Google+ Followers

Tuesday, May 27, 2014

Hari Guru dan Hadiah

Assalamualaikum

Mood happy sangat hari ni sebab esok dah start cuti sekolah.Macam budak2 kan!Walaupun cuti sekolah kami cikgu2 rasanya tak adalah bercuti sangat.9 plastik paper esei nak kena marking.Huhu.Baru siap 2 plastik.In shaa Allah berjaya dihabiskan sebelum mula bercuti.

Hari ni sekolah kami buat sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan tema colour block.Tapi saya pakai matching.Ada unsur mengkhianati di situ.Hehe.

Tentang guru biasalah,bila hari guru cikgu2 memang happy sebab dapat hadiah daripada anak2 murid.Yang paling saya suka tahun ni saya dapat shawl warna shocking pink sama macam baju saya pakai tadi.Dahlah saya ni tak artistik..Budak laki yang bagi.Terharunya.Saya juga dapat purse dan satu lagi clutch.Pun daripada budak lelaki.Hehe.Maybe dia tengok beg cikgu dah buruk kot.Brooch juga budak laki yang bagi.Oh..Mungkin dia tau minat cikgu kot.

Daripada budak perempuan pula saya dapat tupperware.Untung tauke tupperware ataupun memang mak dia orang kuat tupperware kot.Dapat bekas dan cawan tupperware.Alhamdulillah rezeki.Budak perempuan banyak bagi beg mekap dan alas meja.Sangat feminin hadiah saya untuk tahun ni.Walaupun tak banyak tapi saya syukur sangat2 sekurang-sekurangnya terasa diri dihargai.Taklah terasa perit jerih menjerit di dalam kelas.Lain2 banyak dapat coklat.Cadburry pun ada.Oh tidak!Walaupun bukan yang hazel nut.Ni murid cina yang bagi:)

Selamat bercuti dan marking with love;Umi Ain..

4 comments:

  1. Banyak peminat tu ... alhamdulillah kan.. cikgunya baik dan ikhlas sebab tu murid bagi hadiah macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah..ikhlas dlm mengajar dan bekerja..sesungguhnya hidupku matiku,ibadatku adalah kerana Allah..cikgu ct kita pun ramai peminat..

      cane tadi kls tambahan?

      Delete
  2. Mesti seronokkan UA.....dapat penghargaan dpd anak murid...Apa yg tak banyaknya hadiah tu....banyak dah tu puas budak tu bukak hadiah! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.ank2 terlebih happy

      Delete