Google+ Followers

Saturday, May 31, 2014

Murtabak Mengkasar,Terbaik di Pekan

Assalamualaikum

Memang tak sah kalau ke Pekan tak pekena murtabak mengkasar.Kalau kira ni second time saya makan.Wah.Memang best sangat.Kalau dari Kuantan,kedai ni terletak sebelum mc donald.

Tadi kitorang makan malam dengan murtabak ni je.Memula order 1 takut tak abis.Tiba2 tak cukup.Order pula yang kedua.Harga dia Rm18 untuk murtabak mix yang kitorang tadi.Lain2 ada murtabak ayam dan daging.Harga Rm12.

Sempat juga orang sebelah meja kami bagi sedikit kek secret recepy.Diorang pun datang jauh juga.Celebrate anniversary.

Raha Homestay Pekan,Pahang

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Azan Maghrib kami sampai ke Raha Homestay di Pekan Pahang.Huh..Baru tau jenuh mencari hotel dan homestay masa cuti sekolah.Last2 rezeki kami di sini setelah hampir 15 buah homestay dan hotel kami telefon.Mula2 kami masuk ke Bukit Gambang Resort City.Dua2 Hotel penuh iaitu Arabian dan Carribian.Huh.Anak2 dah nangis dah sebab tak leh main air.Tu yang tak putus asa,cari jugak tempat untuk bermalam..Akhirnya dapat.Ni pun sebab orang yang dah booking rumah ni cancellkan.

Tuan rumah yang menyambut kami agak baik dan peramah.Beliau dah bersiap untuk ke masjid dah.Dah berumur tapi masih segak.Ada 4 bilik semuanya dan 3 bilik air.Semua kemudahan pun ada.Boleh masak lagi.Yang penting kami tinggal 1 pagar dengan tuan rumah.Satu kawasan yang sangat luas.Kaya betul pak cik ni.Saya pun teringin nak buat homestay lah bila pencen nanti.Masyuk..Semalaman rm200.Oklah kan!Sebenarnya boleh kongsi 3 famili besar.Tapi kalau stay kat Bukit Gambang Resort City pun lagi mahal kan!

Tentang rumah memang sangat kemas dan bersih.Saya yang terlupa bawa telekung dengan malu2 minta dengan mak cik ni.Hehe.Percutian yang tak dirancang macam ni lah.Sebenarnya kami dalam perjalanan balik Kelantan.Saja singgah Kuantan.

Oklah.Solat dulu.Anak2 dah lapar.Teringin nak makan di Pekan Pahang malam ni..

Thursday, May 29, 2014

MGM-Pen Murah tetapi Berkualiti

Assalamualaikum.

Tengah marking sekarang.Rasa rugi pula tak kongsi kehebatan pen ini.Bukannya apa,saya kalau marking kertas memang tak boleh guna pen biasa.Mesti nak kena dakwat basah.Kalau tak memang tak ada mood lah nak marking.

So selalunya berbatang2 pen dakwat basah yang dibeli.Kita tahu pen dakwat basah memang agak mahal kan.Tapi nak buat macam mana memang saya tak boleh kalau masa semak tu pakai pen biasa.Rasa lambat dan cepat mengantuk.Lagipun dakwat basah ni nampak cantik kan!Hehe.Sekadar pendapat saya.Lain orang lain caranya kan.Mesti ada yang nak cakap,alah aku pakai pen biasa pun dah siap key in dah markah..Masing2 pendapat la kan..

Pen MGM ni sangat murah.Berbaloi beli.Rm6 untuk sekotak 12 batang.Tengok sendirilah dakwatnya.So dalam rm0.50 sebatang.Sangat berbaloikan.Cikgu2 yang nak bolehlah beli di Mydin Mall.Tempat lain saya tak sure.Hari tu masa otw ke KL masa singgah kedai alat tulis kat Gua Musang sebelah KFC pun ada jual.Diorang jual rm1.20 lagi..Ha.Kan dah rugi.Jom serbu Mydin beli mgm pen..

Wednesday, May 28, 2014

Menitis Air Mata

Assalamualaikum..

