Google+ Followers

Sunday, June 29, 2014

Stokin

Assalamualaikum

Nampak kelakar tak pakai stokin dengan jeans tu?Ehehe.Itulah imej terbaru saya hari ni.Alhamdulillah.Antara azam baru saya bermula puasa ini.In Shaa Allah.Dan ada satu lagi azam.Nanti kalau berjaya saya cerita.Kalau tak biarlah ia menjadi mimpi buat saya.Semalam belum terbuka lagi nak pakai stokin masa ke wayang tengok transformers.Gila ramai orang..

Berbalik kepada stokin ni.Masa belajar dulu bagi saya orang yang pakai stokin adalah aneh.Saya selalu cakap ngan kawan saya,aneh sangatlah budak tu..Ada ke pakai ni and bla bla bla..Itu dulu.Masa tu kurang ilmu kot.Iyalah.Ada ke saya tengok dia bukan main lagi stylo tapi stokin dipakainya.

Sejak mengajar ni saya pernah cuba pakai stokin beberapa tahun tapi hangat2 tahi ayam je kata orang.Sekejap je melekat.Lepastu hilang.Saya perasan semenjak tahun lepas saya mula ubah imej berstokin.Tu pun tak kekal.Tapi Alhamdulillah tahun ni seingat saya belum pernah saya tak berstokin ke sekolah.Kalau lewat macam mana pun mesti ingat letak stokin dalam handbag dan pakai bila sampai sekolah.In syaa Allah semoga saya terus istiqamah.

Tapi sebelum ni saya tak pernah pun pakai stokin masa keluar jalan2.Tapi hari ni saya cakap ngan suami nak berubah.In Shaa Allah..Doakan saya jadi muslimah yang baik  yea.Memang susah sebabnya memang nampak kampung kan!Kelakar pun ada.Tapi sikit2 lama2 boleh kot.Macam kita susah bila first time  nak pakai kain dalam tu.Eheehe.Lama2 bila dah biasa pakai jadi tak boleh kalau tak pakai kan!Setuju tak?

Saturday, June 28, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ramadhan Kareem

Mohon maaf ats segala kekhilafan.Semoga ibadat kita tahun ini diterima Allah swt.

Thursday, June 26, 2014

Sukun

Assalamualaikum

Just nak tanya.Di Kelantan ada ke buah sukun ni?Anyone?Atau kita panggil dengan nama saintifik yang lain?Kehkeh.Sebabnya saya kenal buah sukun yang digoreng masa di Penang.Atau saya yang darakk..Haha.Malu..

Inilah pula kerepek sukun.Sedap rasanya.Kawan jual kat sekolah.

Tuesday, June 24, 2014

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum

Fuhh.Habis berkursus hari ni.Sebenarnya dari hari Sabtu lagi saya berkursus.Tak masuk kelas.Best juga jarang2 kat luar.Hari Sabtu saya ke Inti College untuk workshop sejarah SPM.Best penceramah dia.Cikgu Suhadie.In shaa Allah balik sekolah nanti boleh bagi tips2 berguna untuk semua muridku.

Semalam dan hari ni saya di SMK SEKSYEN 19 untuk kursus PT3.Hehe.In shaa Allah penuh ilmu di dada.Datang menuntut ilmu tentang cara memasang item dan menanda paper pt3.Maklumlah tak lama lagi kitorang cikgu2 yang akan tanda paper pt3 ikut kelas yang diajar.Yang ni pergi dengan KP.So,oklah dia lagi faham daripada saya rasanya.Dialah yang akan bagi taklimat kat cikgu2 bm lain.Kehkeh.Kurang kerja sikit.

Esok ke sekolah seperti biasa.Jumaat sekolah kami ada sukan tahunan.Minggu ni saya cuma bersekolah dua hari sajalah.Alhamdulillah..Suka sangat minggu ni.

Monday, June 23, 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalamualaikum

Hari ni dah episod 17.Best sangat cerita ni.Sebenarnya dah lama saya tak layan drama bersiri macam ni.Tapi bila tengok first episode terus melekat nak tengok yang seterusnya dan seterusnya.Hehe.Berebut dengan anak2.Suka sangat dengan watak Amar dan Fahin tu.Izreen pun best berlakon dalam cerita ni.

