Google+ Followers

Sunday, July 27, 2014

Kisah Tapai

Assalamualaikum..

Malam tadi sempat menolong mak saya membungkus tapai pulut.Antara makanan kegemaran saya sewaktu hari raya selain ketupat yg dicicah dengan madu.

Sebenarnya saya nak berkongsi antara pantang larang sewaktu membuat tapai.Tapai ni sebenarnya sangat sensitif.Kalau pembuat atau pembungkusnya datang haid memang tak boleh bungkus tapai.Nanti pulut tu bila dah masak akan ada tompok2 kemerahan.Ni pernah berlaku kepada tapai mak saya dulu.Tapi memang betul.Ingatkan kepercayaan saja.

Saya yang tak tahannya bila nak bungkus tapai mak saya akan baca Amma manistaghna.Kononnya nak suruh tapai tu manis.Entah betul entah tidak.Tapi tapai mak saya selalu manisla.

Kalau dulu masa nak ambil daun pisang atau daun getah untuk pembungkusnya,daun ni tak boleh dilihat oleh arwah Mok Nik Bunga.Tapi sekarang dia dah meninggal. Kalau dia tengok alamat tak masaklah tapai walaupun disimpan agak lama.Mungkin dia ada ilmu perbidanan orang zaman dahulu.

Bila dah siap dibungkus,tapai ni akan diletak dalam besen dan dibalut dengan kain batik sebelum diperam.Mak saya cakap nak bagi dia demam. Hehe.Mengada2 betul tapai ni.Siap saja dibungkus selalunya mak akan letak dalam bilik untuk diperam selama dua malam.Memang tak boleh orang tengok tapai ni.Kalau tak ia tak jadi..Lucu kan!!Macam sifat manusia pun ada.Saya selalu cakap bila lah nak kebah tapai ni.

Teringat satu kisah kelakar masa nak buat tapai.Dulu saya dan abanglah yang mak selalu suruh cari daun getah.Abang saya siap bawa parang pergi tebang pokok getah nenek saudara semata2 nakkan daun getah tu.Bising satu kampung nenek saudara kami.Nakalnya masa kecik2 dulu.

Masa saya belajar dulu selalu bawa tapai ke universiti.Kawan2 pun penggemar tapai.Saya siap bagi roommate saya yang berbangsa cina ni makan tapai.Ada ke dia cakap arak..Oh!Tapai yang dibekalkan oleh mak saya juga pernah tak masak sebab masa bawa tapai yang masih mentah,saya terus peram dalam peti ais.Berbulan tak masak.Memang tak boleh terus letak dalam peti kalau belum masak lagi.

Itulah kisah pasal tapai oh tapai ni yang saya nak sangat kongsikan.Salam kosong2.Meriahnya di kampung.Pagi tadi sempat bersahur dengan semua famili.

No comments:

Post a Comment