Google+ Followers

Sunday, May 11, 2014

Aku Tak Biasa

Aku tak biasa
bila kau tiada di sisi
aku tak biasa
bilaku tak mendengar suaramu
aku tak biasa..

Hehe..menyanyi sikit pagi2 ni.Maklumlah dah brunch dah pun.Senang hati.
Sebenarnya nak cerita macam ni lah kot orang yang ditinggalkan suami.Padahal baru je suami outstation 3 hari.Tapi azabnya macam 3 tahun.Huhu..Baru tau pengorbanan seorang suami.Sebab selalunya suami yang urus anak2 pagi2.Saya pula kena turun awal untuk mencari sesuap nasi.

Pagi semalam sekolah ganti.Kena uruskan anak2 utk dihantar ke taska.Nasib baik anak2 tak sekolah.Tiga2 duduk sekali ngan baby kat taska.Suka diorang.Eh memang susah kita uruskan anak sorang2.Petang Jumaat tu bila ambil anak2,saya ikutkan je anak nak makan cendol durian dan sorang lagi abc. makan bawah pokok.Lepastu nak captain munch pula siap dengan mainan lagi.Umi pun belikan juga.Agaknya anak2 ni tau yang diorang tinggal dengan umi.Mengada lebih.

Semalam pula,saya terus balik awal dari sekolah.Beli nasi lemak yang kawan jual di sekolah.Habis diorang makan,walhal dah makan dah dekat taska.Kakak cakap lapar lagi lah umi..Huhu..Saya pun masakkan cekodok pisang.Sebenarnya umi yang nak makan tu.Tapi sedap sebab makan masa hujan lebat.Kakak siap cakap umi masak lagi sedap dari kedai..Iyalah nak oii..Lapar lagi si kakak..Kalau tengok tubuh kurus kering dia orang tak akan sangka dia makan banyak.

Terus saya goreng kuew teow.Makanan favourite diorang tu..So malam tadi pun makan kuew teow gorenglah.Pagi ni saya buat singgang daging versi kelantan dengan ikan terubuk masin goreng.

Sampai hari ni Zahin dah 5 kali tanya lambatnya abah dia balik.Walaupun tiap2 malam bercakap dengan abahnya.Eh,macam manalah kan orang yang urus anak2 tanpa suami.Ya Allah,janganlah Kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku lalui..Sesungguhnya aku tak kuat!

2 comments:

  1. InsyaAllah..Allah menguji orang yang mampu menanggungnya.. u can do it mu friend..
    Pengalaman mendewasakan kita. Zahin ni mesti anak abahla tu kan.. rindu abah dia sangat tu...
    syukur selama ni suami banyak membantu. Rindu la tu ya.. faham3.. en zac tu kerja keras tuk keluarga .. bos mmg banyak outstation tapi poket pun teballah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahua..tq atas nasihat..tak de tebal mana pun..cukuplah utk makan pakai tu

      Delete