Google+ Followers

Friday, May 16, 2014

Bahana Shopping Online

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Lega!Itulah perasaan saya bila kain yang dah diorder hampir 2 bulan tidak kunjung tiba akhirnya sampai hari ni.Memang lega.Walaupun tak macam yang dikehendaki.Ada yang tersalah.3 lagi tak dapat..sori sangat.Rasa bersalah sangat.

Tadi saya dah deal dengan peniaga yang juga kawan sekampung.Dia setuju nak pulangkan balik duit.Senang ceritakan.Tak boleh salahkan dia juga,beratus2 pasang lagi kain yang diorder belum sampai.Dia dah tukar supplier lain.Supplier dulu bersalin.Tak sangka pula banyak problem.So siapa yang harus dipersalahkan!

Buat kawan2 pula saya tahu mereka kecewa.Saya tak boleh salahkan diorang juga.Betullah kan.Macam menunggu buah yang tak gugur.Saya pula lagi lah stress.Haissh.Rasa tak nak sebut pun pasal kain tu.Memang stress.Tapi kalau tak sebut macam kawan ingat saya ni tipu ke hape!Senyap je.

Terpaksa memaniskan muka depan kawan2 yang order.Saya ingat lagi saya dah dahulukan duit saya rm700 masa cuti sekolah hari tu lagi..Ada yang faham.Ada yang tak.Ingat saya nak ke benda macam ni berlaku?Susah juga kan nak jaga hati pelanggan!Fuhh.Terpaksa tebalkan muka dan pekakkan telinga.Betullah.Kata2 lebih tajam daripada mata pena.

Tapi,akhirnya lepas dah settle lega.Macam orang sembelit yang baru tercapai hajat.Huhu.Kotornya contoh.Hehe.. Rasanya ada lagi orang nak terima tempahan kot.Melainkan tailor you alls bertaraf artis.Saya sendiri pun baru je tempah minggu lepas.Nasib baik ada blog.Boleh luah perasaan.Serius lega.Kalau tak serabut je otak saya sebelum ni!

Kita hanya merancang.Allah yang menentukan!

6 comments:

  1. Tak ada rezeki nak buat macam na.. kan?

    ReplyDelete
  2. sabar je lah Ummi..tapi syukurlah dah settle pn kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..dah settle dah..macam2 manusia ni kan

      Delete
  3. Tak pernahlah beli online ni UA.... yelah satu pun sebabnya OKje tak kerjakan..... nak membeli kena pakai duit cik abe...sudahnya tak payah ajelah hehe

    ReplyDelete