidak saya tak sure.Seorang bapa menghadiahi anaknya gelang tersebut.Waa.Terharunya.Menitik air mata.

Hari ni masa rehat ada dua orang bekas student saya masa form 1 berikan saya dua loom bracelet.1 saya pakai dan satu lagi bagi kat anak dara saya.Bila saya pakai masuk kelas semua budak bising.Wah cikgu pun pakai.Hehe.tak pe lah cikgu kan.Student je tak boleh.Hehe.

Happy sangat Ain bila dapat gelang tu.Ni sebenarnya untuk hadiah birthday saya.Alhamdulillah,ada budak bagi bunga,kek dan kad.Kawan blogger saya aisy nasiha bagi kek tanda ingatan.Begitu juga K.ma bagi saya kerepek ubi.Thanks semua..Saya amat menghargainya tanda ingatan daripada kalian.Untungnya dikelilingi orang yang penyayang.Alhamdulillah.

Aroma Ikan Bakar,Jeram

Assalamualaikum

Semalam kami satu famili ke Jeram untuk celebrate birthday dan anniversary.Ni je yang kami mampu.Nak makan kat hotel tak cukup duit.Huhu.

Akhirnya dapat juga duduk dekat saung yang mengadap ke laut tu.Sebelum ni kalau pergi tak pernah dapat yang mengadap ke laut.Belakang laut je yang dapat.Ambil yang kecil so bayarannya rm10.Oklah.Kami pun satu famili aje.Kami order pari bakar super besar,siakap 3 rasa,kerang bakar,kailan ikan masin serta sotong dan udang goreng tepung.Telur bungkus 1.Total rm179.Oklah kan.Sekali sekala.Thank you my muhamad zunaidy belanja.Budak2 ni sibuk main pasir dan kami solat asar di situ.Kemudian baru bertolak balik.

Balik tu kami lalu LATAR.Singgah Pandu Lalu Cendol Bakar yang tersohor di Kuala Selangor.Memang sekejap je.Sebab semalam tak ada orang.Selalunya jem jalan untuk ke situ.Kami tak pernah order kan,so bila ditanya oh,terus jawab 2 cendol vip dan 2 cendol durian.Vip untuk umi dan abah.Durian tu untuk 2 orang hantu durian.Baby pula share je ngan umi.
Bezanya diorang letak dalam cup dan ada jagung serta nata de coco.Alhamdulillah.sedap.Semoga kami  terus dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke jannah.

Balik tu kami bungkus ikan pari tu untuk sahur.Sebabnya hari ni kami suami isteri puasa.Duit dah habis banyak sangat makan.Hari sabtu tu baiki kereta,habis rm315..So,terpaksalah puasa.Hehe.

Sunday, August 24, 2014

24-08-14 (Our 7 th Anniversary)

Alhamdulillah..diberi peluang untuk kami suami isteri bersama2 menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran.Hari ni anniversary kami yang ke-7.Cepatnya masa berlalu.Rasa macam seperti semalam baru diijabkabulkan.Hehe..

Kepada cinta hati saya,saya cuma doakan supaya abang beroleh kesejahteraan yang berpanjangan dan sentiasa menjadi hero kepada saya dan anak2..Moga sentiasa genius dalam memberi pendapat dan cepat2 jadi ceo.aamiin.

Semoga Allah memberkati kami dan melimpahkan berkat kepada kami dan menghimpunkan kedua2 kami dalam kebaikan.Aamiin♥♡♥

Love u Muhamad Zunaidy..

Friday, August 22, 2014

Kami Berkabung

Assalamualaikum

Hari ni merupakan peristiwa sejarah untuk Malaysia.Sebab tu nak sangat update blog hari ni tanda kita juga mengingati tragedi MH 17.Kita doakan semoga ia yang terakhir buat Malaysia.Sedih sangat.

Pagi2 lagi saya sebagai guru bertugas mingguan dah berada di tapak perhimpunan.Beberapa pengumuman tentang waktu berkabung juga saya sampaikan kepada murid2.Dengan nada sedih saya menyampaikannya.Bukan buat2 tapi entahlah,macam sayu sangat.

Sebelum tu pagi2 kami dah bacakan yasin.Semua guru dan pelajar islam.Ni amalan mingguan kami setiap Jumaat.Tepat pukul 11.10 minit pagi lebih kurang semua pentadbir turun ke tapak perhimpunan.Saya masa tu berada dalam kelas 5C.

