Google+ Followers

Sunday, April 27, 2014

How do Plants Grow

Entri ni khas untuk Ain Insyirah.Dia selalu cerita yang senang je nak tanam pokok.Teacher dah ajar di sekolah.Perlukan air dan matahari.

Jadi bila balik rumah dia minta saya tanam biji.mana lah umi nak cari. Padahal kacang hijau ada je.Umi ajar dia cara paling basic tanam pokok.
Ha..kan senang.Hari tu masa nak makan sup,sebab tak ada daun bawang,saya potong sikit daun bawang ni..Hehe.Tiada rotan akar pun berguna.

Pemerhatian

Assalamualaikum dunia

Pagi ni saya menjaga tiga2 anak  sambil menunggu suami balik dari pasar.Suami terus ke pasar tani selepas solat subuh di masjid seksyen 13.Saja tak nak bawa anak2,taulah kan kalau bawa anak2.Macam2 diorang nak especially Zahin.Kakak dah pandai dah.Dengar cakap.Lagipun semalam kitorang dah keluar sehari suntuk dah.

Kakak, saya perhatikan agak rajin buat homework.Bolehlah.Kalau kerja tak payah disuruh.Ni pun dia sedang siapkan buku Sains yang dibeli semalam.Dah nak habis dah buku tu.Suka Sains pula dia sekarang.Mungkin dah besar dan banyak yang dia faham.Zahin pula lepas main game,makan pizza yang malam tadi.Sibuk bercerita yang seronok ke rumah kawan saya semalam.Dia tanya pasal kematian.Sedap katanya makan bihun tomyam rumah Zurina.Memalukan betul.Anak2 saya je rasanya yang makan bihin semalam.Buku Alif Ba Ta yang dibeli semalam tak sentuh pun lagi.Penat sangat katanya..Hehe.

Ha.Ni nak cerita baby Zaim.Dia dah pun 18 bulan.Dalam usia 18 bulan ni dia makan banyak sangat.Badan pun berisi sikit.Suka gigit umi.Paling nakal suka tutup tv,kipas,main remote kipas,remote tv tak yah cerita lah.Main suis iron,printer,laptop sampailah ke flush toilet.Suka semua benda teknikal.Mungkin mewarisi bakat engineer daripada abahnya.In syaa Allah.Kalau bab tv,kakak dan abang akan bengang bila diorang syok tengok tv baby tutup tv.Terus suruh saya menyusukan baby..Hehe.Kelakar betul si kecik yang tengah aktif ni.Bila buang air besar,cepat2 dia tunjuk kat pampers dia.

Semoga semua anak2 umi membesar dengan sihat dan sempurna.Aaminn..Jadi anak soleh solehah.In Syaa Allah.

Friday, April 25, 2014

Hanya di Kelantan:)

Jom baca.Jangan stress2:)Selamat Malam..

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Assalamualaikum..

Salam Saigyidul Ayyam..Hari ni saya ingin berkongsi cerita anak kawan saya,Puan Zurina Ramli.Anaknya Nur Sakinah bt Saiful Azly mengalami penyakit Hydrocephalis(air dalam kepala).Sorry kalau ejaannya salah.Dia tahu pun masa dalam kandungan berusia 6 bulan.Dan saya cukup kagum dengan Zurina.Walaupun kadang2 balik dari hospital putrajaya pukul 5.00 pagi terus bersiap ke sekolah.Itulah rutin hariannya kebiasaannya.Dan bila ada panggilan dari taska terus bergegas ke taska.Oh..Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Selain masalah kepala,Sakinah juga kerap mengalami gangguan paru2 sebab dia menggunakan tiub untuk menyusu.Zurina terpaksa bangun 3 jam sekali untuk menyusukan anaknya.

Sekarang Sakinah dah 8 bulan.Alhamdulilah walaupun selalu keluar masuk hospital.Comel sangat budaknya.Jika adalah orang di luar sana yang ingin membantu sudi2 kanlah.Mungkin bantuan kita yang sedikit akan diberkati Allah.Sama2 kita hulurkan tangan ringankan beban.

Ni nombor akaun puan Zurina..Maybank-108217022201.Nombor telefon untuk dihubungi 012-7473369.

Tuesday, April 22, 2014

Gigi juga yang diperhatikannya

Assalamualaikum

Hari ni saya macam shock sikit.Ada dua pertanyaan daripada murid saya..yang saya rasa pelik.

Satu daripada Teo Hui Ning:budak form 3.Tadi saya belanja dia minum di kantin.Dia ajukan soalan kepada saya yang mengatakan rupa saya ada iras one guy ni.Saya dah agak dah.Tapi saya ingatkan muka saya.Tetiba gigi saya dia cakap hampir sama.Tergelak saya.Dan memang saya tau kalau gigi mesti Zam.Lab Assistant sekolah kami.