Bila cerita ni habis anak2 akan cakap kesian umi.Cerita umi dah habis.Huhu..

Sunday, June 22, 2014

Senarai Cadangan Masakan untuk Berbuka

Assalamualaikum

Sejak ramai yang dah listkan masakan untuk puasa ni.Saya pun nak list juga lah cadangan masakan.Ni pun sebenarnya suami yang request.Katanya senang nak beli barang.Tapi list saya lebih kepada Kelantan style lah.Hehe..

Tapi sorry,resepi kena google sendiri..

Hanya di Kelantan-Etak

Inilah makanan wajib yang saya cari bila balik kampung.Etak.Sekarang ni dah mahal.Rm14 secupak.Kalau beli seringgit memang sikit sangat.Kalau dulu selalu beli rm2 dapat 3 kelongsong surat khabar.Hehe.Dunia dah berubah.

Etak ni sebenarnya disalai dengan serai,bawang putih,garam dan sedikit halia..Fuhh.Memang ralit sangat bila makan etak.

Saturday, June 21, 2014

Ujian Kelayakan Tahun 1 SRAI

Assalamualaikum

Kitorang sekolah ganti hari ni.Saya pula bawa budak ke Inti College utk workshop Sejarah SPM.Oklah.Tak yah ngajar.

Hari ni juga Ain Insyirah menduduki ujian Srai untuk darjah 1 tahun 2015.Huh.Tak tau lah nak cerita macam mana.Abahnya yang bawa Ain tadi.Mula2 dia nampak ok.Tapi bila start abah dia pakaikan tag untuk exam dia mula nervous dan nangis.Hehe.Tak pernah2 lagi dia nangis bila nak exam.Suami cerita dia tak makan pun makanan yang dibeli.Just minum air.Tu pun tak habis.

Risaunya saya.Memang suami cerita ramai sangat student hari ni.578 orang semuanya.Dan sekolah hanya perlukan 216 student.Oh my Allah.Macam mana lah Ain.Saya tak tau nak cakap.Ramai2 student tadi Ain je yang nangis.Dalam dewan pula ada cikgu duk sebelah tenangkan dia.Betapa nervousnya dia.

Lagipun hari tu cuti lama.Tak ada homework pun yang dibuat.Asyik main aje.Ada member cakap anak dia,dia siap hantar tuisyen dari bulan 2 lagi.Saya pula selama ni hanya harapkan Ain semata2 sebab kami percayakan kebolehan dia.Teruk betul kan!Dia cuma siapkan buku latihan srai yang dibelikan beberapa bulan lalu.Tapi taulah Islamic studies dan arab Ain agak lemah.

Selalunya exam dia akan cakap senang je.Hari ni dia tak cakap pun senang.That's mean..Oh Fikir sendiri lah.Sedih saya bila tengok suami hantar gambar.In syaa Allah kalau ada rezeki adalah.Kalau tak ada, sekolah biasalah..Mungkin bukan rezeki.

Tolong doakan anak saya yea kawan2..Result akan dapat 4 Julai nanti..

Friday, June 20, 2014

Buat Bonda

Assalamualaikum w.b.t

Saat ni tengah dengar lagu relakan jiwa oleh Hazama.Minat sangat saya dengan lagu ni..Memang feeling habis.Lagipum hari ni suami janji nak ambik anak2 dari sekolah.So umi bolehlah menulis blog sekejap.Nasi dah masak.Rempah dah blend.Tinggal nak gulai ayam je.Rajin hari ni..

Saya tiba2 teringatkan bonda saya di kampung.Entahlah..Hari tu masa balik Shah Alam,mak saya tak berapa sihat.Pening2.Sebelum tu dah pergi klinik dah.Harap sangat hari ni mak saya dah ok.Tapi semalam saya tengok adik saya post dalam group whatsapp mak saya dan kawan2 tengah posing kat pokok kurma Kota Bharu yang tengah jadi bualan seantero dunia.Saya nampak mak saya sihat dan ceria.