Pengumuman kemudiannya dibuat.Dan Fawwazudin salah seorang murid sekolah kami dipilih memgetuai bacaan alfatihah.Yang saya nak cerita masa dia baca Alfatihah air mata saya turun laju.Ya Allah.Bestnya alunan bacaan dia.Menitik air mata saya dan saya pusing ke belakang,nak cover.Takkan lah cikgu nangis depan budak2.Mungkin juga saya terlalu menghayati.Bayangkan kita yang tidak ada pertalian darah pun boleh berasa kesedihan.Bagaimana dengan keluarga mereka.Tak sanggup nak cakap.

Semua murid diam dan sunyi sepi sekolah.Mungkin anak2 remaja juga mengerti kesedihan ini.Selepas habis bacaan alfatihah pun,semua murid saya masih diam.Terkedu mereka.Alhamdulillah.Ada erti kesedihan dalam jiwa mereka.

Wednesday, August 20, 2014

Anggun Unisex Salon

Assalamualaikum

Teringin sangat nak massage.In shaa Allah kalau berkelapangan ingin ke Anggun Seksyen 17 Shah Alam.Landmarknya bersebelahan dengan 7eleven seksyen 17.

Baru2 ni kami ke sini untuk treatment rambut Ain.Ain siap cuci dan potong serta treatment.Alang2 suami cakap, suruh potong rambut saya sekali.Memangpun asal bulan 8 saja saya akan poyong rambut.Entahla.Mungkin sebab birthday bulan 8 kot.Rasa nak kelainan.Jika ditanya sepanjang saya bermastautin di S.Alam ni,inilah satu2nya salon yang saya pergi.Bukan tak percaya tempat lain,sebab harganya agak murah dan saya puas hati.Lagipun orang melayu pemiliknya.Hari tu 4 kepala dalam rm129 ditambah dengan harga sebotol serum.

Lagipun bila ke sini,kalau kita yang mementingkan aurat kita,kita boleh request untuk gunting di dalam.Ada satu kawasan disediakan untuk yang bertudung.So kita boleh potong rambut tanpa segan silu. Baby Zaim dan Zahin pun potong rambut sekali.

Saya pernah buat facial di sini.Tapi urut tak pernah.Katanya harga untuk satu badan rm 70.Tengoklah bila berkelapangan nak try la jugak.Habis sakit2 satu badan.Ha.masa saya gunting rambut hari tu kakak yang potong rambut tu siap urut badan saya sekali.Tapi sekejap je lah.Tu pun dah lega.Bolehlah tahan dua tiga hari..Dia cakap tegang sangat leher saya.Mungkin stress sangat.Yalah,selalunya suami je yang jadi tukang urut.

Inner Jannah

Assalamualaikum..

Baru je semalam bercakap dengan suami yang hujung minggu ni saya minta beliau temankan saya ke PKNS.Hasratnya nak beli inner untuk tudung.Saya dah lama berkenan dengan inner ni.Inner jannah namanya.

Tapi hari ni ada sorang cikgu di sekolah ni dah jual.Eh,rezeki saya lah kan, rezeki cikgu tu juga.Saya dah lama tengok orang pakai inner ni dengan tudung bawal.Nampak macam muslimah,solehah sangatkan orang tu.Nanti saya nak trylah pakai esok kalau pakai bawal.Nampak muslimah tak nanti?Hmm..

Diari Tugasan

Assalamualaikum

Ya Allah.Rabbi Yassir wala Tuassir..Rabbi Tammim bil Khoir..Hebat sangat penangan kerja yg tak pernah habis ni.Semalam tamatlah ujian lisan mendengar dan bertutur untuk PT3 dan selama seminggu jugalah saya dan kawan2 yang terlibat direliefkan.Fuhh.Memang penat.Bermula selasa lepas dan semalam kami selesai.Ada yang kata oklah,tak payah masuk kelas.Tapi bagi saya ok lagi masuk kelas dan mengajar.Silibus form 5 pun banyak tertinggal.

Buat lisan bertutur dan mendengar, nak ke tandas pun kami tak sempat.Berhenti hanya untuk makan sahaja.Bayangkan.Kalau waktu biasa ada juga kami boleh rehat masa terluang tu.Semalam juga peperiksaan percubaan SPM sejarah kertas 3 dijalankan.Kertas ada lagi kat sekolah.Tak terusik pun.Bukan tak nak semak,online markah bertutur dan mendengar pun belum saya lakukan walaupun dah habis tanda.Nak isi borang rumusan lagi.Ya Allah.Kerja apakah ini?