Hari ni Parents Meet Day(Report Card Day)untuk kedua2 anak saya Ain dan Zahin di Little Caliphs.Memang tak hantar pun anak2 hari ni.Dalam pukul 12.30pm kami pun bergerak keluar dari rumah.

Mula2 jumpa Teacher Farah.Class teacher Zahin.Biasa je tecer cerita.Zahin good in colouring dan dia paling cepat siapkan kerja.Dah boleh baca dua suku kata dan doa.Menyanyi pun dah banyak sebab hari2 dorang nyanyi.Siap buat rap lagi lagu Muhammadku.Alhamdulillah.Tak ada pun nombor atau ranking dalam kelas.Just tecer cerita perfomance Zahin.Baju boleh pakai sendiri.Ke tandas pun ok.Cuma kalau nangis susah nak baik.So tecer memang tak kasi dia nangis.Haha..Bagus juga.

Lepas tu jumpa Teacher Chaa.Class teacher Ain.Ain dapat nombor 6.Alhamdulillah.Lagi ok dari tahun lepas.Saya puas hati sebabnya diorang punya percentage sangat rapat.Ada 2 orang berkongsi percentage yang sama.Teacher cakap kalau tak Ain dapat nombor 2 kalau tak ada Islamic Studies.Haish.Macam mana lah anak umi ni.Dari 4 years old islamic studies sangat lemah.Dulu Maths pun lemah.Kali ni Maths and Sains Ain dapat 100.Sama dengan budak yang dapat nombor 1.Cuma Islamic studies Ain dapat 88.Budak yang dapat nombor 1 dapat 98 markah.Hehe.Cane tu?

Yang saya terharu dan menitik air mata saya bila tecer cakap masa pemilihan untuk ke pra tahfiz tahun lepas.Sebabnya Ain sekarang dalam kelas pra tahfiz.Teacher 5 years old masa tu cakap dia pilih ain sebagai salah sorang student pra tahfiz sebab kelas ni sangat mencabar.Dorang dah belajar silibus sekolah rendah untuk ayat hafazan dan agama.Jadi tecer yang sekarang iaitu tecer chaa cakap are you serious?Sebab dia nampak Ain masa tu sangat pendiam.Dia tak percaya Ain boleh ikut kelas pra tahfiz..Macam umi dia kot.Pendiam dengan orang yang baru dikenali.

Dan bila dah masuk kelas teacher chaa sekarang tecer Chaa cakap.Masya Allah se is very brilliant !In syaa Allah.Menitik air mata saya depan tecer.Sebak rasa.Kalau anak konvo kat u nanti tak taulah.Haha.malu pula kat tecer bila difikirkan..Aminn.Masin mulut tecer chaa harapnya.Sangat minat Maths and science sekarang.In syaa allah semoga tercapai cita2 murni mu anak, nak jadi doktor.

Tuesday, May 27, 2014

Hari Guru dan Hadiah

Assalamualaikum

Mood happy sangat hari ni sebab esok dah start cuti sekolah.Macam budak2 kan!Walaupun cuti sekolah kami cikgu2 rasanya tak adalah bercuti sangat.9 plastik paper esei nak kena marking.Huhu.Baru siap 2 plastik.In shaa Allah berjaya dihabiskan sebelum mula bercuti.

Hari ni sekolah kami buat sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan tema colour block.Tapi saya pakai matching.Ada unsur mengkhianati di situ.Hehe.

Tentang guru biasalah,bila hari guru cikgu2 memang happy sebab dapat hadiah daripada anak2 murid.Yang paling saya suka tahun ni saya dapat shawl warna shocking pink sama macam baju saya pakai tadi.Dahlah saya ni tak artistik..Budak laki yang bagi.Terharunya.Saya juga dapat purse dan satu lagi clutch.Pun daripada budak lelaki.Hehe.Maybe dia tengok beg cikgu dah buruk kot.Brooch juga budak laki yang bagi.Oh..Mungkin dia tau minat cikgu kot.

