Google+ Followers

Monday, July 7, 2014

Solat Dhuha

Assalamualaikum

Hari Ahad iaitu hari ke-8 umat Islam menyambut Ramadan,saya dipanggil untuk menunaikan solat dhuha.Serius!Memang saya tak pernah buat seumur hidup saya.Jadi itu adalah pertama kali dalam hidup saya.Jangan tak percaya..Alhamdulillah.Hampir menitik air mata saya mengenangkan kejahilan diri.Tapi Alhamdulillah Allah membukakan pintu hidayat kepada saya.

Tadi di sekolah pun dalam pukul 9.00 am selepas habis kelas saya terus ke surau untuk menunaikan solat dhuha.Alhamdulillah.Adalah terserempak dengan 2-3 orang cikgu.Kalau nak dikira sibuk,rasanya saya antara manusia tersibuk di sekolah dengan 29waktu yang mengajar kesemua kelas exam tingkatan 3 dan tingkatan 5.Ya Allah,kuatnya saya.Semoga saya terus kuat hingga ke akhirnya.Doakan saya kuat.

Ya Allah,begini rupanya hidayah.Sebelum ni saya tau dhuha untuk murah rezeki.Tapi tak nak buat.Malas.Degil.Alhamdulillah saya juga dipertemukan dengan sahabat2 yg baik di sekeliling saya.Antaranya ustazah,bakal ustazah dan kesemuanya ustazahlah.Mereka banyak menyedarkan saya.Betullah kan,cerminan diri kita adalah dengan siapa kita berkawan.

Dulu awal2 dulu masa belum menginjak usia 30an,pernah saya digelakkan oleh kawan2 saya sebab tak tengok pun cerita keagamaan.Masa tu rancangan sebelum semanis kurma tu.Eheh.Ahmad Noor Sulaiman yang jadi pengacara.Yang buat semua orang nangis tu.Tapi saya dah lupa lah apa nama rancangan tu..Selepas tu sikit2 saya mula sedar dan insaf akan diri saya.

Semoga Allah terus menyayangi saya dan melimpahkan rahmat seluas2 nya kepada hambanya ini.Aamiin.Berazam untuk jadi baik.

6 comments:

  1. Alhamdulillah ya. Sama2 lah kita..Insya Allah semoga boleh teruskan sokmo k.. makin bertambah usia, makin banyak pndedahan kita dapat, bagus kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin2..kawan2 pun banyak membantu.

      Delete
  2. Alhamdulillah....sekurang-kurangnya masih sempat melakukan Solat Dhuha walaupun baru sahaja nak mempraktikkannya. Seingat saya, saya dah buat Solat Dhuha ni dan juga Solat Hajat ketika umur belasan tahun tapi masa tu takdalah orang kata alim ke apa ... Lepas mula bekerja, mulalah meninggalkan solat sunat nih dek kengkangan masa. Akhirnya terus tak buat. Dah semakin tua ni, kenalah start balik. Nak banyakkan amalan, usia pun bukan makin bertambah, berkurangan adalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.in shaa Allah sama2 perbaiki diri..

      Delete
  3. alhamdulillah.
    sma sama la kita berusaha lakukannya.smga diberi istiqamah.
    saya pon x selalu buat. bila time cuti aja..

    ReplyDelete