Google+ Followers

Saturday, May 31, 2014

Raha Homestay Pekan,Pahang

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Azan Maghrib kami sampai ke Raha Homestay di Pekan Pahang.Huh..Baru tau jenuh mencari hotel dan homestay masa cuti sekolah.Last2 rezeki kami di sini setelah hampir 15 buah homestay dan hotel kami telefon.Mula2 kami masuk ke Bukit Gambang Resort City.Dua2 Hotel penuh iaitu Arabian dan Carribian.Huh.Anak2 dah nangis dah sebab tak leh main air.Tu yang tak putus asa,cari jugak tempat untuk bermalam..Akhirnya dapat.Ni pun sebab orang yang dah booking rumah ni cancellkan.

Tuan rumah yang menyambut kami agak baik dan peramah.Beliau dah bersiap untuk ke masjid dah.Dah berumur tapi masih segak.Ada 4 bilik semuanya dan 3 bilik air.Semua kemudahan pun ada.Boleh masak lagi.Yang penting kami tinggal 1 pagar dengan tuan rumah.Satu kawasan yang sangat luas.Kaya betul pak cik ni.Saya pun teringin nak buat homestay lah bila pencen nanti.Masyuk..Semalaman rm200.Oklah kan!Sebenarnya boleh kongsi 3 famili besar.Tapi kalau stay kat Bukit Gambang Resort City pun lagi mahal kan!

Tentang rumah memang sangat kemas dan bersih.Saya yang terlupa bawa telekung dengan malu2 minta dengan mak cik ni.Hehe.Percutian yang tak dirancang macam ni lah.Sebenarnya kami dalam perjalanan balik Kelantan.Saja singgah Kuantan.

Oklah.Solat dulu.Anak2 dah lapar.Teringin nak makan di Pekan Pahang malam ni..

4 comments:

  1. Rezeki kan UA....cuti sekolah...sana sini mmg penuh...nasib dapatkan....kalau tak tidur tepi pagar Gambang Water Parklah yeh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti yang tak dirancang macam ni lah

      Delete
  2. Awal cuti ramai yang ambil peluang bercuti kan. Masa balik hari tu ramai juga nampaknya kereta plat luar.. ai payah juga nak dpatkan tempat menginap. Mujur ok juga jumpanya. Untungla orang kawasan sana, boleh buat rumah jd homestay, sebulan berapa dah dapat. Masyuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.tak sangka pula ramai ke kuantan..eh masyuk sangat

      Delete