Google+ Followers

Sunday, July 27, 2014

Kisah Tapai

Assalamualaikum..

Malam tadi sempat menolong mak saya membungkus tapai pulut.Antara makanan kegemaran saya sewaktu hari raya selain ketupat yg dicicah dengan madu.

Sebenarnya saya nak berkongsi antara pantang larang sewaktu membuat tapai.Tapai ni sebenarnya sangat sensitif.Kalau pembuat atau pembungkusnya datang haid memang tak boleh bungkus tapai.Nanti pulut tu bila dah masak akan ada tompok2 kemerahan.Ni pernah berlaku kepada tapai mak saya dulu.Tapi memang betul.Ingatkan kepercayaan saja.

Saya yang tak tahannya bila nak bungkus tapai mak saya akan baca Amma manistaghna.Kononnya nak suruh tapai tu manis.Entah betul entah tidak.Tapi tapai mak saya selalu manisla.

Kalau dulu masa nak ambil daun pisang atau daun getah untuk pembungkusnya,daun ni tak boleh dilihat oleh arwah Mok Nik Bunga.Tapi sekarang dia dah meninggal. Kalau dia tengok alamat tak masaklah tapai walaupun disimpan agak lama.Mungkin dia ada ilmu perbidanan orang zaman dahulu.

Bila dah siap dibungkus,tapai ni akan diletak dalam besen dan dibalut dengan kain batik sebelum diperam.Mak saya cakap nak bagi dia demam. Hehe.Mengada2 betul tapai ni.Siap saja dibungkus selalunya mak akan letak dalam bilik untuk diperam selama dua malam.Memang tak boleh orang tengok tapai ni.Kalau tak ia tak jadi..Lucu kan!!Macam sifat manusia pun ada.Saya selalu cakap bila lah nak kebah tapai ni.

Teringat satu kisah kelakar masa nak buat tapai.Dulu saya dan abanglah yang mak selalu suruh cari daun getah.Abang saya siap bawa parang pergi tebang pokok getah nenek saudara semata2 nakkan daun getah tu.Bising satu kampung nenek saudara kami.Nakalnya masa kecik2 dulu.

Masa saya belajar dulu selalu bawa tapai ke universiti.Kawan2 pun penggemar tapai.Saya siap bagi roommate saya yang berbangsa cina ni makan tapai.Ada ke dia cakap arak..Oh!Tapai yang dibekalkan oleh mak saya juga pernah tak masak sebab masa bawa tapai yang masih mentah,saya terus peram dalam peti ais.Berbulan tak masak.Memang tak boleh terus letak dalam peti kalau belum masak lagi.

Itulah kisah pasal tapai oh tapai ni yang saya nak sangat kongsikan.Salam kosong2.Meriahnya di kampung.Pagi tadi sempat bersahur dengan semua famili.

Wednesday, July 23, 2014

23.07.2014-Birthday my Kakak

Assalamualaikum

Hari ni genap 6 tahun usia puteri sulung umi,Nur Ain Insyirah.Cahaya mata kegembiraan umi dan abah..Doa umi semoga kakak membesar sebagai anak yang solehah dan diberikan kesihatan yg berpanjangan.

Perangai kakak sebenarnya banyak mewarisi perangai umi.Semoga kakak baik2 saja.Hari ni tak ada kek untuk sambutan birthday kakak.Maybe esok, sebab hari ni abah masih outstation.

Tuesday, July 22, 2014

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum.

Lama dah tak buat kek gula hangus atau kat kampung saya panggil kek span.Dulu2 mak saya selalu buat kek ni.Tetiba rindu nak makan kek span ni.

Alhamdulillah.Saya buat last week lagi.Jadi.Walaupun dah lama ku tinggalkan.Dulu selalu tolong mak buat kek ni sebab masa raya ada kawan mak suka tempah kek ni daripada dia.

Resepi  ni saya pakai secawan tepung gandum je.Dua sudu marjerin.

