Google+ Followers

Saturday, March 22, 2014

Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Cuti sekolah kali ni saya tak rasa pun macam nak cuti.Macam lupa pula hari ni cuti.Maklumlah kerja yang bertimbun tak habis2 lagi.

Saya baru saja habiskan menanda 2 kelas esei bm dan sejarah.So ada 3 kelas lagi.Chaiyok2..Hehe.Nampak gaya kena bawa balik ke kampunglah kertas2 tu semua.Ada satu kelas sejarah form 5 dan 2 kelas bm form 3 lagi..Ketiga2 nya esei yang panjang.Macam mana lah nak rasa cuti.Memang pattern sekolah kami asal nak cuti mesti exam.Tak bagi cikgu cuti lah konon..

Buka sekolah pula penghantaran LNK.Mana ada masa cuti sebenarnya.Beginilah nasib kami oh Tuhan!Hehe..

Sebelum bercuti,nak ucap tahniah kepada semua pelajar SPM baru2 ni.Salah sorang pelajar sekolah saya Farah Zaki menjadi best student di Selangor.Memang baik budaknya.Meremang bulu roma saya bila tahu pelajar Melayu kita.Semoga anak2 saya pun akan berjaya juga suatu hari nanti.

Tentang result SPM baru2 ni,ada murid yang tahu berterima kasih kepada cikgu2 walaupun segelintir sahaja.Siap ada yang pergi cari kita kat kelas semata2 nak ucap terima kasih sebab pernah ajar dia masa form 2.Terharunya..Bergambar lagi dengan cikgu..walaupun masa tu cikgu ni tengah jaga exam form 3.Heeehe.sabar ajalah.Kalau pengetua tau:)

Sunday, March 16, 2014

Tudung AJ untuk dijual

Harga Rm 48 setiap satu:)New
Berminat boleh email
zillaramli@yahoo.com

Wednesday, March 12, 2014

Rabu,Hari yang Malang?

Assalamualaikum..

Astaghfirullah hal azim..mungkin ramai yang beristighfar bila saya tulis tajuk macam ni.Saya rasa hari Rabu bagi saya merupakan hari paling malang.Tak tau lah,dari dulu lagi sampai sekarang asyik ada yang tak kena.

Sebenarnya syirik mempercayai rabu ialah hari paling malang,mungkin juga kebetulan.Kata ustazah kat sekolah saya sebab saya terlalu percaya hari Rabu hari paling malang,tu yang jadi macam tu.

Hari ni kunci rumah,kunci bilik Apd semua hilang.Nametag pun hilang.Huhu..Padahal selepas beristighfar baru terjumpa.Selipar zahin yang pagi tadi tak dijumpai pin dah jumpa.Tau dia letak kat mana?Atas dashboard belakang.Sabar je lah.Balik sekolah tadi,buka saja pintu kereta handle pula tercabut.Haha:)Sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Cerita pasal Hari Rabu ni memang akan banyak kejadian tak diingini.So bila hari Rabu saya jadi lebih berhati2.masa zaman belajar lagi kalau boleh beli tiket bas tak nak hari Rabu.Sebabnya bila saya balik Rabu,tayar bas meletuplah,bas rosak dan pernah saya tumpang seorang lelaki yang tidak saya kenali untuk hantar saya ke asrama.Bukan kata gatal,tapi otak memang tak berfungsi dengan baik.Bayangkan saya sampai kat stesen bas penang,lupa pula nama nya.Maklumlah dah 8 tahun tinggalkan usm.Ada sorang laki siap minta nak hantar saya sebab dia park kan kereta dia kat stesen bas.Hinggakan masa teksi tu tanya,dia cepat2 ambil beg saya.Konon macam boyfren nak antar gefrenla.Hai..nasib baik lah budak laki tu baik.Sebab dia budak kelantan,tu saya percayakan dia:)

Betul2 dia hantar saya ke usm walaupun sebelum tu dia ajak saya teman dia minum dulu.Bila sampai ke usm,baru lah otak saya waras.Kenapalah saya boleh tumpang orang yang tak kenal.Bayangkan pukul 5.00 pagi tu..Melalut pula ya.

So lepas peristiwa tu mak saya dah pesan elakkan beli tiket hari Rabu.Anak emak,jadi memang saya dengar kata mak saya.Ke ia badi kepada saya?Atau munggkin kebetulan yang tak best.Sebabnya dalam Islam kita dilarang mempercayai Sabtu dan Rabu sebagai hari malang.Sabtu elok saja pada saya.

Mungkin juga Allah suruh saya baca doa lebih sikit pada hari Rabu kot!Allah memberikan ujian kepada hamba yang disayanginya kan!

Monday, March 10, 2014

Frozen

Assalamualaikum dan hai..

Hujung minggu baru ni kami tidak ke mana2.Hari Sabtu ke Klang,rumah adik.Malamnya sambil menikmati tuna temptation from dominos pizza,(delivery)kami menonton cerita frozen di Astro first saluran 495.

Sebenarnya dah lama dah nak langgan cerita ni sebab Ain dan Zahin minat sangat dengan lagu Let It Go tu,siap boleh hafal dan lukis watak utamanya Elsa dan Ana.Lagi comel watak Olaf tu.Dulu memang nak ke pawagam,entah macam mana tiba2 cerita dah habis dekat wayang,sebabnya asyik bertangguh saja.

Cerita ni sangat best.Bagi saya boleh bagi 5 bintang.Kisah Ana yang mencari kakaknya Elsa di Gunung Timur kerana kuasa yang ada padanya.Sedih sangat bila Elsa terpaksa dikurungkan dalam bilik kerana kuasanya yang terlalu kuat sehinggakan boleh membekukan seluruh Bandar Arandelle.Sedih juga bila Ana mengajaknya membina Snowman tetapi Elsa tidak boleh keluar dari bilik.Semua pintu ditutup.

