Google+ Followers

Sunday, June 29, 2014

Stokin

Assalamualaikum

Nampak kelakar tak pakai stokin dengan jeans tu?Ehehe.Itulah imej terbaru saya hari ni.Alhamdulillah.Antara azam baru saya bermula puasa ini.In Shaa Allah.Dan ada satu lagi azam.Nanti kalau berjaya saya cerita.Kalau tak biarlah ia menjadi mimpi buat saya.Semalam belum terbuka lagi nak pakai stokin masa ke wayang tengok transformers.Gila ramai orang..

Berbalik kepada stokin ni.Masa belajar dulu bagi saya orang yang pakai stokin adalah aneh.Saya selalu cakap ngan kawan saya,aneh sangatlah budak tu..Ada ke pakai ni and bla bla bla..Itu dulu.Masa tu kurang ilmu kot.Iyalah.Ada ke saya tengok dia bukan main lagi stylo tapi stokin dipakainya.

Sejak mengajar ni saya pernah cuba pakai stokin beberapa tahun tapi hangat2 tahi ayam je kata orang.Sekejap je melekat.Lepastu hilang.Saya perasan semenjak tahun lepas saya mula ubah imej berstokin.Tu pun tak kekal.Tapi Alhamdulillah tahun ni seingat saya belum pernah saya tak berstokin ke sekolah.Kalau lewat macam mana pun mesti ingat letak stokin dalam handbag dan pakai bila sampai sekolah.In syaa Allah semoga saya terus istiqamah.

Tapi sebelum ni saya tak pernah pun pakai stokin masa keluar jalan2.Tapi hari ni saya cakap ngan suami nak berubah.In Shaa Allah..Doakan saya jadi muslimah yang baik  yea.Memang susah sebabnya memang nampak kampung kan!Kelakar pun ada.Tapi sikit2 lama2 boleh kot.Macam kita susah bila first time  nak pakai kain dalam tu.Eheehe.Lama2 bila dah biasa pakai jadi tak boleh kalau tak pakai kan!Setuju tak?

4 comments:

  1. Bagus2..perubahan ke arah lebih bagus ni.
    Yang se lagi tu tak nak kongsi ke? Esok i tanya k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah..semoga saya terus istiqamah

      Delete
  2. betul tu.
    saya skrg alhamdulillah dh terbiasa pakai stokin.
    tapi tu la, ada yg pertikai masa sy pakai bila pergi kerja.huhu.ckp2 blkg..

    smga kita terus istiqamah.. aamiin

    ReplyDelete