Syukur

Alhamdulillah..Tadi masa masuk bilik kerja untuk 'projek' saya...Maksud saya projek orang tak puasa.Saya masuk minum air.Hehe.Tiba2 ternampak banyak fail Panitia.

Rasa macam nak selak je fail pencerapan atau observation untuk tahun ni.Terus saya selak fail tu.Tengok nama saya.Syukur.Dapat markah 90 ke atas.Dalam kategori gemilang.Alhamdulillah.Syukur sangat.Saya tak pernah pun dapat markah macam ni selama 7 tahun servis dalam bidang pendidikan.

Saya tulis blog ni malam ni sebagai ingatan untuk saya.Bukan nak riak atau menunjuk2.No.no.no.Saya rasa tak riak kan!Bukannya orang kenal pun kan!Pada tarikh ni tahun ni dapat markah ini.Mungkin sekali seumur hidup.Thanks k.ani.My kp..Allah gerakkan tangan dia untuk berikan yg terbaik untuk saya.

#Cantik sangat Neelofa bertudung.Zahin pun puji cakap cantik.Tengah tengok meletops ni.#prayformh17#

Sunday, July 20, 2014

Persiapan Raya Kami

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Siap semua barang keperluan untuk raya setelah bertungkus lumus 2 hari iaitu semalam dan hari ni.Semalam kami ke sekitar Shah Alam iaitu seksyen 7.Pengalaman pergi masa Nuzul Quran tu mengajar kami untuk keluar awal2 pagi lagi.Jadi dalam pukul 9.30am kami sudah tercongok di depan kedai.Pusing2 kat Seksyen 7 walhal satu kedaipun belum buka.Tak pe la kan,asal senang dapat parking.Ramai juga yang datang awal.Lepas beli apa yang patut kami ke Plaza Masalam cari baju saya.Umi pula yang over.

Hari ni kami menghabiskan sisa2 barangan yang belum terbeli.So kami ke Jusco Bukit Tinggi.Bagi saya tahun ni orang taklah seramai tahun lepas.Mungkin diorang dah settle awal2 lagi.Kami ni je yang last minute.Rasanya hari ni hampir settle lah barangan yang hendak dibeli.

Baju anak2 pun dah dibeli.Bagi saya pula hari raya je saya akan berbelanja 'lebih'sikit kepada anak2.Jadi mereka tahu nak dapat baju yang agak cantik sikit bila nak raya.Kalau tak memang tak ada lah.Saya tak akan belikan kalau hari biasa.Setahun sekali je berbelanja sakan untuk anak2.So semua dah settle.Tinggal nak raya je.Alhamdulillah di atas rezekimu Ya Allah.



Wednesday, July 16, 2014

Try Baju Raya

Assalamualaikum

Macam mana persiapan raya korang?Tak pa kan tanya?Semalam kitorang ke Jakel mencari baju melayu untuk 3 jejaka dalam rumah ni.Sebelum tu ke Ieman Collection mencari jubah frozen untuk Ain.Alhamdulillah.Jumpa yang dicari.Walaupun penuh dengan lautan manusia.

Teringat pula perbualan Ain dengan kawannya.Kawan dia cakap mana ada jubah frozen.Tapi Ain cakap kita lagi percayakan umi kita.Sebab hari tu ada janji dengan dia nak belikan dia jubah frozen.Terharu umi.Tu yang terpaksa beli juga jubah frozen tu.

Ni si kecil saya Zaim The Great.Try baju raya.Abahnya lah yang beria suruh baby pakai.Suka pula dia pakai.Gambar cahaya kat sebelah tu sebab abang dia yang kacau tu.Kesian baby nak posing.

Resepi Singgang Daging(Kelantan Style)

Assalamualaikum

Entah apalah adik saya nih.Ni kali ke dua dia minta resepi singgang daging.So saya terpaksa ulang tayang untuk dia sekali lagi.Tapi dalam gambar ni saya tempek gambar singgang tulang.Resepinya sama cuma kekdahnya berlainan.

