Google+ Followers

Thursday, February 27, 2014

Sos Marinate

Assalamualaikum
Hari ni ambil baby daripada taska pengasuh cakap esok baby tak boleh pergi sekolah dah.Dah penuh dengan ketulan2 chicken pox hampir keseluruhan badannya.Kesian baby zaim.Nasib baik esok abahnya cuti.
Petang ni sebab takut baby tak boleh makan yang berminyak,saya marinatekan daging dan ayam dengan sos yang sangat special.Memang sedap.Semua rasa cukup dengan black pepper,serai dan macam2 lagi.
Saya kenal sos ni masa ke Melaka hari tu.Kebetulan kitorang buat bbq.Adik ipar dari BSP  ada bawa sos marinate.Katanya kawan suami dia yang buat.Kitorang siap beli daging kambing yang dah dipotong2 tu untuk diperap.So alang2 sedap saya pun orderla satu bekas.Harganya dalam rm40++.
Asalnya saya dan sorang lagi biras saya memang tak suka kambing.Tapi bila makan dengan sos marinate ni memang tak bau pun kambing yang di bbq kan tu.Saya yang tukang hiris daging memang kekenyangan makan sehingga bertambah2..Semua orang berebutkan daging kambing.Ayam dan daging semua tak layan.Hihi.Memang betul2 sedap.
Nanti kalau nak buat lambchop ke whatever,bolehlah pakai sos ni.Guna sikit saja dan boleh tahan lama.Lagi lama perap lagi sedap!Walla..

4 comments: