Google+ Followers

Thursday, February 6, 2014

To Zahin yang Bijak:)

Assalamualaikum..

Semalam bila balik sekolah saya mengemas barang2 mainan Zahin yang bersepah di lantai.Tiba2 muncul idea nak kira berapa banyak robot Zahin yang tinggal.Kalau diikutkan Zahin ni peminat tegar Ultraman masa dia kecik2 dulu.Tapi sekarang minat tu dah berkurang dah.Mungkin dia sudah matang.Tengok tv pun tak minat dah cerita disney junior dan sewaktu dengannya.Malah dia minat tengok drama2 atau filem dewasa.Cerita orang cantik katanya.

Inilah sebahagian robot Zahin yang tinggal.Mungkin bila dia besar nanti dia boleh baca blog umi yang tak seberapa ni.Saja nak suruh bagi dia ingat.Ni pun ada lagi rasanya yang belum ditemui.Contohnya bawah katil,belakang almari dan banyak lagi tempat.Belum lagi dikira yang tercabut kepala dan yang sudah arwah.

Sekarang minat Zahin lebih kepada superhero.Spiderman dan power rangers.Kereta spiderman pun tak tau letak mana dah.Tadi masa kat sekolah,lega hati umi bila dengar teacher cakap Zahin berbeza dengan budak2 yang seusia dia.Tak lari2 kat sekolah.Dan dia macam boleh ikut.Harap2 terus positif sampai ke hujungnya.Cuma tecer suruh umi ajar dia menulis dengan lebih lagi.Sebabnya umi pun asyik ajar kaler je:)

Insyaallah.Harap Zahin terus istiqamah dalam menuntut ilmu.Jadi anak soleh dan bijak sesuai dengan maksud namanya yang bijak.aminn.

4 comments:

  1. Replies
    1. tu lah sal..ni baru geng robot..haii..ni lah peminat kek sal

      Delete
  2. Pandainya jaga.. banyak lagi ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga..banyak yg rosak..ada yg abah dia dah buang

      Delete