Bila sebut pasal mak saya,dialah orang paling sibuk bila saya nak balik kampung.Sama juga lah kalau adik beradik yang lain pun balik kampung.Dia akan upah orang bersihkan bilik saya,pasang cadar baru dan bersihkan rumah.Memang itu rutin dia.

Dan dia setakat ni tak pernah lupa akan ikan kesukaan saya bila balik kampung.Ikan sardin je pun.Kukus dengan sedikit air,garam,asam keping dan gula melaka.Fuhh.Mantap.Lepas tu digoreng.Cicah pula dengan budu yang dihiris dengan limau nipis dan cili api.Memang tak ingat dunia saya makan.Hehe.Sebenarnya saya bukannya tak pandai nak buat ikan ni.Tapi saya takut nak goreng.Sebabkan ikan kukus bila digoreng dia meletup.Hehe.Selalunya suami yang tolong saya goreng.Ingat lagi kata2 mak saya..Tak ada orang yang mati pun sebab goreng ikan ni.Saya selalu jawab..eh,mana tau tiba2 saya mati masa goreng ikan ni.

Untuk suami pula dia akan belikn ayam sebab dia tau suami saya suka makan ayam.Aiyoo..Lain kan! Masa saya kecik2 dulu,mak saya hantar saya tuisyen.Masa tu saya darjah enam.Mak nak tengok saya berjaya.Tapi saya marah betul dengan mak saya sebab hantarkan saya tuisyen.Ingat lagi dia menitiskan air mata sebab saya cakap saya tak nak tuisyen.Mak merajuk dan saya tengok dia menangis.Tapi itu dulu.Saya pergi jugak tuisyen tu..Sekarang saya dah baik.Mungkin sebab tu saya tak dapat 4A kot.Dapat 3A 1B.Atau mungkin saya tak cemerlang masa di sekolah menengah sebab saya lukakan hati mak saya.Sekolah rendah sayalah yang paling pandai kat kampung tu.Nombor 1 dan nombor 2 je sampailah darjah 6.Haha.Kenangan.

Saya juga tersentuh bila pernah mak saya tak jadi datang KL sebab dia ingatkan saya jadi balik kampung.Dia siap cakap dengan adik saya "tiba2 kak balik kampung kalu  nak pergi KL pun".Memang tersentuh sangat.Saya cuma doakan agar mak saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki supaya saya dpat terus berbakti kepada mak saya hingga ke hujung nyawa.

Yang tak boleh lupa juga maklah penasihat saya yang paling best.Kami juga sama2 boros.Dan bila saya balik kampung saya lah driver mak saya.Sampaikan orang kampung tau bila saya balik mak saya tak lekat di rumah.Ada2 saja tempat yang kami pergi.Selalunya shopping la.Sebab kami sama2 suka shopping.

Gambar mak dan nenek saya masa kami ke rumah nenek di pasir puteh.

I ♥ YOU MAA..

Salam Jumaat

Moga kita bukan macam ni,hehe..

Wednesday, June 11, 2014

Nisfu Syaaban

Esok kita akan meraikan nisfu syaaban.Nisf maksudnya separuh.Bererti ada dua minggu lagi sebelum kita menyambut Ramadhan.Semoga kita semua beroleh keberkatan.Aamiin..

Monday, June 2, 2014

Bukit Gambang Water Park

Assalamualaikum

Semalam tercapai juga hasrat kakak,abang dan baby zaim bermain air di Bukit Gambang Water Park.So,puas hati diorang.Main sampai pengsan.Hehe..

Dalam pukul 4pm baru kami bertolak balik ke Kelantan.Alhamdulillah.Anak2 happy,umi abah lagi happy.Sebenarnya tiket diskaun yang kami dapat masa hari guru hari tu.Budak2 yang berumur 2 tahun ke bawah masuk percuma.Harga asal tiket rm25.90 utk dewasa.Oklah.

Yang saya paling teruja ialah main gelongsor air..Beberapa kali juga saya cuba.