Google+ Followers

Wednesday, March 12, 2014

Rabu,Hari yang Malang?

Assalamualaikum..

Astaghfirullah hal azim..mungkin ramai yang beristighfar bila saya tulis tajuk macam ni.Saya rasa hari Rabu bagi saya merupakan hari paling malang.Tak tau lah,dari dulu lagi sampai sekarang asyik ada yang tak kena.

Sebenarnya syirik mempercayai rabu ialah hari paling malang,mungkin juga kebetulan.Kata ustazah kat sekolah saya sebab saya terlalu percaya hari Rabu hari paling malang,tu yang jadi macam tu.

Hari ni kunci rumah,kunci bilik Apd semua hilang.Nametag pun hilang.Huhu..Padahal selepas beristighfar baru terjumpa.Selipar zahin yang pagi tadi tak dijumpai pin dah jumpa.Tau dia letak kat mana?Atas dashboard belakang.Sabar je lah.Balik sekolah tadi,buka saja pintu kereta handle pula tercabut.Haha:)Sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Cerita pasal Hari Rabu ni memang akan banyak kejadian tak diingini.So bila hari Rabu saya jadi lebih berhati2.masa zaman belajar lagi kalau boleh beli tiket bas tak nak hari Rabu.Sebabnya bila saya balik Rabu,tayar bas meletuplah,bas rosak dan pernah saya tumpang seorang lelaki yang tidak saya kenali untuk hantar saya ke asrama.Bukan kata gatal,tapi otak memang tak berfungsi dengan baik.Bayangkan saya sampai kat stesen bas penang,lupa pula nama nya.Maklumlah dah 8 tahun tinggalkan usm.Ada sorang laki siap minta nak hantar saya sebab dia park kan kereta dia kat stesen bas.Hinggakan masa teksi tu tanya,dia cepat2 ambil beg saya.Konon macam boyfren nak antar gefrenla.Hai..nasib baik lah budak laki tu baik.Sebab dia budak kelantan,tu saya percayakan dia:)

Betul2 dia hantar saya ke usm walaupun sebelum tu dia ajak saya teman dia minum dulu.Bila sampai ke usm,baru lah otak saya waras.Kenapalah saya boleh tumpang orang yang tak kenal.Bayangkan pukul 5.00 pagi tu..Melalut pula ya.

So lepas peristiwa tu mak saya dah pesan elakkan beli tiket hari Rabu.Anak emak,jadi memang saya dengar kata mak saya.Ke ia badi kepada saya?Atau munggkin kebetulan yang tak best.Sebabnya dalam Islam kita dilarang mempercayai Sabtu dan Rabu sebagai hari malang.Sabtu elok saja pada saya.

Mungkin juga Allah suruh saya baca doa lebih sikit pada hari Rabu kot!Allah memberikan ujian kepada hamba yang disayanginya kan!

8 comments:

  1. Alahai siannya kawan i ni. Tak sempat dengar pun kisah u hilang beberapa kunci hari ni. Kebetulan pulak sama2 sibuk hari ni dan kebetulan pula banyak hal berlaku pada hari Rabu ya.

    Ada la hikmahnya perkara2 yang berlaku pada kita ni.. kan.. ada .. pasti yabg baik2 bakal berlakj nanti.m

    ReplyDelete
  2. bukan malang tu tp kecuaian sendiri kot..hehehe ye lah kdg2 terasa juga mcm tu kan, tetiba terkata malang pulak aku hari ni kan,akak pun mcm tu jgk la

    ReplyDelete
  3. Ye ke?..... Bukan apa bila dah kebetulan byk yg tak baik berlaku hari Rabu dah mcm fobia pulak yek. . ...Padahal taklah kita percaya pun kan. ...

    ReplyDelete
  4. kebwtulan je tu Ummi..tak apa..mesti ada hikmah dsebaliknya tu...ada sebab tu knpa brlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..mungkin..dua hari lepas kain pula terbakar masa iron..hehe..mmg nasib

      Delete