Sebenarnya rahsia ni dah lama saya pendam.Mula2 saya ingatkan tak ada sorangpun  yang perasankan gigi saya yang agak ke dalam ni ada persamaan dengan zam.Rupanya Hui Ning perasan.

Walhal masa kecik tiap2 minggu mak bawa ke klinik untuk dicabut gigi.Gigi saya sorang je pun yang ke dalam.Gigi adik beradik saya yang lain comel2 belaka.Saya selalu gunakan tu sebagai petanda orang yang gigi ke dalam nasib dia baik satu hari nanti.Hehe.

Kalau dulu masa sekolah, ejei saja yang selalu cakap gigi saya macam ex kawan sekolah rendah dia.Maksudnya budak ni memang perhatikan saya betul2 lah.Haish.Budak sekarang bukan baju saja yang dia suka tengok.Gigi juga pun diperhatikannya..Zam adalah orang ke3 termasuk saya yang mempunyai gigi yang sama.Lawak betul..

Pertanyaan ke dua pula;bila nak keluar kelas,saya ingatkan apa..Qayyum pelajar baru kelas saya tanya berapa umur saya?Sebabnya dia curious bila abang dia cakap muka cikgu kelas kau nampak sangat muda.Huahua..Muntah biru sekejap..Alhamdulillah.Sebabnya saya selalu berseloroh dengan budak2 cakap umur saya 40an.Haha..

So,apalagi.meh order esp shaklee,vitamin c and vitamin e dengan saya..Jangan marah.Iklan jap..

Sunday, April 20, 2014

Fradoo Abc -Terbaik di Shah Alam

Assalamualaikum.

Ni semalam punya cerita.Petang semalam kami keluar.Plan nak ke Tasik Shah Alam.Saja nak habiskan waktu petang di sana.

Mula2 kami ke Seksyen 2 Shah Alam.Niat nak beli Fradoo Abc untuk dimakan di tasik.Suami juga beli KFC sebab anak2 minta kfc.Selesai saja beli semua tu,tetiba hujan lebat.Habis plan nak ke tasik.

Jadi dengan kecewanya kami balik semula ke rumah.Makan abc dan kfc semasa hujan.Sedap juga..Oh..lupa Abc special yang suami beli semalam 3.50..kalau biasa rm3.00.So orang2 shah alam dan sekitarnya yang belum rasa bolehlah ke sana.Landmark dia dekat kfc seksyen 2.Dekat juga dengan SSAAS..Fradoo  ni pernah masuk jalan jalan cari makan tau.

Ni gambar yang diambil.Tapi dah cair dah.Siap ada love letter lagi sebenarnya.So gambar tak comey sangat.Rasa dia??Hehe..kena rasa sendiri.

Hidangan yang Menyelerakan

Assalamualaikum

Baru saja lepas menjamu selera.Hari ni berselera betul saya.Makan nasi dengan sup ayam dan ikan pekasam goreng.Fuhh.Lama betul tak makan pekasam.Sedap sangat.

Saya beli pekasam ni kat sekolah hari tu.Rugi beli satu paket.Patutnya beli dua.Sebab sedap sangat.Saya tak sure cikgu mana yang jual.Tapi memang sedaplah.

Anak2 pun makan bertambah hari ni.Sebab lama betul tak makan masakan hasil daripada air tangan uminya.Maklumlah suami tengah diet.Jadi saya macam rasa malas nak masak.Untuk suami saya marinatekan daging dan bakar je..Sedap sangat hari ni makan.Puas hati betul.Alhamdulillah dengan nikmatmu Ya Allah.

Saturday, April 19, 2014

Fenomena Golden Penda

Assalamualaikum..

Semalam saya mengambil anak seperti biasa dari taska.Semasa melalui kawasan tersebut,kelihatan dari jauh pokok yang cantik ni.Anak2 pun excited cakap cantik.

Hampir semua rumah di kawasan itu ada pokok ni.Tetapi saya terlupa bawa fon semalam
Jadi tak dapat snap gambar.Gambar ni saya share dari fb kawan.Hehe.Macam tau2 je.Saya tengah adore pokok bunga ni.

kalau dulu musim bunga 'sakura'melanda malaysia.Sekarang bunga Golden Penda pula.Cantik sangat.Rumah sapa ada?Nak mintak,boleh!!Yang saya tau di Kulai Johor juga mengalami fenomena bunga Golden Penda juga.Di Selangor pun ada.Sapa yang tak pernah tengok selamat menikmati.Cantik..Subhanallah;)

Pengacara Majlis?

Assalamualaikum..

