Google+ Followers

Saturday, April 19, 2014

Pengacara Majlis?

Assalamualaikum..

Saya masih lagi tertanya tanya betulkah saya yang mengacarakan Majlis Anugerah Cemerlang pada pagi tadi di sekolah.Memang tidak disangka setelah 7 tahun berkhidmat di sekolah ini hari ni merupakan hari yang sangat bersejarah bagi saya.Menjadi pengacara majlis.Sekadar meminjamkan suara gangsa saya.Inikah sisi lain saya??Musykil ni..

Sebenarnya untuk tahun ini sahaja,sudah 3 kali saya menjadi pengacara.Itupun semuanya bidan terjun.First time di Sunway Pyramid untuk MSSD Tenpin Bowling.Yang kedua minggu lepas 12.4.14 semasa Pertandingan Kawad Kaki Sekolah.Itu kecil saja.Hari ni 19.4.14 sekali lagi saya menjadi pengacara.Memang terkejut lagi.Walaupun raptainya dah dibuat Rabu dan Khamis,tetapi saya masih lagi tak dapat terima kenyataan yang saya mengacara tadi.Tau pun hari Selasa saya kena gantikan kak engku.

Hehe.Yang kurang tadi saya rasa bila dalam skrip lain,dan bila orang yang dipanggil ke depan adalah orang lain.Cepat2 saya kena ubah skrip secara spontan.Ish bukan senang nak jadi pengacara sebenarnya.Walaupun yang keluar untuk menerima hadiah kawan yang kita kenal tetapi bila di hadapan,kita akan lupa nama kawan.Itulah yang berlaku tadi.Agak panik sedikit..Sebab dengan flow yang agak cepat.

Tapi Alhamdulillah.Walaupun tak sempurna sangat,saya lega bila majlis berakhir.Yang saya suka juga ialah semasa Tuan PPD turun untuk ke bilik jamuan,beliau memberikan isyarat bagus kepada kami berdua.Terima kasih Tuan Haji.Terima kasih kak Santi kerana begitu hebat mengolah skrip.40 helai tu semuanya.

Kami sempat juga berseloroh tadi sorang akan keluar slang jawa dan sorang lagi Kelantan.Okla kan!Yang tak best saya tak boleh huhahuha dengan kawan2.skema sangat saya tadi.Huhu.Nanti kalau untuk majlis sukan ke apa,saya tak naklah jadi pengacara lagi.Nanti saya tak boleh enjoy sukan..oh..tidak!!!

3 comments:

  1. Ai..jiran i ni.. mmg hebat.. bukan semua orang boleh jadi mc yg hebat tau....
    Orang berbakat mmg mcm tu.. orang lain tgk hebat dia pulak rasa tak suka.. lama2 bolehla rasa enjoy dgn jawatan mc tu. Apalah sgt berhuhahuha tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish..sedih2..satu lagi silap marin rasanya saya just sebut nama pengetua lps bagi hadiah.patutnya nama tuan ppd sb dia yg bagi.ops..harap diorang tak perasan

      Delete
    2. Alhamdulillah..hampir sempurna majlis..komen pengetua:)

      Delete