Daripada budak perempuan pula saya dapat tupperware.Untung tauke tupperware ataupun memang mak dia orang kuat tupperware kot.Dapat bekas dan cawan tupperware.Alhamdulillah rezeki.Budak perempuan banyak bagi beg mekap dan alas meja.Sangat feminin hadiah saya untuk tahun ni.Walaupun tak banyak tapi saya syukur sangat2 sekurang-sekurangnya terasa diri dihargai.Taklah terasa perit jerih menjerit di dalam kelas.Lain2 banyak dapat coklat.Cadburry pun ada.Oh tidak!Walaupun bukan yang hazel nut.Ni murid cina yang bagi:)

Selamat bercuti dan marking with love;Umi Ain..

Sunday, May 25, 2014

Ceria Pop Star

Assalamualaikum..

Selamat bercuti kawan2.Mesti sibuk basuh baju,basuh pinggan,kemas rumah dan macam2 kan.
Tetiba masa tengok iklan ceria popstar,Ain ajukan soalan.

Ain;Umi,tak sedaplah suara budak ni.
Umi:Kenapa?
Ain;Kakak nak masuklah ceria popstar.Umi tau ke tempat dia?
Umi:Kakak dah ada lagu ke?Kakak nak nyanyi lagu apa?
Ain;Kakak nak nyanyi lagi hari guru..LILIN SEORANG GURU.
Umi;Haha..

Tetiba Zahin pun menyanyi juga.Semua nak masuk Popstar.Haih anak!Umi pun cakap nanti umi hantar semua pakat masuk popstar;)

Memang naif lagi budak2 ni.Teringat juga ada budak form 3 yang masuk audition untuk ceria popstar.Tapi kalah..Mungkin Ain juga mewarisi perangai saya masa sekolah rendah.Semua persembahan saya masuk.Tapi masa tu tak adanya ceria popstar.Pertandingan hafazan dan mengaji quran pun saya masuk juga dulu.

Betullah.Perangai anak2 adalah cerminan perangai kita yang dahulu.
 

Wednesday, May 21, 2014

Ibu,kau ratu hatiku sampai bila2

Assalamualaikum

Betullahkan,Allah tempat kita mengadu.Bukan fb dan bukan blog.Alhamdulillah diberikan ketenangan dan lega daripada serabut dengan masalah.La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin..

Semalam saya sangat marah sampai menggigil tubuh saya.Tangan pula terasa sejuk.Memang tahap marah yang tinggi.Sifat saya sebenarnya sangat susah untuk marahkan seseorang dan memang tak pandai marahpun.Tapi bila saya marah,lama juga lah baru sembuh.Kalau setakat benda biasa2 memang no hal lah bagi saya.Tapi bila melibatkan maruah memang saya cukup terkesan!Kalau orang tak kacau saya,memang tak pernah pun nak kacau hidup orang.Haha..minggu yang penuh kemarahan!

Bila dah call mak saya,cakap dengan dia.Saya rasa lega.Hilang segala beban yang ditanggung.Sesungguhnya engkaulah ratu hatiku.I LOVE U MOM!!

Friday, May 16, 2014

Bahana Shopping Online

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Lega!Itulah perasaan saya bila kain yang dah diorder hampir 2 bulan tidak kunjung tiba akhirnya sampai hari ni.Memang lega.Walaupun tak macam yang dikehendaki.Ada yang tersalah.3 lagi tak dapat..sori sangat.Rasa bersalah sangat.

Tadi saya dah deal dengan peniaga yang juga kawan sekampung.Dia setuju nak pulangkan balik duit.Senang ceritakan.Tak boleh salahkan dia juga,beratus2 pasang lagi kain yang diorder belum sampai.Dia dah tukar supplier lain.Supplier dulu bersalin.Tak sangka pula banyak problem.So siapa yang harus dipersalahkan!

Buat kawan2 pula saya tahu mereka kecewa.Saya tak boleh salahkan diorang juga.Betullah kan.Macam menunggu buah yang tak gugur.Saya pula lagi lah stress.Haissh.Rasa tak nak sebut pun pasal kain tu.Memang stress.Tapi kalau tak sebut macam kawan ingat saya ni tipu ke hape!Senyap je.

Terpaksa memaniskan muka depan kawan2 yang order.Saya ingat lagi saya dah dahulukan duit saya rm700 masa cuti sekolah hari tu lagi..Ada yang faham.Ada yang tak.Ingat saya nak ke benda macam ni berlaku?Susah juga kan nak jaga hati pelanggan!Fuhh.Terpaksa tebalkan muka dan pekakkan telinga.Betullah.Kata2 lebih tajam daripada mata pena.

