Google+ Followers

Saturday, June 21, 2014

Ujian Kelayakan Tahun 1 SRAI

Assalamualaikum

Kitorang sekolah ganti hari ni.Saya pula bawa budak ke Inti College utk workshop Sejarah SPM.Oklah.Tak yah ngajar.

Hari ni juga Ain Insyirah menduduki ujian Srai untuk darjah 1 tahun 2015.Huh.Tak tau lah nak cerita macam mana.Abahnya yang bawa Ain tadi.Mula2 dia nampak ok.Tapi bila start abah dia pakaikan tag untuk exam dia mula nervous dan nangis.Hehe.Tak pernah2 lagi dia nangis bila nak exam.Suami cerita dia tak makan pun makanan yang dibeli.Just minum air.Tu pun tak habis.

Risaunya saya.Memang suami cerita ramai sangat student hari ni.578 orang semuanya.Dan sekolah hanya perlukan 216 student.Oh my Allah.Macam mana lah Ain.Saya tak tau nak cakap.Ramai2 student tadi Ain je yang nangis.Dalam dewan pula ada cikgu duk sebelah tenangkan dia.Betapa nervousnya dia.

Lagipun hari tu cuti lama.Tak ada homework pun yang dibuat.Asyik main aje.Ada member cakap anak dia,dia siap hantar tuisyen dari bulan 2 lagi.Saya pula selama ni hanya harapkan Ain semata2 sebab kami percayakan kebolehan dia.Teruk betul kan!Dia cuma siapkan buku latihan srai yang dibelikan beberapa bulan lalu.Tapi taulah Islamic studies dan arab Ain agak lemah.

Selalunya exam dia akan cakap senang je.Hari ni dia tak cakap pun senang.That's mean..Oh Fikir sendiri lah.Sedih saya bila tengok suami hantar gambar.In syaa Allah kalau ada rezeki adalah.Kalau tak ada, sekolah biasalah..Mungkin bukan rezeki.

Tolong doakan anak saya yea kawan2..Result akan dapat 4 Julai nanti..

2 comments: