Google+ Followers

Friday, June 20, 2014

Buat Bonda

Assalamualaikum w.b.t

Saat ni tengah dengar lagu relakan jiwa oleh Hazama.Minat sangat saya dengan lagu ni..Memang feeling habis.Lagipum hari ni suami janji nak ambik anak2 dari sekolah.So umi bolehlah menulis blog sekejap.Nasi dah masak.Rempah dah blend.Tinggal nak gulai ayam je.Rajin hari ni..

Saya tiba2 teringatkan bonda saya di kampung.Entahlah..Hari tu masa balik Shah Alam,mak saya tak berapa sihat.Pening2.Sebelum tu dah pergi klinik dah.Harap sangat hari ni mak saya dah ok.Tapi semalam saya tengok adik saya post dalam group whatsapp mak saya dan kawan2 tengah posing kat pokok kurma Kota Bharu yang tengah jadi bualan seantero dunia.Saya nampak mak saya sihat dan ceria.

Bila sebut pasal mak saya,dialah orang paling sibuk bila saya nak balik kampung.Sama juga lah kalau adik beradik yang lain pun balik kampung.Dia akan upah orang bersihkan bilik saya,pasang cadar baru dan bersihkan rumah.Memang itu rutin dia.

Dan dia setakat ni tak pernah lupa akan ikan kesukaan saya bila balik kampung.Ikan sardin je pun.Kukus dengan sedikit air,garam,asam keping dan gula melaka.Fuhh.Mantap.Lepas tu digoreng.Cicah pula dengan budu yang dihiris dengan limau nipis dan cili api.Memang tak ingat dunia saya makan.Hehe.Sebenarnya saya bukannya tak pandai nak buat ikan ni.Tapi saya takut nak goreng.Sebabkan ikan kukus bila digoreng dia meletup.Hehe.Selalunya suami yang tolong saya goreng.Ingat lagi kata2 mak saya..Tak ada orang yang mati pun sebab goreng ikan ni.Saya selalu jawab..eh,mana tau tiba2 saya mati masa goreng ikan ni.

Untuk suami pula dia akan belikn ayam sebab dia tau suami saya suka makan ayam.Aiyoo..Lain kan! Masa saya kecik2 dulu,mak saya hantar saya tuisyen.Masa tu saya darjah enam.Mak nak tengok saya berjaya.Tapi saya marah betul dengan mak saya sebab hantarkan saya tuisyen.Ingat lagi dia menitiskan air mata sebab saya cakap saya tak nak tuisyen.Mak merajuk dan saya tengok dia menangis.Tapi itu dulu.Saya pergi jugak tuisyen tu..Sekarang saya dah baik.Mungkin sebab tu saya tak dapat 4A kot.Dapat 3A 1B.Atau mungkin saya tak cemerlang masa di sekolah menengah sebab saya lukakan hati mak saya.Sekolah rendah sayalah yang paling pandai kat kampung tu.Nombor 1 dan nombor 2 je sampailah darjah 6.Haha.Kenangan.

Saya juga tersentuh bila pernah mak saya tak jadi datang KL sebab dia ingatkan saya jadi balik kampung.Dia siap cakap dengan adik saya "tiba2 kak balik kampung kalu  nak pergi KL pun".Memang tersentuh sangat.Saya cuma doakan agar mak saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki supaya saya dpat terus berbakti kepada mak saya hingga ke hujung nyawa.

Yang tak boleh lupa juga maklah penasihat saya yang paling best.Kami juga sama2 boros.Dan bila saya balik kampung saya lah driver mak saya.Sampaikan orang kampung tau bila saya balik mak saya tak lekat di rumah.Ada2 saja tempat yang kami pergi.Selalunya shopping la.Sebab kami sama2 suka shopping.

Gambar mak dan nenek saya masa kami ke rumah nenek di pasir puteh.

I ♥ YOU MAA..

2 comments:

  1. berkongsi minat yg sma dgn mak syok kan.ada je xtvt yg nak dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..sebenarnya dari kecik lagi..mungkin sebab anak sulung perempuan kan!

      Delete