Tapi,akhirnya lepas dah settle lega.Macam orang sembelit yang baru tercapai hajat.Huhu.Kotornya contoh.Hehe.. Rasanya ada lagi orang nak terima tempahan kot.Melainkan tailor you alls bertaraf artis.Saya sendiri pun baru je tempah minggu lepas.Nasib baik ada blog.Boleh luah perasaan.Serius lega.Kalau tak serabut je otak saya sebelum ni!

Kita hanya merancang.Allah yang menentukan!

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum
Selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar pendidik.Semua sahabat saya dan buat sahabat blogger cikgu siti nuraini..Heeehe..Nak guna nama betul juga.Baru best!

Saya ingin dedikasikan ucapan juga buat guru yang telah memberikan inspirasi kepada saya.Moga jadi panduan kepada kita dalam mendidik anak bangsa.

1)Pn Ruhani Husin
-Cikgu Sains saya masa di tingkatan 3.Sangat warak dan penuh ciri keibuan.Dia yang ajar saya baca macam2 doa sampai sekarang saya amalkan.In shaa allah sampai akhir hayat saya cikgu.Antaranya doa lembut hati ya latif dan ayatnya,zikir,ala yak lamu man qholako wa huallatiful khobir.Ni 11 kali slps solat.Banyak lagi lah.Paling menusuk kalbu dia selalu cerita org yang soleh yang tinggal sebelah rumah dia muka macam saya.Dia panggil saya La.Jarang cikgu panggil anak murid macam ni.

2)En Shamsol Sulaiman
-Guru Modern Math and Add Math masa saya sekolah menengah.Sangat tegas.Pernah dia halau saya masa form 5 sebab berlama2 dalam makmal fizik.Masa tu siapkan eksperimen fizik.Tapi lepas tu pura2 hantar buku dan minta maaf dengan cikgu Shamsol.Tapi dia baik sangat dengan saya.Dia yang lantik saya jadi mentor untuk ajar Math budak sastera.Walhal dia tau kebolehan saya yang entah hape2.Dia selalu ketuk kepala saya sebab homework tak pernah siap.Hehe.Sepanjang 2 tahun dia ajar saya,dia tau kalau saya siap pun mesti saya tiru kawan.Haaaha.Memang betul pun.Panggilan cikgu untuk saya Mok Ngulu.Dia selalu tertukar saya dengan ejei,kawan baik saya..Sebab saya penolong kelas masa form 4.Selalu ajar teori yang best.Bagi falsafah.Dan ajar kalau kita dah biasa buat cekodok pisang cubalah buat cekofok strawberi..Tu lah dia selalu pesan masa Add Math.Maksudnya kalau tukar soalan kita tak akan terkejut.Yang paling ingat dia selalu pesan jangan jadi penembak b***.Hehe.Rindu sangat kat cikgu.Ct 8899.Ni plat kereta cikgu masa tu.Kalau saya lambat ke kelas tambahan dia akan perli sebab rumah saya agak dekat dengan sekolah.

3)Cikgu Zailani
-Guru Bm masa form 6.Sangat warak.Muka macam Ryan Giggs.Pemain MU.Dia selalu bagi ilham untuk ke Mekah awal dan menunaikan haji.Dia pun dalam usia 30 sudah bergelar haji sebab dia kata dia niat nak ke Mekah bila dapat gaji pertama.Masa kahwin saya dia pun datang.Masa dalam kelas dulu,saya tak ambil bahagian sangat dalam kelas.Maklumlah best student stpm ni sangat humble.Huahua..Selalu bila soalan yang agak sukar yang orang lain semua tak boleh jawab,last dia akan tanya saya soalan tu.Alhamdulillah.Dapat jawab.Saya ni nakal dulu.Duduk geng belakang.Selalu tertukar saya dengan ejei.

Itu antara guru2 hebat yang hadir dalam hidup saya.Betullah kata orang guru yang hebat memberikan inspirasi.In shaa allah saya cuba menjadi seperti cikgu.