Sehinggalah Elsa dibebaskan dari kurungan semasa hari pertabalannya.Bayangkan dari usia kecil sehinggalah menginjak dewasa Ana dan Elsa tidak bertemu.

Yang saya tahu,cerita ni menggambarkan hubungan adik beradik yang sangat kuat.Sesuai sangat untuk budak2 kecil.Mak budak pun layan.Rasanya sehingga saat ini dah lebih 6 kali anak2 saya menonton cerita ni di tv.Oklah kan,berbaloi langgan.Antara kata-kata dia yang saya ingat:

"Hati yang beku hanya boleh dicairkan dengan cinta"
Bagi sesiapa yang belum menonton,boleh langgan yea..

Thursday, March 6, 2014

First Time Pakai Waze:)

Assalamualaikum..

Semalam pun huru hara juga episod hidup saya.Tiba2 dapat surat AGM Kadet Remaja Sekolah di SAMTAJ seksyen 11 S.alam.Dapat surat semalam suruh attend meeting semalam.Pagi tu saya banyak kelas.Tak sempat jumpa PK Ko walaupun nampak ada miss called.

Rupanya Cikgu sesi petang dah siap bawa baju KRS untuk saya.Kesian dia sebab saya yg rasmikan baju yang baru dibelinya.Walhal dia sendiri belum pakai lagi.Sebabnya guru penasihat diwajibkan pakai baju KRS.Terus nampak saya macam askar walaupun kita ni lemah lembut.Hihi..Makcik Askar..

Habis bab baju,saya memang lemah bab jalan.Saya rasa saya pernah nampak sekolah tu tapi masa tu dengan suami.Macam manalah nak pergi sendiri.Call husband dan dia setuju nak suruh saya follow dia.Meeting pukul 2 pm.So saya minta kawan reliefkan saya.Pukul 12.30pm saya dah bertolak balik ke rumah.

Habis meeting dalam pukul 4pm,saya pun try la waze saya.Walhal dah lama suami install dalam fon. Sebabnya lupa tanya suami jalan balik.Haha.Saya pun agak cikgu perempuan yang pakai estima yang park sebelah saya tu pun sedang waze jalan juga.Sebab lama dia dalam kereta sebelum bergerak.So i gerak dulu yea..Bye2 kak.

Pasal waze ni dah lama saya dan suami pakai.Tapi secara jujurnya saya sendiri belum pernah.Asyik jadi co pilot saja selama ni..Iyalah.Hidup terlalu bergantung pada suami.Ee macam manalah kalau tak ada suami.Haru jadinya.Masa ni lah baru tau betapa sayangnya pada suami.Kalau suami kat depan mata ada saja yang tak kena kan:)Lagi satu tak yakin dengan waze sebab kadang2 dia bagi jalan yang paling ceruk kan!Takut juga.

Tapi Alhamdulillah.6 minit saja saya balik dari sekolah tu.Syukur.Tq waze.Lain kali nak waze lagilah sebab memang accurate jalan yang diberikan.Saya just ikut saja.Sapa2 yang belum ada waze terutama pemandu wanita macam saya cepat2 install dan alih bahasa terus ke bahasa melayu..hihi.Tq Allah memudahkan urusan saya semalam..

Wednesday, March 5, 2014

Gadis

Jangan marah yea:))Tak tahulah model mana yang dikajinya..Entah betul entah tidak..Yang pasti setiap orang ada kecantikan tersendiri..

Sunday, March 2, 2014

Soalan Awal Tahun

Assalamualaikum..

Haish..Berhenti sekejap dari menaip soalan awal tahun.Ingatkan sekejap.Leceh juga.Macam mana lah nak siap ni kalau macam ni gayanya.Semalam tak nak buat.Inilah bahana bertangguh kerja.

Saya baru saja siapkan 11 soalan objektif.Belum masuk soalan esei lagi.Jsu lagi.Haissh..Mengeluh saja hari ni.Padahal untuk soalan awal tahun ni dah dipendekkan sebab masa menjawab 1 setengah jam tapi tetap lambat.Kesian juga bila baby yang kena chicken pox datang merengek2 kat tepi meja ni minta belas ihsan.Apalagi umi bawa masuk bilik lah.Seharian hari ni dia dengan abah dan pakcik2nya.Kesian dia.Bila bawa masuk bilik tak nak tidur,nak bermanja dengan umi.Kurang kasih sayang umi untuk hari ni agaknya.

Ni pun taip blog sambil layan si kecik.Abahnya dah berdengkur kat sebelah.Kata nak goreng drummet ayam tadi.Untuk minum petang.Tapi nampak gayanya drummet tetap jadi drummetlah...

Salam hujung minggu.Minggu ni pun nak kena observe.Macam2..

Saturday, March 1, 2014

Pendaftaran Anak Tahun 1

Assalamualaikum
Alhamdulillah.Baru selesai mengisi kemasukan anak sulung saya ke tahun 1 untuk sesi 2015.Tak sabar nak tengok Ain Insyirah ke Tahun 1.
Pendaftaran ni bermula 1.3.2014 hingga April kalau tak silap saya.So,bagi yang belum, cepat2 lah isi.Nanti nak kena fotostat ic both parents,bil elektrik,fotostat surat beranak anak dan serahkan ke sekolah yang dipohon..
Bagi sesiapa yang belum buat, taip saja pendaftaran anak tahun 1.Selamat Mencuba♥♡♥Excited sangat..