Google+ Followers

Thursday, February 13, 2014

Dapat Naib Johan Ping Pong

Assalamualaikum

Hehe..Hari ni sekali lagi bawa budak ping pong.Tahniah,dapat naib johan.Sekolah saya kalah dengan Sambes.Tapi kalah tipis sangat.

Sebab menang,lambatlah balik dan sampai rumah.Tapi hari ni tak sesat.Alhamdulillah.Syukur juga sebab ulang alik ni tanpa roadtax. Ampun pak polisi.Bukan tak nak bayar,suami sangat busy dengan audit.Lepastu dapat tahu ada saman.Kena settle saman dulu.Dah minggu ni masing2 sibuk.Harap2 hari Isnin ni boleh settle semua.

Macam2 doa saya baca tadi supaya tak sesat dan tak jumpa polis.Saya ingat lagi dulu masa saya form 4 dan abang saya yang nombor 2 form 5,kami ke Pasir Puteh,rumah atuk nenek kami tanpa roadtax.Masa tu rempit ngan motor saja.Nenek saya ajarkan supaya baca wajaalna min baini aidihim saddam wamin kholfihim sadda faaghshainahum fahum la byubsirun...Ayat dalam Surah yasin.Polis tak akan nampak  .Hihi..Cubalah amalkan.

Saya juga ajar kawan2 masa kat u bila nak antar assignment,baca dulu ayat ni supaya setiap kesalahan yang kita buat lecturer  tak nampak.Bila lecturer nak soal pun baca ayat ni supaya dia tak nampak kami..Kelakar kan!Diorang pun senget,amalkan juga dan menyalahgunakannya.Haha..Tapi itu cerita zaman dulu2 la.Peace♥★♥

4 comments:

  1. Tahniah buat team pingpong....hehe sapa tak seram weyh ...jalan tanpa roadtax keta....mmg doa berpikul pikul hujung mulut.

    ReplyDelete