Google+ Followers

Sunday, July 20, 2014

Persiapan Raya Kami

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Siap semua barang keperluan untuk raya setelah bertungkus lumus 2 hari iaitu semalam dan hari ni.Semalam kami ke sekitar Shah Alam iaitu seksyen 7.Pengalaman pergi masa Nuzul Quran tu mengajar kami untuk keluar awal2 pagi lagi.Jadi dalam pukul 9.30am kami sudah tercongok di depan kedai.Pusing2 kat Seksyen 7 walhal satu kedaipun belum buka.Tak pe la kan,asal senang dapat parking.Ramai juga yang datang awal.Lepas beli apa yang patut kami ke Plaza Masalam cari baju saya.Umi pula yang over.

Hari ni kami menghabiskan sisa2 barangan yang belum terbeli.So kami ke Jusco Bukit Tinggi.Bagi saya tahun ni orang taklah seramai tahun lepas.Mungkin diorang dah settle awal2 lagi.Kami ni je yang last minute.Rasanya hari ni hampir settle lah barangan yang hendak dibeli.

Baju anak2 pun dah dibeli.Bagi saya pula hari raya je saya akan berbelanja 'lebih'sikit kepada anak2.Jadi mereka tahu nak dapat baju yang agak cantik sikit bila nak raya.Kalau tak memang tak ada lah.Saya tak akan belikan kalau hari biasa.Setahun sekali je berbelanja sakan untuk anak2.So semua dah settle.Tinggal nak raya je.Alhamdulillah di atas rezekimu Ya Allah.



2 comments:

  1. Ai berbelanja lebih sikit ya? Macam bukan kawan sebelah i je kalau cakap macam ni....

    Nati kena buat entry di hari raya k. Mesti meriah dan lawa semua baju 3 beradik tu. Lega dah siap beli ya. Boleh kelik kg dengan tenang nati. Ke dh siap kemas bag ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih sikit daripada biasa.selalu beli baju harga rm2.50 selai..semalam beli kat jusco rm5.00.so lebih sikit dari biasa.tak dop la lawa sangat..lawa sikit dari baju diorang hok buruk2 tu..

      Delete