Google+ Followers

Sunday, April 27, 2014

Pemerhatian

Assalamualaikum dunia

Pagi ni saya menjaga tiga2 anak  sambil menunggu suami balik dari pasar.Suami terus ke pasar tani selepas solat subuh di masjid seksyen 13.Saja tak nak bawa anak2,taulah kan kalau bawa anak2.Macam2 diorang nak especially Zahin.Kakak dah pandai dah.Dengar cakap.Lagipun semalam kitorang dah keluar sehari suntuk dah.

Kakak, saya perhatikan agak rajin buat homework.Bolehlah.Kalau kerja tak payah disuruh.Ni pun dia sedang siapkan buku Sains yang dibeli semalam.Dah nak habis dah buku tu.Suka Sains pula dia sekarang.Mungkin dah besar dan banyak yang dia faham.Zahin pula lepas main game,makan pizza yang malam tadi.Sibuk bercerita yang seronok ke rumah kawan saya semalam.Dia tanya pasal kematian.Sedap katanya makan bihun tomyam rumah Zurina.Memalukan betul.Anak2 saya je rasanya yang makan bihin semalam.Buku Alif Ba Ta yang dibeli semalam tak sentuh pun lagi.Penat sangat katanya..Hehe.

Ha.Ni nak cerita baby Zaim.Dia dah pun 18 bulan.Dalam usia 18 bulan ni dia makan banyak sangat.Badan pun berisi sikit.Suka gigit umi.Paling nakal suka tutup tv,kipas,main remote kipas,remote tv tak yah cerita lah.Main suis iron,printer,laptop sampailah ke flush toilet.Suka semua benda teknikal.Mungkin mewarisi bakat engineer daripada abahnya.In syaa Allah.Kalau bab tv,kakak dan abang akan bengang bila diorang syok tengok tv baby tutup tv.Terus suruh saya menyusukan baby..Hehe.Kelakar betul si kecik yang tengah aktif ni.Bila buang air besar,cepat2 dia tunjuk kat pampers dia.

Semoga semua anak2 umi membesar dengan sihat dan sempurna.Aaminn..Jadi anak soleh solehah.In Syaa Allah.

6 comments:

  1. Haham. Budak2 biasalah tu. Makan kat rumah orang lagi sedap.. samalah dgn adik kat rumah ni, makan lalu je, abangnya yang dirisaukan sebab payah makan..

    suka gigit? Haha.. nak tambah gigi kot tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah..gigit bahu bila dukung dia

      Delete
  2. hehehe..comel..
    mcm ank sy pla suka pnjt pas tu terjun..aduh takut risau dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..aktif juga..tapi kena hati2 la kan mama rey

      Delete
  3. Betullah...kalau anak masih kecik elok sorang jer yg pegi pasar nanti sebok nk menjaga mereka jer lebih senang duk rumahkan UA...mereka bebas nak main

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penat jadi pengawal peribadi anak2 ni

      Delete