Google+ Followers

Monday, March 10, 2014

Frozen

Assalamualaikum dan hai..

Hujung minggu baru ni kami tidak ke mana2.Hari Sabtu ke Klang,rumah adik.Malamnya sambil menikmati tuna temptation from dominos pizza,(delivery)kami menonton cerita frozen di Astro first saluran 495.

Sebenarnya dah lama dah nak langgan cerita ni sebab Ain dan Zahin minat sangat dengan lagu Let It Go tu,siap boleh hafal dan lukis watak utamanya Elsa dan Ana.Lagi comel watak Olaf tu.Dulu memang nak ke pawagam,entah macam mana tiba2 cerita dah habis dekat wayang,sebabnya asyik bertangguh saja.

Cerita ni sangat best.Bagi saya boleh bagi 5 bintang.Kisah Ana yang mencari kakaknya Elsa di Gunung Timur kerana kuasa yang ada padanya.Sedih sangat bila Elsa terpaksa dikurungkan dalam bilik kerana kuasanya yang terlalu kuat sehinggakan boleh membekukan seluruh Bandar Arandelle.Sedih juga bila Ana mengajaknya membina Snowman tetapi Elsa tidak boleh keluar dari bilik.Semua pintu ditutup.

Sehinggalah Elsa dibebaskan dari kurungan semasa hari pertabalannya.Bayangkan dari usia kecil sehinggalah menginjak dewasa Ana dan Elsa tidak bertemu.

Yang saya tahu,cerita ni menggambarkan hubungan adik beradik yang sangat kuat.Sesuai sangat untuk budak2 kecil.Mak budak pun layan.Rasanya sehingga saat ini dah lebih 6 kali anak2 saya menonton cerita ni di tv.Oklah kan,berbaloi langgan.Antara kata-kata dia yang saya ingat:

"Hati yang beku hanya boleh dicairkan dengan cinta"
Bagi sesiapa yang belum menonton,boleh langgan yea..

8 comments:

  1. Best tu kalau sampai 6x tengok. Kena tengok juga ni.

    Lawa lukisan dan tulisan kakak ni.. kira kemas tulisan dia utk budak 6 tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..malam ni pun minta tengok lagi..hihi..tq..olaf tu nampak real:)

      Delete
  2. cantik lukisan tu..

    mcm best cerita ni..tp x langgan chanel ni

    ReplyDelete
  3. best ye cerita ni,teringin nak langgan juga, tp takut boboy 2 org tu x layan lak citer ni, pd hal mama dorg ni suka sgt citer kartun

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh langganla MA..sebabnya kat sekolah pun rata2 member cakap pasal frozen..sedih sangat citer ni..lagipun filem animasi terbaik 2013:)rugi kalau tak langgan

      Delete
  4. Kartun ke cite Frozen ni?
    Sapa yg lukis gambar tu UA? Cantik!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..filem animasi terbaik 2013..nangis saya tengok citer ni..
      hasil keje anak dara saya ain

      Delete