Saya masih lagi tertanya tanya betulkah saya yang mengacarakan Majlis Anugerah Cemerlang pada pagi tadi di sekolah.Memang tidak disangka setelah 7 tahun berkhidmat di sekolah ini hari ni merupakan hari yang sangat bersejarah bagi saya.Menjadi pengacara majlis.Sekadar meminjamkan suara gangsa saya.Inikah sisi lain saya??Musykil ni..

Sebenarnya untuk tahun ini sahaja,sudah 3 kali saya menjadi pengacara.Itupun semuanya bidan terjun.First time di Sunway Pyramid untuk MSSD Tenpin Bowling.Yang kedua minggu lepas 12.4.14 semasa Pertandingan Kawad Kaki Sekolah.Itu kecil saja.Hari ni 19.4.14 sekali lagi saya menjadi pengacara.Memang terkejut lagi.Walaupun raptainya dah dibuat Rabu dan Khamis,tetapi saya masih lagi tak dapat terima kenyataan yang saya mengacara tadi.Tau pun hari Selasa saya kena gantikan kak engku.

Hehe.Yang kurang tadi saya rasa bila dalam skrip lain,dan bila orang yang dipanggil ke depan adalah orang lain.Cepat2 saya kena ubah skrip secara spontan.Ish bukan senang nak jadi pengacara sebenarnya.Walaupun yang keluar untuk menerima hadiah kawan yang kita kenal tetapi bila di hadapan,kita akan lupa nama kawan.Itulah yang berlaku tadi.Agak panik sedikit..Sebab dengan flow yang agak cepat.

Tapi Alhamdulillah.Walaupun tak sempurna sangat,saya lega bila majlis berakhir.Yang saya suka juga ialah semasa Tuan PPD turun untuk ke bilik jamuan,beliau memberikan isyarat bagus kepada kami berdua.Terima kasih Tuan Haji.Terima kasih kak Santi kerana begitu hebat mengolah skrip.40 helai tu semuanya.

Kami sempat juga berseloroh tadi sorang akan keluar slang jawa dan sorang lagi Kelantan.Okla kan!Yang tak best saya tak boleh huhahuha dengan kawan2.skema sangat saya tadi.Huhu.Nanti kalau untuk majlis sukan ke apa,saya tak naklah jadi pengacara lagi.Nanti saya tak boleh enjoy sukan..oh..tidak!!!

Tuesday, April 15, 2014

Popia Nestum

Assalamualaikum..
Hai..Ada tak sapa2 yang mengidam nak makan popia nestum yang sangat best?Tapi malas nak buat sendiri.Alasan;line internet slow..hehe..Gurau je.

Memang rasa nak makan tapi sedikit kemalasan melanda,jadi bolehlah tempah dengan nombor yang tertera di bawah.Atau boleh juga ke ig: Popia-nestum-horlicks.Saya dah cuba.paling penting home made dan halalan toyyiba juga.

Untuk raya pun dibuka tempahan ini.Sudi sudikanlah..

Gaya Tudung Mawar Fizo Omar

Assalamualaikum..

Uodate cepat2 okeh!Hehe.Sebenarnya banyak nak diluahkan dalam blog kecik saya ni.Tapi entahlah masa tak ada ke atau saya yang malas.Hari ni pergi sekolah pakai tudung gaya Mawar Fizo Omar.Muahaha..Mawar la sangat..Orkid kot:)

Gaya ni saya rasa tengah in sekarang kepada semua pencinta bawal.Saya tengok semua orang dah share gaya tudung ni base on blog gadis yang sangat comel ni.Yunabella.blogspot.com tak silap.Nanti carik la yea sendiri.Comel sangat blogger ni.Adik dia pun comel.Memula saya tengok tuto ni dekat group aidijuma.

So mak dara yang tak comel ni try pakai gi sekolah.Hehe..ramai yang menegur.Rupanya diorang pun dah tau.Siap ada yang bertanya cane nak pakai tudung ni.Alah pandai2 cari yea dik..Saya pakai tadi pun cepat2.Kedut dia tak berapa nak jadi.Tapi pakai juga.Oklah kan.Gambar ni anak dara saya yang snap.Heehe.Thank you kakak layankan umi mu ni.

Bagi saya 2014 ni menyaksikan kebangkitan semula bawal dalam arena bertudung..Cuba lah gaya Tudung Mawar Fizo Omar ni.Nak singkat boleh,labuh pun boleh. Semudah ABC je.

Thursday, April 3, 2014

Selamat Ulang Tahun Sayang

03.04.2014..Zahin The Genius 4 tahun..Doa umi semoga Zahin menjadi anak yang bijak dan soleh..Sihat walafiat sokmo2....:)Aminn