Bahan2:Bawang merah,cili kering,lengkuas dan halia.Semuanya dihiris nipis.Kemudian,tumbuk biji ketumbar ikutlah kuantiti daging atau tulang.Agak2 dah lembut daging tu masukkan asam keping,gula melaka dan sedikit garam.Siap.Ops.Tambahkan sedikit  budu cap ketereh untuk rasa yang enak.Sekian.

Kalau singgang tulang,rebus tulanglah dulu.Barulah dicampakkan semua bahan masakan.Tapi kalau singganh daging yang senang empuk.Gaulkan terus bahan2 yang disebutkan dan bila dah agak2 lembut masukkan air secukup rasa.

Sambal Tempoyak Petai

Alhamdulillah.Pagi2 lagi dapat rezeki hari ni.Sambal tempoyak petai dari KP saya.Sebenarnya hari tu masa potluck dia ada bawakan sambal ni.Saya yg first time makan cakap,sedapnya kerabu ni.Kawan cakap bukan kerabu lah.saya semua benda sedap saya cakap kerabu..Hehe.Saya terus cakap dengan kawan saya.Ni mesti orang Perak yang buat.Katanya.

Terus saya cari si pembuat sambal tempoyak pucuk ubi kayu.Laa,rupa-rupanya KP saya.Terus tanya resepi.Tapi sampai sekarang belum buat lagi.Keke..Tak sangka rupanya Kak Pah masih ingat yang saya suka makanan ni.
Alhamdulillah.Terima kasih Kak Pah..

Memberi makanan kepada orang yang berpuasa adalah sama seperti pahala orang yang berpuasa pada hari itu.

Saturday, July 12, 2014

Cara melembutkan daging dengan cepat

Assalamualaikum..

Tadi saya tengok orang sharekan cara melembutkan daging dalam masa yg cepat.5-10 minit saja masa yang diambil.Dari Korea videonya.Saya tengok dalam siakapkeli.com.

MashaAllah.Sangat cepat dan mudah especially untuk ibu2 yang berkerjaya tapi tetap nak hidangkan masakan dari air tangan sendiri.Cubalah.Just ambil dua buah periuk.Pastikan yang steel(besi).Buat macam yang saya tunjukkan.Periuk di atas tu hanya isikan dengan air.Lepas 10 minit saya tengok.Wahh.Memang menjadi.Nampak tak kesan2 darah yang turun daripada daging tu?Terus sentuh daging tu.Memang dah lembut.Trylah.

*abaikan bontot periuk yg hitam tu..hehe..

Monday, July 7, 2014

Rojak Mee/Mee Rojak

Assalamualaikum

Puasa kali nih memang nangis lah semua orang.Saya masih lagi masak di rumah.Say no to bazar Ramdan.Yeaah..

Hari Sabtu saya buat rojak mee.Memang sedap sangat.Saya beli kuah yang dah diproses dah.Betul ke diproses?Senang cerita kacang tu tinggal masukkan air atau santan je.Tak payahlah korang gigih nak goreng kacang,tampi lagi selepas dibuang selaput nipis tu dan kena blend lagi.Hehe.

Teringat masa kecik2 dulu time nak buat kuah kacang,sayalah orang yang mahir buat kuah kacang dalam famili saya.Maklumlah dalam usia saya darjah 6 saya dah diajar buat kuah kacang oleh mak saya.Thanks maa ajarkan your kakak ni..

Nak tau tak saya beli kuah kacang ni dengan Blogger tegar seantero Malaya,Aisy Nasiha..Bapak mertua dia yg buat.Katanyalah.Tak taulah takut dia pun terlibat sama dalam membuat kuah kacang tu.Keke..Jangan marah yea!Salam sayang dari saya♥♡♥

Solat Dhuha

Assalamualaikum

Hari Ahad iaitu hari ke-8 umat Islam menyambut Ramadan,saya dipanggil untuk menunaikan solat dhuha.Serius!Memang saya tak pernah buat seumur hidup saya.Jadi itu adalah pertama kali dalam hidup saya.Jangan tak percaya..Alhamdulillah.Hampir menitik air mata saya mengenangkan kejahilan diri.Tapi Alhamdulillah Allah membukakan pintu hidayat kepada saya.

