Google+ Followers

Wednesday, May 14, 2014

Spiderman @ Space U8

Assalamualaikum

Semalam kami 5 beranak menghabiskan cuti hari wesak dengan mengemas rumah pada awal paginya dan kemudian keluar ke Giant.Membeli hadiah untuk hari guru kakak dan abang.Seronoklah budak2 ni nak kasi hadiah untuk cikgu diorang.Zahin macam biasalah mengamuk nak belikan dia jam.Abahnya terpaksa ikutkan juga.Alah jam spiderman tu sebab janji nak pergi tengok spiderman.

Lepas menjamu selera di McDonald,kami terus ke Space U8 di Bukit Jelutong.Kalau ikutkan ini adalah pertama kali saya ke sini.Tempat nya tak ramai orang.Memang sangat sesuailah bagi sesiapa yang ada anak2 kecil macam saya.Tak ada sangat mainan atau kedai mainan kat situ.My kiddos hanya main belon yang macam supa dupa tu.Minum pun cool blog aje:)

Kami menonton wayang pukul 1.20pm.Best cerita Spiderman 2 ni.Boleh kasi 4 bintang.Lagipun saya juga tengok Spiderman first tu.So,nak juga tengok sambungan dia.Oklah.Suka sangat Zahin dan Ain.Baby pula bising.Sekejap dengan abah sekejap dengan umi.Hehe.Kesian adik2 sebelah kami tu.Tak larat dia duk syy..syy.Sori dik.Bila adik ada anak nanti adik boleh lah rasa cabarannya.

Cara nak elakkan,saya menyusukan baby dan last2 dia tertidur.Lega..Tapi ramai parent yang bawa anak.Jadi tak terasa sangatlah yang anak kita je bising.Anak orang lain pun sama bisingnya.

Jadi sesiapa yang tak nak anak mengamuk kalau tak nak beli mainan bolehlah datang sini.Parkir pun free.hehe..

2 comments:

  1. Bestnya gi tgk waayang dgn anak2. Happy sgt la abg Zahin ya.. dapat tgk citer krgemaran.

    cadangan ke sana sb tak nak anak mengamuk beli barang mainan? Haha jauh pulak kami.. tp mng sesuai tum spoil kalau ada yg meraung bila nak beli macam.. nak tgk wyang nati tak syok. Dah 4 tahun kot sejak tgk wayang kali last..

    ReplyDelete