Google+ Followers

Friday, May 9, 2014

Oh Ibu

Assalamualaikum..

Selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia.Tadi dalam perjalanan ke sekolah saya mendengar lagu yang sangat menyentuh hati.Lagu Bonda nyanyian M.Nasir.Ni kat IKIM FM..Terus teringat bonda di kampung.Tapi semalam baru telefon ma di kampung.Alhamdulillah.Sihat keadaannya.Bagi kita orang islam pula setiap hari adalah hari ibu kan..

Sampai di sekolah pula,dengar lagu Oh Ibu.Nyanyian Mamat Exist.Ni dari Radio Era.Fuhh.Mantap.Meremang bulu roma saya.Mungkin sebab dah lama tak dengar lagu ni kot.Tapi tak sempat dengar habis,rushing..hehe.Nak baca Yassin di dewan.

Memang suara dia masa tu merdu sangat.Hinggakan saya masih ingat lagi masa saya darjah 6 lagu ni famous.Bila hari guru atau buat persembahan,mesti nak nyanyi lagu ni.Saya teringat Sazali sama kelas dengan saya dulu.Budak ni memang merdu suara dia.sebijik macam Mamat Exist.Dia juga wakil sekolah kami ke pertandingan musabaqah AlQuran.Sekarang ni dia dah jadi Imam dah.Hehe.Tak sangka.

So,bila dengar lagu tu mendayu2 rasanya.Teringat juga kat arwah mak ejei kawan saya yang telah kembali ke rahmatullah tahun lepas.Saya sedekahkan alfatihah untuk Ma.Saya  panggil dia ma sebab sangat akrab hubungan kami. Pn Salma Mohammad,Semoga dirimu tenang di sana.Aminn.

Jom layan lagu M.Nasir

Mengapa kanta ini masih berkaca
sedangku telah pun terima di dalam redha
segala kepahitan
pengalaman menjadi penentu
mengejar impian ke pintu syurga

Duhai bonda
bilakah akan ku kecapi kasturi
penebus maruah
dan semangat lara...

selebihnya sambung sendiri.HAPPY MOTHER'S DAY!!

2 comments:

  1. Bila kita dah jadi ibu ni, lebih banyak pengorbanan ibu kita yang kita mula fahami secara mendalam kan.. semoga ibu kita dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan yg baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan!pastu ada tingkah laku kita yang sama dengan anak kita tunjuk..so itulah kita once upon a time..hehe.
      aminn..semoga sihat sokmo

      Delete