Google+ Followers

Friday, February 28, 2014

Puisi Cinta Ahmad Ammar

Assalamualaikum dan salam saiyidul ayyam

Hari tu saya sempat belek buku Puisi Cinta Ahmad Ammar yang ditulis olej Group Penjejak Tamadun Dunia.Buku ni dijadikan hadiah untuk adik ipar yang sakit belakang.Slip disk.

Apa yang saya tertarik ialah bila ayahnya Encik Azam berkata ingin rehat dan berhenti dari semua kerja yang dilakukan kerana terlalu penat.Balas Ahmad Ammar,

  "Dunia ni tempat berpenat dan berlelah.Akhirat(syurga) nanti tempat kita berehat"

Terdiam ayahnya seketika kerana selama ini ayahnya sering memberikan kata2 semangat untuk anaknya itu.

Satu lagi ialah bila abang ipar Ammar mengatakan yang keluarga mereka ini tidak pernah berbincang tentang masalah keluarga sebaliknya berbincang hal ummat sejagat.Masya Allah.

Patutlah masa Ahmad Ammar dikebumikan saya nampak wajah ke dua2 orang tua mereka tenang sahaja.Saya yang menonton video tu pun lencun dengan air mata.

Semoga kita semua juga dikurniakan sifat2 mahmudah dan anak2 kita tergolong dalam kalangan anak yang soleh solehah.Aaminn..(Sekadar perkongsian di hari Jumaat)



2 comments:

  1. baca kisah ahmad ammar ni mmg boleh mengalirkan airmata, perlu cari juga buku ni.

    moga akak dapat didik anak2 menjadi hebat macam ni jugak..inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..saya pun sama kak..tiba2 nak hantar anak ke sambes subang jaya bila dia sekolah menengah:)sebab baca buku ni

      Delete