Google+ Followers

Wednesday, February 26, 2014

Mc Bidan Terjun

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.Lega.Itulah yang dapat saya gambarkan setelah menjadi mc bidan terjun dalam kejohanan tenpin boling untuk mssd petaling perdana.Majlis berlangsung di Sunway Pyramid.

Sebenarnya saya tak pernah pun jadi mc untuk mana2 majlis di sekolah samada yang besar ataupun sekecil2 majlis.Inilah kali pertama.Asalnya mc yang sebenar masuk wad komplikasi kencing kotor semasa pregnant.Jadi saya diminta menggantikan tempatnya.Mulanya saya menolak.Iyalah,suara gangsa saya ni mana boleh menandingi suara mc tu yang lemak merdu.Setelah dipujuk untuk bergandingan berdua dengan sorang lagi senior,saya bersetuju.Manalh tahu hari ni kita memudahkan kerja orang,nanti Allah akan mudahkan  kerja kita bukan?

Kami menaiki kereta Pengetua ke sana.Mak aih,bersihnya kereta pengetua dan wangi pula tu.
Kalau kereta saya.Hihi..Maklumlah bawa 3 orang malaikat kecil.Jenuh juga cari parking walaupun bertolak pukul 11 lebih..Oklah,semua berjalan lancar.Tahun ni juga banyak kali saya keluar sekolah.Bolehlah release kan walaupun kertas exam tak buat lagi.Huhu..Hari2 yang sangat sibuk untuk saya pada awal tahun ini.

Tadi sempat pusing2 kat parkson.Tengok handbag.Banyak sale tau.Tak sempat sambar,diorang dah call..Hihi.

#Ambil baby dari taska tadi tengok dah ada biji2 chicken pox.Nampaknya bersedialah saya untik bercuti..Patutlah semalam dedar je badan dia.

4 comments:

  1. Wah..mood happy hari ni nampaknya. Sampai dua entry sempat tulis tu. Mesti pengacaraan majlis tadi bagus sangat tu. Tahniah. Makin terserlah bakat nampaknya. Lepas ni berebut dengab misra la mic nampaknya tu....

    GI dengan pengetua pun sempat masuk parkson, hebat..bagus tu.. cuci mata pun dah rasa happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..walaupun penat sangat..balik lewat je kan tiap2 hari..tak de maknanya berebut mic dgn misra..dia suara emas..i suara gangsa..huhu

      hehe..ronda ngan santi jer..tak berani ronda ngan pengetua..takut dia tetiba belanja handbag kat kami:)

      Delete