Google+ Followers

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum
Selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar pendidik.Semua sahabat saya dan buat sahabat blogger cikgu siti nuraini..Heeehe..Nak guna nama betul juga.Baru best!

Saya ingin dedikasikan ucapan juga buat guru yang telah memberikan inspirasi kepada saya.Moga jadi panduan kepada kita dalam mendidik anak bangsa.

1)Pn Ruhani Husin
-Cikgu Sains saya masa di tingkatan 3.Sangat warak dan penuh ciri keibuan.Dia yang ajar saya baca macam2 doa sampai sekarang saya amalkan.In shaa allah sampai akhir hayat saya cikgu.Antaranya doa lembut hati ya latif dan ayatnya,zikir,ala yak lamu man qholako wa huallatiful khobir.Ni 11 kali slps solat.Banyak lagi lah.Paling menusuk kalbu dia selalu cerita org yang soleh yang tinggal sebelah rumah dia muka macam saya.Dia panggil saya La.Jarang cikgu panggil anak murid macam ni.

2)En Shamsol Sulaiman
-Guru Modern Math and Add Math masa saya sekolah menengah.Sangat tegas.Pernah dia halau saya masa form 5 sebab berlama2 dalam makmal fizik.Masa tu siapkan eksperimen fizik.Tapi lepas tu pura2 hantar buku dan minta maaf dengan cikgu Shamsol.Tapi dia baik sangat dengan saya.Dia yang lantik saya jadi mentor untuk ajar Math budak sastera.Walhal dia tau kebolehan saya yang entah hape2.Dia selalu ketuk kepala saya sebab homework tak pernah siap.Hehe.Sepanjang 2 tahun dia ajar saya,dia tau kalau saya siap pun mesti saya tiru kawan.Haaaha.Memang betul pun.Panggilan cikgu untuk saya Mok Ngulu.Dia selalu tertukar saya dengan ejei,kawan baik saya..Sebab saya penolong kelas masa form 4.Selalu ajar teori yang best.Bagi falsafah.Dan ajar kalau kita dah biasa buat cekodok pisang cubalah buat cekofok strawberi..Tu lah dia selalu pesan masa Add Math.Maksudnya kalau tukar soalan kita tak akan terkejut.Yang paling ingat dia selalu pesan jangan jadi penembak b***.Hehe.Rindu sangat kat cikgu.Ct 8899.Ni plat kereta cikgu masa tu.Kalau saya lambat ke kelas tambahan dia akan perli sebab rumah saya agak dekat dengan sekolah.

3)Cikgu Zailani
-Guru Bm masa form 6.Sangat warak.Muka macam Ryan Giggs.Pemain MU.Dia selalu bagi ilham untuk ke Mekah awal dan menunaikan haji.Dia pun dalam usia 30 sudah bergelar haji sebab dia kata dia niat nak ke Mekah bila dapat gaji pertama.Masa kahwin saya dia pun datang.Masa dalam kelas dulu,saya tak ambil bahagian sangat dalam kelas.Maklumlah best student stpm ni sangat humble.Huahua..Selalu bila soalan yang agak sukar yang orang lain semua tak boleh jawab,last dia akan tanya saya soalan tu.Alhamdulillah.Dapat jawab.Saya ni nakal dulu.Duduk geng belakang.Selalu tertukar saya dengan ejei.

Itu antara guru2 hebat yang hadir dalam hidup saya.Betullah kata orang guru yang hebat memberikan inspirasi.In shaa allah saya cuba menjadi seperti cikgu.

Pukul 3am tadi,teman ain menyanyi lagu hari guru.Bersungguh dia hafal.Hari ini hari guru sekolah dia.Saya pula bungkuskan hadiah untuk permata2 hati saya.

2 comments:

  1. Bestnya cikgu2 yg dapat hadiah ni. Tanda ingatan dan penghargaan ni. Bagusnya cik wan, ingat lagi banyak nama cikgu dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah selagi nyawa dikandung badan nama2 guru hebat nu akan meniti di bibir

      Delete