Pukul 3am tadi,teman ain menyanyi lagu hari guru.Bersungguh dia hafal.Hari ini hari guru sekolah dia.Saya pula bungkuskan hadiah untuk permata2 hati saya.

Wednesday, May 14, 2014

Spiderman @ Space U8

Assalamualaikum

Semalam kami 5 beranak menghabiskan cuti hari wesak dengan mengemas rumah pada awal paginya dan kemudian keluar ke Giant.Membeli hadiah untuk hari guru kakak dan abang.Seronoklah budak2 ni nak kasi hadiah untuk cikgu diorang.Zahin macam biasalah mengamuk nak belikan dia jam.Abahnya terpaksa ikutkan juga.Alah jam spiderman tu sebab janji nak pergi tengok spiderman.

Lepas menjamu selera di McDonald,kami terus ke Space U8 di Bukit Jelutong.Kalau ikutkan ini adalah pertama kali saya ke sini.Tempat nya tak ramai orang.Memang sangat sesuailah bagi sesiapa yang ada anak2 kecil macam saya.Tak ada sangat mainan atau kedai mainan kat situ.My kiddos hanya main belon yang macam supa dupa tu.Minum pun cool blog aje:)

Kami menonton wayang pukul 1.20pm.Best cerita Spiderman 2 ni.Boleh kasi 4 bintang.Lagipun saya juga tengok Spiderman first tu.So,nak juga tengok sambungan dia.Oklah.Suka sangat Zahin dan Ain.Baby pula bising.Sekejap dengan abah sekejap dengan umi.Hehe.Kesian adik2 sebelah kami tu.Tak larat dia duk syy..syy.Sori dik.Bila adik ada anak nanti adik boleh lah rasa cabarannya.

Cara nak elakkan,saya menyusukan baby dan last2 dia tertidur.Lega..Tapi ramai parent yang bawa anak.Jadi tak terasa sangatlah yang anak kita je bising.Anak orang lain pun sama bisingnya.

Jadi sesiapa yang tak nak anak mengamuk kalau tak nak beli mainan bolehlah datang sini.Parkir pun free.hehe..

Monday, May 12, 2014

Merenung Masa Depan

Shopping untuk Kaki Shopping Online

Assalamualaikum..

Saja nak update blog.Tension marking tak abis2.Satu kelas pun belum habis.Hari ni dapat pula paper 2.Huhu..

Ok.Jangan tension2.Semalam,bila husband balik dari outstation.Dalam pukul 1pm terus saya ajak dia ke stadium malawati shah alam.Ada sale.Wow.Memang meriah.Semua shop2 online ada di situ.Sebut saja sapa semua ada.Antaranya Aj,Dreemika,Radiusite,Minimalace,Kz nabihah,Sugarscarf,Wide shawl dan macam2 lagi.Hampir pening saya pusing2 kat situ dengan my kakak.Hehe.Nasib baik abahnya bawa zahin dan zaim makan burger dulu.Umi janji nak pergi sekejap je kan!

So apa yang saya dapat?Saya dapat apa yang saya nak.Bb cream dari FCC.Farmasi cosmetic colour.Produk halal dari Istanbul.Rasanya ramai blogger yang review produk ni.Ok la.Harganya murah.Bb saya dapat rm35.Beli eyeshadow walaupun umi tak pakai eyeshadow.Sebab kakak request.Siap beli 2 lagi.Okla.Rm10 utk 2.Saya beli lipstick 1.Rm 15..Thats all.

Balik dari stadium terus ke PKNS.Beli sate utk celebration mothers day.Sebabnya ma saya dari kampung ada datang ke rumah adik di Klang.Sebelum tu sempat singgah beli baju utk teachers day.Anak dara saya pun nak juga sepasang.Hamboi.Dah pandai dah dia.Umi beli dia pun nak juga.Lepas ni jenuhlah my hubby kena belanja untuk 2 orang ladies dalam family.Nak survey hadiah hari guru untuk anak2 pun tak sempat.Esoklah kot.

Sekian.Bebelan untuk hari ini:)

Sunday, May 11, 2014

Aku Tak Biasa

Aku tak biasa
bila kau tiada di sisi
aku tak biasa
bilaku tak mendengar suaramu
aku tak biasa..