Soalan saya untuk kertas 2 pun belum distaplerkan sepenuhnya.Sebenarnya dah lama anta riso tapi hari ni baru nak stapler.Bukan tak nak buat.Masa yang sangat tak ada.Entahla masa tu cemburu ke benci dah dengan saya kot.Ngehngeh..Skema tak buat lagi.Examnya minggu depan.Nampaknya hujung minggu ni kena buat juga lah.Huhu.Dahlah jadi guru bertugas minggu ni.Walaupun tak penat renyahnya tetap ada.Hujung minggu ni pula sekolah kami adakan aerobikton.Fuhh.Dasyatnya diari seorang pendidik.(luahan perasaan)

Semoga semuanya lancar.Allah humma amin.

Friday, August 8, 2014

Rekod

Assalamualaikum

Minggu ni bising mulut anak2 saya cerita pasal Israel.Sebenarnya masa bulaan puasa hari tu tadika diorang ada jemput penceramah dari NGO dan buat jualan amal baju2 untuk disumbangkan ke Tabung Gaza.Masya Allah,sehebat ini anak2 kecil dididik tentang kekejaman Israel.Video kekejaman Israel juga ada dipertontonkan.

Semalam bila masuk kereta,bising Ain cerita pasal semua kejahatan yang Israel lakukan.Dia cakap ummi kan cikgu,cikgu mesti tau apa yg israel buat.Tecer pun cakap macam tu.Tiba2 Zahin cakap "kita kena rekod umi".Penat umi pikir,last2 baru terfikir oh boikot!

Bila dia cakap kita tak boleh minum milo,no mcd.

Hehe.

Monday, August 4, 2014

Satu hari di hari raya

Assalamualaikum

Allahuakbar!Selesai sudah kita berpuasa dan meraikan kemenangan.Bagi diri saya,rasanya tahun ni raya agak meriah walaupun malam raya tu kami tidur pukul 2.00am.Saya,cik no,dan kakak ipar kak azra.Din dan Ja tak dapat balik.Hari raya Din call,siap nangis lagi.Saya pun nangis juga.Sedih!

Malam raya mak saya kurang sihat.Tiba2 pening kepala.Maklumlah mak saya ada diabetes dan darah tinggi.Jadi dia cakap kat saya yg merangkap ketua chef malam tu,kak buatlah nasi dagang dan gulai ikan tongkol.Oh!Berat tu.Maklumlah sebelum ni untuk kuantiti yang sikit saya biasa.Akhirnya dengan bantuan adik saya,berjaya saya menyediakan juadah hari raya walaupun tak sesedap masakan bonda.

Malam raya juga kakak ipar buat rendang daging untuk dimakan dengan lemang.Geng2 lelaki lagilah.Pukul 3.00am diorang tido.Baru nak bakar lemang dan bakar sate.Alhamdulillah.Semua settle.

Hari raya juga cukup menginsafkan.Mak saudara saya kena minor strok.Kesiannya tengok.Balik bulan 6 hari tu sihat je.Begitu juga dengan sorang lagi jiran kami.Pak Ngah Jik.Kena strok.Cukup menguji.Saya cakap ngan mak saya balik hari tu semua sihat.Sekejap saja benda kalau nak jadi.Nauzubillah hi min zalik.

Kami juga ada buat laksa lemak masa raya ke4.Kalau sebelum ni laksa cuma rm2.00 sekilo tapi masa raya harga jadi rm4.00.Nak tak nak beli juga.Rendang kerang yang mengancam juga kakak ipar sediakan.Hari terakhir di kampung pak saudara sebelah rumah buat bbq kambing.Kiranya penuh sangat jadual raya kali ini.Menghadiri kenduri di Bachok.

Raya di Kelantan tahun ni kebanyakan menghidangkan nasi Arab.Raya pertama rumah mertua saya.Raya kedua pun saya makan nasi arab rumah pak cik sebelah suami di Pintu Geng.

Raya ke4 juga kami ke seberang Pasir Mas Salor.Merisik untuk adik lelaki saya.In shaa Allah kalau ada jodoh bersatulah mereka.Perjalanan yang sepatutnya 20 minit jadi 2 jam hari tu.Memang menguji betul.Apa2 pun raya dah berlalu.Balik sekolah kerja melambak.Tolong!!Hehe.

Sunday, August 3, 2014

Aidilfitri 2014

Salam aidilfitri dari kami sekeluarga.Inilah keluarga besar saya.Yang ada dalam gambar 7 adik beradik je.2 orang lagi tak dapat cuti..Best sangat bila berkumpul beramai2.