Tadi di sekolah pun dalam pukul 9.00 am selepas habis kelas saya terus ke surau untuk menunaikan solat dhuha.Alhamdulillah.Adalah terserempak dengan 2-3 orang cikgu.Kalau nak dikira sibuk,rasanya saya antara manusia tersibuk di sekolah dengan 29waktu yang mengajar kesemua kelas exam tingkatan 3 dan tingkatan 5.Ya Allah,kuatnya saya.Semoga saya terus kuat hingga ke akhirnya.Doakan saya kuat.

Ya Allah,begini rupanya hidayah.Sebelum ni saya tau dhuha untuk murah rezeki.Tapi tak nak buat.Malas.Degil.Alhamdulillah saya juga dipertemukan dengan sahabat2 yg baik di sekeliling saya.Antaranya ustazah,bakal ustazah dan kesemuanya ustazahlah.Mereka banyak menyedarkan saya.Betullah kan,cerminan diri kita adalah dengan siapa kita berkawan.

Dulu awal2 dulu masa belum menginjak usia 30an,pernah saya digelakkan oleh kawan2 saya sebab tak tengok pun cerita keagamaan.Masa tu rancangan sebelum semanis kurma tu.Eheh.Ahmad Noor Sulaiman yang jadi pengacara.Yang buat semua orang nangis tu.Tapi saya dah lupa lah apa nama rancangan tu..Selepas tu sikit2 saya mula sedar dan insaf akan diri saya.

Semoga Allah terus menyayangi saya dan melimpahkan rahmat seluas2 nya kepada hambanya ini.Aamiin.Berazam untuk jadi baik.

Wednesday, July 2, 2014

Resepi Teresek Kacang Panjang

Assalamualaikum

Sambil2 menunggu drama di tv3 ni saya nak berkongsi dengan kawan2 resepi teresek kacang panjang.Hehe.Tak surelah you all tau ke tak resepi ni.Tapi memang rare lah di Kelantan.Sebenarnya ia adalah inspired by teresek jantung pisang.Saya masak resepi ni masa hari pertama puasa.

Resepi ni saya belajar daripada mak saya.Bahan2:
Kacang panjang-potong dalam 1/2 inci
hirisan lengkuas
kunyit
bawang merah
ketumbar
cili api
sedikit rempah kari
kerisik
ayam yang dipotong kecil2

Cara buat
Semua bahan tadi diblend kecuali kerisik dan kacang panjang.Lepas tu tumiskan dengan sedikit minyak.Masukkan ayam yg dah dipotong kecik2.Seeloknya bahagian tulang seperti tekak,chicken wing dan kaki.Kemudian masukkan sedikit santan dan kemudian kerisik.Biarkan dalam 20 minit.Last sekali masukkan kacang panjang.Biarkan seketika dan kemudian bolehlah dihidangkan.

Psst;masakan ni tak adalah berkuah sangat.Basah2 kering gitu.

Colek Perut P.Mas

Sebagai orang Kelantan saya sangat merindui colek perut bila menjelangnya Ramadan.Sebenarnya kerinduan saya sedikit terubat sebab masa cuti panjang baru ni my hubby ada belikan colek perut.Dia dah agak yang saya akan rindukan colek ini bila puasa.

Saya tau colek perut ni pun sebab kahwin dengan orang hampir P.Mas.Selalunya lepas terawih kami singgah makan.Fuhh memang sedap.Ada perut,tauge sket,hirisan timun dan keropok goreng yang dihancurkan.

Rahsia sedapnya tentulah dalam kuah atau sos dia.Saya nak kena belajarlah buat colek perut ni sebab saya ialah peruts lover.Nyumnyum..

Tapi selalunya kalau di Kelantan bulan Ramadan macam ni memang famouslah semua colek nih.Dah jadi tradisi pula.