Hehe..menyanyi sikit pagi2 ni.Maklumlah dah brunch dah pun.Senang hati.
Sebenarnya nak cerita macam ni lah kot orang yang ditinggalkan suami.Padahal baru je suami outstation 3 hari.Tapi azabnya macam 3 tahun.Huhu..Baru tau pengorbanan seorang suami.Sebab selalunya suami yang urus anak2 pagi2.Saya pula kena turun awal untuk mencari sesuap nasi.

Pagi semalam sekolah ganti.Kena uruskan anak2 utk dihantar ke taska.Nasib baik anak2 tak sekolah.Tiga2 duduk sekali ngan baby kat taska.Suka diorang.Eh memang susah kita uruskan anak sorang2.Petang Jumaat tu bila ambil anak2,saya ikutkan je anak nak makan cendol durian dan sorang lagi abc. makan bawah pokok.Lepastu nak captain munch pula siap dengan mainan lagi.Umi pun belikan juga.Agaknya anak2 ni tau yang diorang tinggal dengan umi.Mengada lebih.

Semalam pula,saya terus balik awal dari sekolah.Beli nasi lemak yang kawan jual di sekolah.Habis diorang makan,walhal dah makan dah dekat taska.Kakak cakap lapar lagi lah umi..Huhu..Saya pun masakkan cekodok pisang.Sebenarnya umi yang nak makan tu.Tapi sedap sebab makan masa hujan lebat.Kakak siap cakap umi masak lagi sedap dari kedai..Iyalah nak oii..Lapar lagi si kakak..Kalau tengok tubuh kurus kering dia orang tak akan sangka dia makan banyak.

Terus saya goreng kuew teow.Makanan favourite diorang tu..So malam tadi pun makan kuew teow gorenglah.Pagi ni saya buat singgang daging versi kelantan dengan ikan terubuk masin goreng.

Sampai hari ni Zahin dah 5 kali tanya lambatnya abah dia balik.Walaupun tiap2 malam bercakap dengan abahnya.Eh,macam manalah kan orang yang urus anak2 tanpa suami.Ya Allah,janganlah Kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku lalui..Sesungguhnya aku tak kuat!

Friday, May 9, 2014

Oh Ibu

Assalamualaikum..

Selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia.Tadi dalam perjalanan ke sekolah saya mendengar lagu yang sangat menyentuh hati.Lagu Bonda nyanyian M.Nasir.Ni kat IKIM FM..Terus teringat bonda di kampung.Tapi semalam baru telefon ma di kampung.Alhamdulillah.Sihat keadaannya.Bagi kita orang islam pula setiap hari adalah hari ibu kan..

Sampai di sekolah pula,dengar lagu Oh Ibu.Nyanyian Mamat Exist.Ni dari Radio Era.Fuhh.Mantap.Meremang bulu roma saya.Mungkin sebab dah lama tak dengar lagu ni kot.Tapi tak sempat dengar habis,rushing..hehe.Nak baca Yassin di dewan.

Memang suara dia masa tu merdu sangat.Hinggakan saya masih ingat lagi masa saya darjah 6 lagu ni famous.Bila hari guru atau buat persembahan,mesti nak nyanyi lagu ni.Saya teringat Sazali sama kelas dengan saya dulu.Budak ni memang merdu suara dia.sebijik macam Mamat Exist.Dia juga wakil sekolah kami ke pertandingan musabaqah AlQuran.Sekarang ni dia dah jadi Imam dah.Hehe.Tak sangka.

So,bila dengar lagu tu mendayu2 rasanya.Teringat juga kat arwah mak ejei kawan saya yang telah kembali ke rahmatullah tahun lepas.Saya sedekahkan alfatihah untuk Ma.Saya  panggil dia ma sebab sangat akrab hubungan kami. Pn Salma Mohammad,Semoga dirimu tenang di sana.Aminn.

Jom layan lagu M.Nasir

Mengapa kanta ini masih berkaca
sedangku telah pun terima di dalam redha
segala kepahitan
pengalaman menjadi penentu
mengejar impian ke pintu syurga

Duhai bonda
bilakah akan ku kecapi kasturi
penebus maruah
dan semangat lara...

selebihnya sambung sendiri.HAPPY MOTHER'S DAY!!